Malaysia menghadapi satu masalah unik yg mungkin jarang terdapat di negara-negara lain - kebanjiran pendatang asing hingga memudaratkan keselamatan org awam. Dan yg datang membanjiri itu pula level2 pendidikan yg diragui tahap kesedaran sivik. Kena parang, kena ragut, kena rogol, kene tipu, kena bunuh kejam, kena samun - berita2 membimbangkan plg terasa terutamanya mereka yg berada di luar negara dan membaca khabar tentang tanahair melalui bacaan online.
Pengalaman saya, saya pernah bertemu dgn rakyat contohnya dari Indonesia, Vietnam, Bangladesh yg berilmu dan berpekerti yg sama atau lebih baik dari rakyat Malaysia di Malaysia. Tapi itu di negara luar yg lebih maju. Yang datang ke Malaysia pula bukan dari "layer" yg baik2 ni. Yang datang kebanyakannya tenaga-tenaga buruh, yg tingkahlaku sosialnya meragukan dan membimbangkan.
Kawalan keluar masuk pendatang asing sangat lemah hingga ada yg mengambil kesempatan, jadi virus dalam negara, tinggal lebih tempoh atau tidak balik langsung. Itu belum campur lagi dengan yg kononnya datang melancong, datang belajar, tapi lepas tu hilang tanpa dapat dikesan. Baru-baru ini terbongkar isu 40,000 warganegara India yg tidak dapat dikesan selepas diberi kelonggaran VOA - visa on arrival.
Kejayaan sektor pelancongan yg claim achieve target kemasukan pelancong dan revenue - bukan sesuatu yg boleh dibanggakan kalau ia menyebabkan keselamatan dalam negara tergugat.
Ini bab serius, org yg berkuasa tolong jangan main-main. Berapa org perlu mati baru nak sedar yg kejar duit-duit kurang berkat (sebab tak jaga keselamatan) ni takde guna kalau negara jadi tak aman.
Saya tidak mempertikaikan hak warganegara luar utk dtg bekerja atau belajar di Malaysia. Isu di sini ialah keselamatan dalam negara yg tergugat. Nanti ada yg kata, "ini masih terkawal". Cuba kalau saudara dia yg kena parang? Adik sendiri kena rogol? Atau ibubapa sendiri yg kena rompak bunuh?
Jangan gadai negara. Jangan jual negara.
No comments:
Post a Comment