1. Sebat wanita
Bila membicarakan tentang hukum Islam di negara ini, yg kabur tentang apa itu dikatakan hukum Islam, ialah sebenarnya umat Islam itu sendiri kerana kelemahan pendidikan agama di sekolah yg diwarisi dari zaman penjajah walaupun sudah lama merdeka. Merdeka dari segi fizikal, tetapi tidak dari segi mindset. Masih lagi berlegar2 dalam angan2 agama tradisi. Kami lahir2 Melayu maka kami Islam, maka kami yg akan masuk syurga, kalau dosa byk masuk neraka, malaikat akan cuci2 hati kemudian kami akan masuk syurga juga. Kamu semua yg lahir2 jadi kaum lain ditakdirkan non muslim maka automatik kamu masuk neraka. Ini fahaman yg sebilangan besar org Melayu yg mengaku Islam di Malaysia. Bila cerita pasal masuk neraka lepas tu nanti masuk syurga juga akhirnya, macam lah masuk neraka tu berdiri atas kerusi, atau berjemur tengah panas. Kalaulah betul dakwaan mereka boleh masuk keluar balik itu.
Hukuman sebat atas kesalahan zina adalah termaktub dalam AlQuran, rujuk Surah AnNur (24) ayat 2. Benar. Kami dengar dan kami taat. Tetapi bagaimana dengan pendidikan di sekolah, adakah sudah memberi kefahaman yg sewajarnya tentang hukum Islam, atau adakah sekadar pendidikan Islam di sekolah supaya org Islam cuma beribadah ritual spt solat, zakat setahun sekali, kemudian sunnah makan tiga jari, masuk tandas kaki kiri.
Bagaimana pula dengan environment yg wujud dalam negara yg mendakwa Islam sebagai agama rasmi ini, adakah suasananya Islam yg membuatkan manusia2 yg tinggal di dalamnya Islam=menyerah diri kepada hukum Allah.
Dan hukum Allah bukan semata2 hudud. Pendidikan agama yg sewajarnya dan mewujudkan environment yg Islam dlm sebuah negara adalah juga hukum / perintah dari Allah yg sepatutnya didahulukan sebelum sibuk2 nak sebat orang.
Boleh nak sebat org sbb buat salah, tapi bagaimana dengan pendidikan dan environment yg menghindar ia dari terjadi?
2. Menghidupkan Putrajaya
Baru2 ini saya berpeluang utk melawat Putrajaya atas jemputan sempena konsert dan pesta bunga api yg diadakan di situ. Tujuannya utk menghidupkan malam di Putrajaya. Saya terfikir, apakah menghidupkan satu bandar yg didakwa lesu, bermakna ia mesti berbentuk hiburan, atau semata2 gerai2 jual burger, makanan, air dan sebagainya. Atau semata2 membuatkan warga Putrajaya berlari atau mengayuh basikal malam2 sehingga mengganggu perjalanan trafik? Saya percaya majoriti penduduk Putrajaya adalah berbangsa Melayu yg mengaku beriman. Apakah program yg bertujuan utk meningkatkan daya fikir, pada waktu malam tidak appealing bagi pihak yg berkuasa. Program yg membuatkan org berfikir, bukan program magic2 macam biasa dilihat di tv - program agama yg tak buat org berfikir, buat org muda lari. Sudahlah kaum byk problem, kemudian dicandu pula dgn aktiviti2 yg tidak mencerdikkan, dgn alasan hendak menghidupkan malam ikut suka hati nafsu manusia.
3. Sunnah Nabi
Sangat2 malang sebenarnya apabila membicarakan tentang sunnah nabi maka yg terbit di fikiran manusia yg mengaku Islam ialah makan tiga jari, masuk tandas, mandi dgn isteri, pakai serban dan yang seumpamanya. Apakah hadis terakhir nabi yg menyuruh umat Islam berpegang kepada kitab Allah dan sunah RasulNya maka tidak akan sesat selama2nya, bermaksud semata2 tentang makan tiga jari, masuk tandas kaki kiri, mandi dgn isteri maka tidak akan jadi sesat selama2nya? Bagaimana dgn sunnah yg lebih besar, sunnah nabi dalam nak menegakkan agama Allah, agama Islam? Cara atau method nabi utk memenangkan Islam, ada ustaz2 terangkan dengan terang dan jelas sehingga setiap jiwa yg mengaku Islam sanggup utk menyampaikan risalah Allah?
Maka pendidikan Islam apa yg kita warisi sampai jadi macam ni kefahaman tentang agama, apatah lagi tentang sunnah nabi? Zalimnya kita kepada diri sendiri...
No comments:
Post a Comment