Perut berbunyi jd indicator ia kosong dan badan perlukan makanan.
Letak tangan di dahi rasa panas, itu indicator temperature badan lebih dari normal, yg dipanggil demam.
Bila tanya brp haribulan tahun hijrah jawabnya "tak tahu", indicatornya tak ambil tahu, tak prihatin dan tak menghayati utk kegunaannya setiap hari.
Jadi apa indicator bagi level akidah umat Islam secara keseluruhan (overall indicator) yg berada di atas muka bumi skrg ni?
Nun, di sana - Palestin.
Ada saudara-saudara seagama kita dinafikan hak hidup sebagai manusia tapi 1.6 bilion org yg mengaku beriman kepada Allah atas muka bumi ni tidak mampu berbuat apa-apa.
Ini org2 yg sama yg mengucap syahadah, solat, bayar zakat dan puasa tiap2 tahun tetapi bila keadaan betul2 memerlukan utk menolong saudara yg dalam kesengsaraan - takde tindakan yg smpi ke level mampu mengubah. Setakat tadah tangan doa, "Ya Allah, selamatkanlah Palestin". Lepas habis doa, buat hal sendiri masing2, fikir psl kerja, fikir psl anak beranak, fikir nak g shopping. Seolah2 kerja selamatkan Palestin ni bukan kerja org yg mengaku beriman tapi "harap2 magic" nanti ada burung ababil jatuhkan batu berapi kat Israel. Apa punya pemikiran mcm ni?
Nanti ada pula org kata, habis tu kita yg takde kuasa ni apa boleh buat, daripada kamu tuduh2 org akidah lemah. Nah, di sini sebenarnya letaknya tanggungjawab every single soul yg mengaku beriman kepada Allah - berdakwah. Every single soul, do you get what i mean. Hal2 fekah, hal2 baca2 doa panjang ni takpe kita dah ramai ustaz2 bab ni.
Ini tentang perpaduan org Islam as a whole. Dan ini takkan jadi melainkan kita berbalik kpd kefahaman AlQuran dan Sunnah. Kefahaman AlQuran kat sini bukan semata-mata pakai kain pelikat, duduk bersila dlm surau dgr kuliah tafsir lepas tu rasa la beriman kejap sbb dgr benda2 agama. Pergi ambil satu kitab AlQuran, angkat sampai paras depan mata, ingatkan diri, haa ini yg kita nak kene ikut. Yang Rasulullah perjuang bersama sahabat2 sampai akhir hayat - bukan Islam buku teks, bukan Islam ala2 motivasi program tv, bukan Islam cakar2 nak pikat suami.
Semua jiwa yg mengaku beriman kena sampaikan walaupun satu ayat, walaupun cuma kalimah tauhid - la ila ha illallah - ajak manusia kepada penyatuan. Dalam Malaysia ni ramai manusia bermuka Melayu mengaku Islam tapi bila nak bercakap tentang satu padu dgn AlQuran, lidah tiba2 jadi kelu sbb lagi biasa follow lirik lagu contohnya dlm program tv celebrity karaoke.
The point is, kalau rasa diri itu beriman kpd Allah dan hari kemudian, kena ajak manusia kembali mendengar kata-kata Allah yg telah dibukukan dan diberi nama "AlQuran".
ORG BERIMAN WAJIB BERDAKWAH!
No comments:
Post a Comment