Komen tentang perarakan Maulidur Rasul
Allah jadikan manusia ni fungsinya utk menjadi khalifah di muka bumi. Menjadi pentadbir, memastikan muka bumi ni sejahtera dengan sistem yg Allah ajar. Dalam perkataan lain, manusia hidup kat muka bumi ni kerjanya pastikan command dari Allah tu berjalan. Simple, semua org pun faham - sepatutnya. Tapi nak pastikan command tu dilaksanakan, is another story.
Jadi bagaimana manusia yg hidup di muka bumi menerima command/perintah dari Allah yg WAAJIB dilaksanakan itu? Dalam tiap2 kaum Allah utuskan, Allah assign seorang manusia dari kalangan mereka utk menyampaikan command itu kepada mereka. So basically dari zaman Nabi Adam hingga kepada Nabi Muhammad SAW, mesej yg sama telah diturunkan berulang kali, beransur-ansur dalam pelbagai bahasa dan pelbagai keadaan masyarakat pada masa masing2, iaitu - tegakkan agama dan jgn berpecah belah dalamnya. Himpunan wahyu yg paling complete dapat pada Nabi Muhammad sbb baginda Rasul yg terakhir - dapat ambil iktibar daripada pelaksanaan semua Rasul-rasul sebelumnya.
Dianggarkan kira-kira 313 org rasul telah diutus oleh Allah utk sampaikan perintahNya kepada manusia. Dalam ramai-ramai rasul itu, hanya 25 org Rasul yg cara pelaksanaan, cara perjuangan mereka mendapat endorsement dari Allah untuk diturunkan dalam bentuk wahyu kepada Nabi Muhammad SAW supaya dilaksanakan - bukan semata-mata dibaca utk menang tarannum atau tenang hati utk ambil exam atau utk aksi halau hantu dalam filem.
So kita simpulkan dalam ayat yg mudah utk dipahat dalam kepala - Perintah dari Allah wajib dilaksanakan telah dibukukan sebagai kitab AlQuran dan wajib dilaksanakan. Macamana nak laksanakan? Pelaksanaan seperti yg telah ditunjukkan oleh Rasul Allah, yg terdekat dengan kita ialah Rasulullah Nabi Muhammad SAW. (Bab macamana selepas itu Islam yg pure boleh terpecah2 kepada mcm2 fahaman, mazhab, tarikat dsb. next time kita buka topik lain).
By right, kepada yg mengaku sbg umat Nabi Muhammad sewajarnya meneruskan perjuangan baginda, bukan create kefahaman baru atau bentuk ibadah baru.
Di Malaysia, ada dua jenis mindset - Satu ialah apa saja yg keluar dari mulut ustaz semuanya benar dan tidak boleh dipertikai. Sebab mereka dikatakan ulama yg menjadi pewaris nabi - (Pewaris nabi sepatutnya teruskan perjuangan nabi, bukan create ibadah baru). Mempertikai mereka bermaksud lemah iman. Mindset yang kedua ialah, apa saja perbuatan yg difikirkan baik, difikirkan atas niat baik maka ia automatik jadi ibadah. Yang penting baca bismillah.
Janji benda tu difikirkan baik. Walaupun Allah tak suruh (AlQuran), walaupun Rasul tak pernah buat (Sunnah).
Termasuk bab perarakan Maulidur Rasul, yang sekali lagi ada segolongan manusia mengaku beriman mengambil tindakan yg lebih cenderung kepada emosi. Selepas isu penggunaan nama Allah. Point, hujah takde. Emosi lebih. Pekik2 depan masjid lepas tu kena tangkap polis.
Perarakan Maulidur Rasul bukan satu ibadah yg Allah suruh, dan Nabi serta sahabat2 tak pernah buat pun. Takde example pun dari zaman itu utk kita kata berarak maulud nabi ni sejenis ibadah. Kalau betul perarakan boleh menangkan Islam, dah tentu mereka orang yg pertama2 ajak org berarak ke sana ke mari dalam Kota Madinah.
Perarakan ni semata-mata hanya satu bentuk peringatan saje. Memperingati. Memorial. Itu saja. Jadi tak perlulah terlalu emosi. Kepada negeri yg tak dibenarkan buat perarakan Maulidur Rasul tu, kamu pun satu hal juga, kamu juga yg pangkah org tu jadi pemimpin kan.
Jangan emosi yg tak wajar. Emosi tak wajar maksudnya kat sini, janganlah benda yg Allah tak suruh, Nabi tak pernah pula buat kita melenting, tapi benda yg WAAJIB yg termaktub dalam AlQuran semua org taknak baca dan faham.
(Sekurang2nya saya tak dengar emosi yg sama bila memperkatakan kewajipan melaksanakan kandungan AlQuran, sepertimana emosi ketika isu org bukan Islam hendak menggunakan nama Allah, atau bila tak dapat berarak.)
Yang emo2 tu - Pergilah baca Quran, "tenangkan hati".
Ops Sikap 21
I told you, it won't work. Kita dah lepaskan manusia berbahaya, manusia yang tak difahamkan apa itu pemanduan bahaya, otak mcm najis, manusia berlagak, ego tak bertempat dsb.. dah bertebaran atas jalan awam baru nak fikir mcm mana nak jadikan jalan itu selamat untuk semua orang. Lebih2 lagi masa jalan sesak sbb balik hari raya. Menghabiskan duit taxpayer tempah sticker kempen aje.
Saya perhatikan kebodohan ini merentas semua sempadan, melangkaui semua peringkat umur, semua jenis kaum, agama, jantina, ketrampilan alim berjanggut atau tidak. Maknanya ada something wrong dengan sistem pendidikan jalanraya yg memberi kebenaran mereka memandu.
Pergi betulkan dulu sistem pendidikan jalanraya.
Lambakan luar biasa pendatang asing
Menteri pun dah take note yang fenomena pendatang yang bersepah2 sekarang dan nampak tersgt obvious bila ramai org balik kampung dan tinggalkan bandar besar. Dah banyak masalah, banyak jenayah, banyak org mati disebabkan controlling yang lemah bab kemasukan pendatang sama ada dgn izin atau tidak dan bila mereka dah berada di sini - main lepas2 aje.
Kena ada controlling yang lebih baik. Jangan sacrifice keselamatan org awam dalam negara.
No comments:
Post a Comment