Friday, January 1, 2010

Sambutan Tahun Baru - tempat org hilang akal, terkinja-kinja mcm monyet

1. Sebahagian yg menghadiri sambutan tahun baru hingga larut malam, mereka dilahirkan dengan nama Islam, berstatus Islam dalam kad pengenalan, datang dari keluarga yg mengaku beragama Islam walaupun mungkin penghayatan agamanya cuma bersifat ritual dan mendengar alunan bacaan AlQuran walaupun tidak berusaha utk memahaminya dengan alasan dengar saja pun dapat pahala.

2. Satu masa tidaklah lama dulu, melihat lelaki dan perempuan terkinja-kinja melompat mengikut lagu2 yg dimainkan dianggap sebagai tidak bermoral, mengikut hawa nafsu seperti haiwan. Tetapi sekarang ia sudah menjadi budaya mainstream atau arus perdana, tidak lagi dianggap salah. Even yg bertutup kepala pun ikut sama. Lelaki tak payah cakap lah, sepatutnya membimbing dan menjaga, sebaliknya byk yg mengambil kesempatan.

3. Ini adalah org yg sama yg diajar supaya ketika solat fardhu membaca doa iftihah, sebahagian bermaksud, "...Sesungguhnya solatku, ibadahku, hidupku dan matiku kerana Tuhan Sekalian Alam". Tapi perbuatannya tidak menggambarkan sedemikian. Ini natijah bila ada mentaliti "baca tak faham pun takpe, sebab dapat pahala baca" yg didoktrin oleh setengah golongan yg mendakwa pandai agama. AlQuran berbuku2 kat rumah pun tak dibaca utk difahami, sebaliknya digunakan utk membuat "holy water" utk peperiksaan, utk rasa tenang hati, atau pegang surah yasin jika hantu datang mengganggu.

4. Ini adalah org yg sama yg dengan senang lenang berkata, "janji boleh mengucap nanti masuklah syurga", "buat dosa sekarang, nanti2 taubatlah", "kalau masuk neraka, nanti malaikat cuci2 hati, masuk syurga juga janji Islam (Islam apa ni?)". Daripada tangkap org yg menyampaikan kebenaran AlQuran dan Sunnah walaupun tahu akan tidak disenangi golongan tertentu, dan kemudian menuduh yg bukan2, lebih baik pi cari siapa sebenarnya yg menyebarkan fahaman tak berlandaskan nas ini. Agama berdasarkan rumors ni siapa punya kerja. Silap2 serbannya pun boleh tahan besar.

Padahal Rasulullah dan sahabat2 bermati-matian, sampai memang mati pun, sbb nak menangkan agama, sampai kat org Melayu, "janji tahu mengucap, janji tahu Tuhan tu namanya Allah, insyaAllah boleh masuk syurga". Sungguh ironi.

5. Daripada sibuk2 kata org wahabi atau sesat, tanyalah diri sendiri bila menonton org Melayu yg mengaku Islam terkenja2 sempena tahun baru 2010, adakah ini Islam. Adakah ini Islam? Surah mana yg mengatakan perbuatan ini adalah perintah Allah dan mana examplenya dari Rasul Allah yg kata boleh behave macam ni?

6. Masih lagi rasa negara ini sudah Islam (Islam = menyerah diri SEPENUHNYA kpd Allah)? Tak takut?

7. Kalau tanak berubah, jangan ganggu org yg mengajak kepada perubahan terutamanya apabila ia melibatkan prinsip2 jelas dalam AlQuran dan AlSunnah.

No comments:

Related Posts with Thumbnails