Monday, March 1, 2010

Isu semasa dalam negara

3. Wanita lebih ramai dlm perkhidmatan awam
Cuepacs dikatakan bimbang kerana penguasaan kaum wanita dari segi bilangan dalam perkhidmatan awam dan jawatan2 yg berkaitan memberi keputusan (decision makers). Pada saya yg menjadi persoalan bukannya kenapa wanita begitu ramai. Persoalan yg sebenar ialah kenapa lelaki sangat malas? Nanti ada pula yg marah, eh takde.. ini sebab sistem kemasukan yg dipakai sekarang mementingkan akademik berbanding ko-kurikulum yg mana lelaki mungkin boleh bersaing.

Jadi persoalan lain pula timbul, kenapa pencapaian akademik lelaki tidak sehebat wanita sehingga menggunakan alasan ko-kurikulum. Rasanya perempuan juga ada terlibat dgn aktiviti ko-kurikulum. Dan apa salahnya lelaki mesti hebat dalam akademik? Takut dikutuk nerd, kaki buku? Pampered.

Saya perhati sebilangan "tidak kecil" lelaki ingin menjadi cool, tetapi cool yg tak sewajarnya. Kemudian bangga jika lulus periksa walaupun study seminggu sahaja sebelum exam. Sebab tu negara pun tak aman, daya fikir pun lemah, mengharapkan tongkat bantuan kerajaan dan protection atas nama "ketuanan".

4. Politik Umno-Pas
Masing2 mendakwa ingin menegakkan Islam dalam acuan masing2. Satu pihak ingin melaksanakan agama ala2 pak arab. Satu pihak lagi pula lebih cenderung membantu Melayu, membantu Melayu bermakna membantu Islam di negara ini. Islam tidak akan berkembang subur di negara ini selagi imej Islam itu digambarkan mesti menjadi ala2 pak arab memakai serban, menyimpan janggut dan tidak akan berkembang selagi Islam itu digambarkan sebagai agama perkauman, kena jadi Melayu, pakai songkok makan ketupat..

Dan bergaduh tak bersudah kerana berbeza parti politik dalam sistem demokrasi sesungguhnya bukan datang dari ajaran Islam yg tulen yg dibawa Rasulullah.

5. "Jangan cemarkan demokrasi kami"
Saya terbaca tajuk satu rencana dalam Utusan yg bertajuk "Jangan cemarkan demokrasi kami" berkaitan 50 wakil parlimen Australia yg meminta kes mahkamah DSAI digugurkan. Tentang ini pun satu hal juga, tapi yg menarik perhatian saya ialah kesungguhan dalam mempertahankan demokrasi seolah-olah ia satu agama yg tidak boleh diganggu gugat. Bila baca tajuk rencana tu, tiba2 terdetik, "uih.. demokrasi ni sejenis agama ke sampai begitu lantang sekali."

Katakan kita berjaya selesaikan satu persatu masalah dalam negara dgn solution Islam, ibarat memecahkan berhala2 kecil. Tinggal satu saja berhala besar bernama demokrasi. Lepas tu letakkan kapak pada tangan berhala demokrasi, dan kita claim semua masalah dalam negara ni selesai kerana berkat demokrasi. Mesti ada suara2 yg kata, tak mungkinlah demokrasi yg buat, demokrasi tak berkuasa utk selesaikan masalah.

Then, kenapa kamu sembah demokrasi?  
Macam pernah dengar dialog penuh sejarah ni.. Zaman mungkin berubah, tapi manusia sama saja.

No comments:

Related Posts with Thumbnails