Sekali lagi kita disogokkan dengan berita2 yg sama setiap kali keputusan peperiksaan besar diumumkan. Peratusan pencapaian meningkat, bilangan A bertambah, nama2 yg cemerlang disiarkan. Kononnya ini bukti pendidikan negara berjaya dan hasilnya negara akan aman makmur.
Bagi yg ingin membantu keluarga, atau bercita2 ingin perbaiki taraf hidup, ya, lulus cemerlang peperiksaan dengan bilangan A yg banyak adalah salah satu daripada banyak cara yg berkesan. Kemudian, boleh memohon biasiswa utk belajar, setelah habis belajar boleh memohon pekerjaan bergaji besar. Tetapi adakah pendidikan negara secara keseluruhannya telah menjadikan negara ini lebih sejahtera, lebih aman, lebih selamat utk didiami?
Apakah sebenarnya halatuju pendidikan? Ke mana pendidikan ni hendak memandu negara selain cuma bilangan A-, A dan A+. Hanya mereka yg mendapat banyak A, dan statistik bilangan A dianggap sebagai pencapaian, kejayaan pendidikan. Bagaimana dengan mereka yg tidak mendapat A atas apa sebab sekalipun - tidak ada kemudahan, tidak ada peluang atau malas. Adakah mereka tidak diterima sebagai hasil pendidikan negara? Kemudian dilayan seperti tidak ada nilai / sampah, mengapa? Bukankah mereka juga sebahagian daripada pendidikan.
Dan berapa banyak kali sudah kita mendengar ada sebilangan yg score dalam peperiksaan - ada yg sampai mendapat tawaran ke oversea (thumb up), tapi akhlaknya, penghayatan agamanya sangatlah buruk (thumb down). Bila sudah masuk merebak ke IPTA barulah nak perbetulkan mereka supaya, contohnya pakailah panties ketika 14 haribulan Feb. Ataupun hormatilah perempuan yg sepatutnya, jgn memimpin tangan mereka ke arah maksiat di dalam pintu2 berkunci. Ataupun nama sahaja Islam, tetapi hidup seolah2 tak yakin Allah itu ada, AlQuran pun malas baca, Maka, apa guna bilangan A bertambah, tapi masalah ini tidak dapat diselesaikan oleh pendidikan.
Saya yakin sekali lagi statistik pendidikan Islam akan memperoleh banyak A, tetapi realitinya tidak mampu utk membendung masalah akidah yg melanda org muda sekarang. Maka, pendidikan agama apakah ini.. Non muslim pun boleh geleng kepala. Tapi claim akan masuk syurga. Kalau masuk neraka pun sekejap aje, hanya beberapa hari. Macamlah neraka tu sekadar berdiri atas kerusi, atau berjemur di padang rumput. Kalaulah benar dakwaan masuk neraka boleh keluar balik itu. Sesungguhnya agama yg sempurna dan mampu menyelesaikan masalah tidak ada kaitan dengan kesempitan minda hasil tangan manusia, walaupun kopiahnya boleh tahan putih, atau janggutnya boleh tahan panjang.
Rasanya pelajar dengan keputusan A dalam peperiksaan besar, contohnya SPM, sudah bersepah2 di bumi Malaysia. Setiap inci ada saja hasil produk pendidikan yg hidup. Tapi cuba tanya, apakah sumbangan mereka ke arah menjadikan negara ini negara yg sejahtera, selain kerja seperti hamba, jadi hamba kepada manusia, datang ofis saja sembah2, bila diajak berjihad ke jalan Tuhan beri alasan malas, sibuk, duit berkepul2 dalam poket tapi angkuh bila diajak utk patuh kepada perintah Tuhan melalui kalamNya.
“Orang-orang yang beriman tidak mencampuradukkan iman mereka dengan kezaliman (syirik), mereka itulah orang-orang yang mendapat keamanan dan mereka itu adalah orang-orang yang mendapat petunjuk.” - Surah Al-An'am ayat 82.
Negara semakin tak aman, tetapi yg "cerdik pandai" ini hanya pentingkan diri sendiri.
Pendidikan apakah ini..
No comments:
Post a Comment