Petikan daripada Utusan Online
Malaysia adalah sebuah negara yg mendapat kemerdekaan pd tahun 1957 setelah mendapat perkenan dan restu dari bekas penjajahnya, iaitu British dengan diberi hadiah peninggalan tulus ikhlas yg dikenali sebagai perlembagaan. Walaupun perlembagaan negara mengiktiraf Islam sbg agama rasmi, tetapi tidak ada satu ayat pun dalamnya yg menyatakan dengan jelas bahawa hukum yg berlaku di negara ini mestilah hukum Allah yg termaktub dalam AlQuran. Tidak ada. Saya ulangi lagi - tidak ada. Yang ada cuma hak kebebasan beragama. Itu sahaja. Maka jadilah penghayatan agama yg ala2 tompok2, tidak syumul, tidak keseluruhan. Ada yg buat, tapi byk yg tak buat.
Bagi mereka yg menjawat jawatan agama, atau yg berpendidikan agama, sepatutnya tanggungjawab mereka utk menyampaikan mesej Islam DENGAN JELAS kepada org berstatus Islam dan org bukan Islam supaya mereka faham tentang keadilan dalam sistem cara hidup Islam - lebih sedikit berbanding org lain yg tidak berpeluang belajar jadi ustaz. Walaupun tanggungjawab menyampaikan risalah Allah ni sebenarnya terletak pada bahu setiap nyawa yg mengaku beriman, tetapi di Malaysia biasanya difahamkan kerja ini eksklusif utk golongan agama atau ustaz. Org biasa ikut sahaja, nak bercakap tentang agama mesti ada tauliah.
Penghayatan Islam pun lebih kepada perkara2 fekah - apa hukum saya buat ni, apa hukum saya buat tu - tak percaya, bacalah soal jawab agama dalam suratkhabar. Tidak ada satu jiwa pun yg bertanya soalan tentang kepentingan menyatu dalam agama. Berbeza pendapat demi kebaikan "sedar dari lena" nanti dituduh wahabi, dituduh melawan agama arus perdana. Maka duduklah semua di takuk pemikiran lama yg buat non muslim semakin pertikai dengan bumiputera yg lahir2 saja mengaku Islam keturunan.
Realiti di negara yg mendakwa Islam sebagai agama rasminya, mereka yg berkelulusan agama pun diletakkan dalam masalah yg sama sebaris dengan graduate2 dalam aliran lain - tidak dapat pekerjaan apabila pulang dari pengajian. Nak membuatkan situasi lebih buruk dan mendukacitakan, alasan mereka tidak diterima bekerja kerana dituduh membawa fahaman yg tidak sebulu, atau "tidak ngam" dengan ustaz2 senior dan veteran dalam jabatan atau institut itu. Dituduh tidak mengikut sunnah wal jamaah hanya semata-mata kerana mereka baru pulang pengajian dari Mekah, Madinah atau Jordan.
Saya rasa amat malang fenomena ni. Sangat malang. Kita sebenarnya banyak kerja dalam nak tegakkan syiar Islam, tapi graduate2 agama ni end up tak dapat kerja, terpaksa buat kerja utk cari makan - jadi motivator, jadi penceramah cakap yg sedap didengar aje (takut kena buang kerja), jadi tekong yasin, jadi imam terawih (bulan puasa baru nampak muka), jadi kerani agensi pelancongan.
Saya selalu perhati sesetengah "ustaz cari makan" yg keluar di tv atau radio, selalu cerita tentang bab2 kerohanian, bab2 tenang hati, tetapi tersangat2 jarang menghuraikan tentang "link" antara bab kerohanian/ketenangan itu dengan realiti sebenar masyarakat. Realiti maksudnya kat sini, contoh, apa kaitannya baca Quran utk tenang hati, solat sunat banyak2 atau zikir sampai 100 kali, dengan kes2 buang bayi, rogol, corruption dalam politik dsb? Apa yg masyarakat Melayu sebenar2nya missing sampai tak ada pun kebaikan seperti yg diceritakan dalam bab kerohanian/ketenangan? Sebab apa taknak hurai? Sebab takut kena buang kerja.. Sebab yg akan ditegur itu nanti adalah org2 yg memberi mereka makan dan rezeki.
Mana pergi semua janji kata nak ubah landskap pemikiran org Islam supaya mereka lebih faham tentang AlQuran dan Sunnah? Tinggal sia-sia saja, sebab? Sebab perut sudah lapar, duit tak ada. Desperation pun datang, cakap yg sedap2 utk didengar saje takut dibuang kerja.
Tentang lulusan agama tak dpt kerja - Kalau majikan tu jenis yg pegang colok, mengadap patung ke, tidaklah rasa ralat kalau tidak beri kerja kepada lulusan agama. Tapi ini dari kalangan golongan mereka sendiri iaitu ustaz yg lebih senior, hanya kerana sebab2 yg tak masuk akal - sebab kamu baru balik dari Mekah, Madinah atau Jordan.
Sangat menyedihkan. Sangat memalukan.
No comments:
Post a Comment