Dari sudut nas AlQuran
Banyak firman Allah yg telah menetapkan hak asasi manusia utk mengenali Tuhannya yg sebenar. Tuhan yg menciptakan hukum, yg menciptakan sekalian alam, yg menciptakan segala isi langit dan bumi, dan aturannya.
Regardless org itu dilahirkan Melayu bernama Ali contohnya, dilahirkan sbg Cina bernama Lim Kit Seong contohnya, dilahirkan sbg India bernama Samy contohnya - walaupun mereka dipisah-pisahkan dengan agama keturunan dan nenek moyang dan status kad pengenalan masing2 bertulis Islam, Kristian, Hindu dan sebagainya - hakikatnya Tuhan yg mengadakan mereka, menghidupkan mereka di atas muka bumi ialah Tuhan yg sama, Tuhan yg satu, Allah SWT.
Yang menjadikan Tuhan berbagai-bagai definisi yg mensyirikkan Allah, yg menjadikan manusia berpecah-pecah adalah lantaran tindakan manusia yg eksploit agama supaya agama berpihak kepada mereka utk kepentingan diri, kepentingan kaum keturunan, kepentingan kumpulan2 tertentu, atau limitaton pemikiran manusia yg melihat agama secara literal, bukan secara definisi. Maka jadilah bermacam-macam Tuhan, jadi bermacam-macam cara hidup, agama ni utk kaum ni, agama tu utk kaum tu. Padahal Tuhan itu satu.
Agama Samawi - Islam, Nasrani, Yahudi - diajak utk menyembah Tuhan yg Satu - Allah, taat kepada perintahNya yg sudah termaktub dalam AlQuran dan kitab-kitab sebelumnya iaitu Taurat, Zabur dan Injil. "Core" atau teras kepada Islam, Nasrani dan Yahudi adalah sama (sepatutnyalah, kalau tidak kerana eksploitasi agama) - iaitu akidah tauhid - mengadakan cara hidup yg Allah dah tetapkan di atas muka bumi, sejajar dengan kalimah tauhid La ilaha illaLlah - Tidak ada Tuhan yg disembah melainkan Allah. Tidak ada sistem cara hidup lain selain yg Allah dah endorse.
Agama ni sebenarnya takde nama pun. Agama adalah agama. Addin - cara hidup. Kalau kamu sembah Allah sepertimana berdasarkan wahyunya dlm AlQuran, maka kamu beragama. Simple. Dan Islam bukan semata-mata bermaksud"sejahtera" mengikut direct translation. Islam sebenar-benarnya bermaksud "menyerah diri kepada Allah". Oleh itu agama yg disampaikan oleh Rasul-rasul spt Nabi Musa, Nabi Daud, Nabi Sulaiman, Nabi Isa, Nabi Muhammad SAW adalah agama yg sama. Agama yg menuntut manusia supaya menyembah Tuhan yg menciptakan mereka - Allah.
Kalau kita berpeluang berjumpa dgn umat Nabi Idris contohnya, ataupun umat Nabi Saleh contohnya, mereka pun boleh jadi hairan kalau kita sebut perkataan Allah dan Islam, sebab mereka bukan org Arab, bahasa Arab pun takde lagi, tetapi hakikatnya mereka pun sama menyembah Tuhan yg Satu, Tuhan yg menciptakan manusia, dengan cara hidup menyerah diri kepadaNya. Sebab perkataan "Allah". "Rasul" dan "Islam" ni bahasa Arab. Yang kita nak pertahankan ialah akidah tauhid yg "pure" seperti yg telah disampaikan oleh semua Rasul-rasul Allah.
Regardless dalam bahasa apapun agama itu disampaikan oleh Rasul kepada umatnya, mesejnya tetap sama. Sembahlah Allah, berpaling daripada taghut. Dan Islam di sini bermaksud menyerah diri kepada Allah. Bukan semata-mata register kat jabatan pendaftaran nak status Islam sebab boleh mengucap, sbb mak ayah lahir2 je mengaku Islam dsb. Itu bukan Islam=menyerah diri kpd Allah. Itu namanya agama keturunan. Agama nenek moyang, walaupun guna perkataan "Islam" juga.
Dari sudut konteks setempat - Malaysia
Di Malaysia, secara luarannya mmg nampak mcm majoritinya dipenuhi org Melayu yg berstatus Islam. Secara luarannya nampak menganut Islam=sejahtera, hakikatnya penghayatan Islam di negara ini bersifat literal dan ritual - agama keturunan, agama nenek moyang. Buktinya, apabila ada segolongan manusia yg mengajak supaya berserah diri kepada Allah seperti dalam AlQuran dan Sunnah - kembali kepada kefahaman akidah yg jelas, maka ada suara2 yg melenting dengan pertikaian seperti, "Takkan ustaz2 saya selama ni tak betul, takkan atuk nenek ajar saya selama ni tak betul, takkan alim ulama nusantara yg berjasa selama ni tak betul". Hukum2 jelas dalam AlQuran tak buat (org awam tidak digalakkan baca AlQuran terjemahan kerana didoktrin akan salah tafsir, nanti jadi sesat sbb baca Quran terjemahan), tapi yg dipertahankan amalan2 setempat nenek moyang yg masih dihalalkan atas alasan kerana "ia baik".
Ini mengingatkan saya pengalaman berjumpa dgn student2 Malaysia di luar negara - solat Maghribnya tidak, tapi sibuk buat kenduri baca yasin. Ini realiti masyarakat kita.
Perumpamaan saya boleh bagi kat sini, contohnya masakan rendang ayam. Rendang ayam ni salah satu masakan tradisi org Melayu. Katakan kita buat kempen supaya org sedar makan rendang ni tak elok, tak healthy, byk minyak, byk santan dsb. Dengan hujah2 yg jelas, org nampak kebenarannya - makan rendang ayam ni sebenarnya tak elok utk kesihatan. Tapi persoalannya, berapa ramai org boleh terima dan rela berubah. Nanti ada suara2 tak puas hati yg kata, ala apa salahnya makan rendang, ala apa salahnya makan sekali sekala, takkan selama ni pemakanan kita salah. SEBAB? Tradisi yg dah sebati dalam diri org Melayu.
Sama la dengan kefahaman Islam org Melayu di Malaysia. Dah sebati, dah kematu. Bukan Islam sebagai cara hidup yg "menyerah diri kpd Allah" tetapi Islam fahaman mereka ialah cara hidup yg semata-mata "sejahtera" dengan penghayatan dan amalan2 yg bersifat ritual. Bukan Islam yg progresif dan expanding sepertimana zaman2 kegemilangan Islam dulu, tetapi Islam jumud yg berlegar2 dalam kaum yg sama, berlegar2 dlm kalangan org2 tertentu sahaja yg masyarakat gelar sbg ustaz.
Dengan kefahaman Islam yg macam ni, sangatlah lemah bila menghadapi situasi seperti ada org non muslim hendak menggunakan perkataan Allah dalam penulisan agama mereka sebab dikhuatiri akan menyebabkan org Islam jadi keliru, jadi sesat, jadi pecah belah. Walaupun hakikatnya Tuhan yg menciptakan mereka dan menciptakan kita sama - Allah lah Tuhan kita. Baguslah, akhirnya sedar diri Tuhan kamu pun Allah. Tinggal lagi kita nak dakwah kpd mereka apa itu akidah tauhid - mengaku Tuhan mereka adalah Allah sepatutnya membantu usaha kita utk memahamkan mereka.
Sepatutnyalah.
Tapi org Melayu berstatus Islam di Malaysia sangatlah lemah kefahaman tentang agama, apatah lagi tentang agama yg terasnya akidah tauhid. Di sekolah mereka cuma ditekankan agama itu namanya Islam, Tuhan tu namanya Allah, sembahyang itu namanya solat, sebelum solat kena ambil wuduk, air ada macam2 ada air kolam, air hujan, air salji... , takde air boleh tayamum, ada yg kata debu tepuk dua kali jadi musta'mal..."Agama" yg susah. "Agama" yg menyebabkan ramai jadi mat rempit, sbb nanti2 bila dah tua bole taubat, masa muda utk buat dosa dulu.
Tak salah utk org agama lain utk sedar diri yg Tuhan mereka adalah Tuhan yg sama iaitu Allah. Tetapi kesungguhan mereka utk menggunakan perkataan Allah dilihat sbg usaha utk memesongkan org Melayu mengaku Islam. Padahal kalau ikutkan betul2, ini adalah advantage utk dakwah mereka kepada Islam=menyerah diri kepada Allah. Boleh buat tayangan perdana bincang antara agama, keluarkan hujah masing2.
Kadang2 saya hairan dgn alasan, lebih baik bincang tertutup sebab nanti bahaya bila org Islam dengar akan jadi keliru dan huru-hara. Jadi agama apa yg majoriti org Melayu faham dan belajar di sekolah smpi senang2 jadi keliru?
Agama gabus?
Situasi ini hanya menampakkan lagi kelemahan org Melayu yg menganut agama kerana keturunan dan nenek moyang dan ikut cakap2 ustaz, bukan agama yg benar yg boleh melenyapkan kebatilan.
Mungkin saya menulis ini dalam harapan yg kefahaman tentang akidah Islam di kalangan org yg mengaku Islam di negara ini adalah mantap, maka penggunaan nama Allah oleh org bukan Islam adalah satu rahmat, akan memberi advantage kepada usaha dakwah Islam. Tapi realitinya, ada sebilangan org Islam tidak tahu pun "nak buat apa dengan Islam ni" - masih lagi di takuk pemikiran lama, ditambah pula wujud kumpulan2 berkepentingan tertentu yang lebih rajin dan lebih sungguh2 dari golongan ustaz utk "memahamkan" org Islam.
Dengan kelemahan (dan kemalasan) org Islam utk memahami agama sendiri, maka kelebihan atau advantage terletak di tangan pihak agama lain yg berusaha utk mendapat hak mengguna nama Allah yg dikatakan untuk tujuan dan agenda tertentu.
Adakah Islam yg diamalkan sekarang tak sama dengan Islam yg pernah gemilang satu masa dulu.
No comments:
Post a Comment