Dengan keadaan rata-rata masyarakat kita masih lagi dgn takuk pemikiran lama, masih selesa dengan ego tidak bertempat, masih lagi dengan sistem pendidikan jalanraya yg dengan senang2 melepaskan pemandu2 berbahaya dengan memberi mereka lesen mudah - saya meramalkan Ops Sikap sempena raya tahun baru Cina ini akan menyaksikan ramai manusia yg terkorban / mati katak di atas jalanraya - seperti biasa.
Ada org kata kena buat kempen keselamatan seperti dulu2, bagi sticker, buat iklan tv. Pada saya, ini semua membazir dan agama tak suruh kita membazir. Belanja juta2 pakai duit taxpayer tapi end up sticker2 tu buang dalam tong sampah sebab tak cantik dan "nampak skema". Bila saya kata mcm ni, nanti ada yg melenting, takkan kita nak berserah kepada takdir saja? This is the problem with our people, suka salahkan takdir.
Ubah sistem pendidikan jalanraya. Jangan simply2 bagi lesen kepada org yg berbahaya.
Malulah sikit dengan negara contohnya Jepun yg tidak diajak bersyahadah pun boleh pastikan hanya org2 yg layak dan dijamin selamat sahaja diberi lesen memandu.
Org Jepun lagi faham macam mana hidup dalam sistem, hidup ikut peraturan.
No comments:
Post a Comment