Saturday, February 6, 2010

"Low value in, high value out"

Secara umumnya, sesuatu negara itu dikatakan bertaraf maju apabila ia mencapai dua kemampuan yang tidak ada pada negara yg sedang atau yg kurang membangun iaitu:-

1. Otak yg bagus: Level penguasaan dan budaya ilmu pengetahuan, intelek yang tinggi.
2. Tangan yg kuat: Kemampuan utk mencipta atau menghasilkan produk sendiri, dengan knowledge dan teknologi sendiri.

Contohnya US, ramai bijak-bijak pandai di sana yg mempunyai tahap ilmu yg tinggi hingga mampu merubah keadaan dalam negara dan antarabangsa. Wujudkan mcm2 idea, mcm2 ideologi, mcm2 skil, mcm2 doktrin dsb. Kemudian berkemampuan pula utk mencipta sendiri sesuatu produk di negara sendiri tanpa mengharapkan company luar atau kemahiran dari luar. Semuanya ada dalam negara sendiri. Ilmu dan produk mereka menakluk dunia, hingga ramai manusia yg dapat cari makan kerana company2 dari US.

Contohnya Jepun, Jepun mempunyai sistem pendidikan antara yg terbaik sbb mampu menghasilkan manusia yg mematuhi peraturan, diasuh dari sekolah jadi bila dah dewasa, masuk alam pekerjaan tidak ada masalah utk buat kerja, berfikir dengan peraturan. Semuanya dibuat dengan sangat teliti dan teratur. Bilangan org yg bercakap dengan ilmu adalah ramai. Membaca adalah satu kemestian di mana2. Kemudian Jepun mampu menghasilkan banyak produk sendiri dengan kualiti yg buat negara lain angkat topi.

Di Malaysia, kita kekurangan cerdik pandai, kekurangan org yg bercakap dgn ilmu dan hujah yg jelas, bercakap dengan fact and figures bukan sentimen. Ada tu ada tapi tak ramai yg mampu memberi impak hingga merubah landskap pemikiran manusia. Tak ramai. Yang ramai ialah bilangan pemegang kertas yg dipanggil sijil akademik yg digunakan utk apply kerja. Tapi bila bercakap serupa mcm org takde ilmu. Ilmu cuma on paper, hafal utk lulus periksa.

Dan terdapat segelintir professional yg memilih utk tinggal di negara lain yg mereka anggap lebih baik dan memudahkan mereka utk bekerja dengan selesa, baik dari segi kemudahan atau keselamatan. Ini adalah satu fenomena yg malang utk Malaysia. Yg bijak2 lari ke tempat lain, yg masuk ke negara ini pula yg jenis kurang pandai, tenaga separuh mahir, buruh, org gaji, kerja tiada permit sah. Yang high quality pergi, yg low quality datang masuk "buat perkampungan". - LOW VALUE IN, HIGH VALUE OUT.

Kemudian Malaysia masih kurang atau dalam setengah bidang masih tidak ada kemampuan utk menghasilkan produk sendiri, masih terpaksa bergantung kepada produk atau kepakaran luar. Ibarat bagi air mentah ke Singapura pada harga sangat murah, lepas tu beli pula air yg dah diproses dari Singapura dengan harga yg mahal.

Dasar Ekonomi Baru satu usaha utk merapatkan masalah jurang ekonomi yg dihadapi bumiputera termasuk org Melayu, tetapi bukanlah dengan cara memberi bantuan kewangan kepada perniagaan yg belum pasti berjaya. Kita jangan bertindak berdasarkan sentimen "kena tolong org Melayu" sebelum usaha dulu utk ubah mindset org Melayu. Nak sangat "tolong2 org Melayu" itu yang banyak kes duit hilang, lesap diambil org yg nak kayakan anak beranak.

Contohnya isu duit Tabung Haji pun kene lesap - rupa aje simpan janggut pakai kopiah putih. Jangan sibuk2 nak nampak kaya atau nampak alim. Ubah dulu gabus dalam kepala tu jadi otak. Sepatutnya sebahagian besar peruntukan under DEB adalah utk ubah mindset, jadikan org Melayu yg "boleh berfikir". Org lapar jangan diberi ikan, tapi diajar mcm mana menangkap ikan.

Betulkan mindset dulu, jangan sibuk2 nak cepat nampak kaya.

No comments:

Related Posts with Thumbnails