Kalau di Amerika, perempuan yg berhasrat utk memelihara kehormatan / dara akan dikutuk oleh kawan-kawannya. Masih dara dilihat sbg sesuatu yg tidak cool dan ketinggalan. Mungkin dipulau atau dimalukan.
Mungkin layanannya sama seperti kalau terlihat kelibat kaki surau, si geng lepak pasti berkata sambil mengangkat tangan, "Eleh, pergi surau konon. berlagak alim la tu. Ala poyo nya dia pakai kopiah, macam bagus. tak stylo langsung." Ataupun kalau ada kawan ajak g library baca buku, nanti ada yg kata, "Bosan la mamat ni. Skema." Library pula lama-kelamaan menjadi port couple2 berkepit, bukan membaca.
Suka atau tak suka, mindset seperti ini sudah ada dan kembang mekar di negara ini di kalangan org berbangsa Melayu yg mengaku beragama Islam. Baru-baru ni heboh sebentar tentang kempen "no panties" sempena Hari Valentine di kalangan student IPT. Kalau menurut laporan suratkhabar, yg memberi komen berbau sokongan adalah perempuan Melayu yg dikatakan menuntut di IPT.
Saya agak malas utk komen panjang2 tentang isu ini. Yg jelas, selagi manusia belum faham apa itu akidah Islam, malas baca AlQuran utk difahami, maka selagi itu dia hanya beragama keturunan, beragama tradisi, walaupun namanya Melayu, walaupun kad pengenalannya bertulis status Islam. Bila kefahaman akidah yg sewajarnya takde, itu yg bila org Kristian nak pakai nama Allah jadi gelabah takut sesat. Itu yg bila ada kes Melayu nak murtad, maka berbondong2lah org2 emosi bersila di perkarangan mahkamah, menjerit2 sambil pegang sepanduk, baca doa, baca yasin semoga keputusan mahkamah "sivil ciptaan manusia" menyebelahi mereka - padahal org yg mohon tukar agama tu sah2 taknak dah Islam - buatlah paksalah macam mana pun.
Kita cuma menambah bilangan org yg mengaku Islam di negara ini tetapi hatinya sudah kafir, menjadi kanser yg semakin membesar, membunuh umat dari dalam.
Suka atau tidak suka, kita sudah sampai kepada munculnya layer / lapisan generasi muda yg luarannya seolah2 Islam, tapi hatinya ingkar kepada perintah Allah - sekarang ni berada di sekolah rendah, sekolah menengah, di IPT dan ada yg sudah sampai ke alam pekerjaan.
Salah satu drpd indicator2 yg membuktikan level keingkaran sudah sangat kronik ialah bayi-bayi hasil "pertemuan2 rahsia" golongan muda ni utk hubungan seks luar nikah, dibuang merata-rata seperti tidak bernilai. Jabatan agama punyalah nak jaga generasi muda ni sampai terpaksa skodeng, terjah rumah org yg sedang berkhalwat - padahal Islam pun tak ajar tindakan mcm ni.
Kalau suratkhabar akan kata, fenomena buang anak ni disebabkan kurang pegangan agama. Saya terfikir, jadi pendidikan Islam apa yg diajar di sekolah sehingga penganutnya pun kabur tentang agama mereka sendiri? Let alone pasal AlQuran tidak dibaca DAN DIFAHAMI yg sewajarnya, ataupun isu org bkn Islam dilarang pakai nama Allah sebab "takut nanti kami keliru dan sesat".
Nak pastikan golongan muda selalu ingat Allah ada di mana-mana, jaga kehormatan pun tak mampu sampai jabatan agama terpaksa buat benda yg agama pun tak ajar - skodeng dalam rumah org.
Kesian baby..
No comments:
Post a Comment