Wednesday, March 3, 2010

Pandai tapi jahil

Sistem pendidikan yg ada sekarang to some extend berjaya menghasilkan cerdik2 pandai dalam pelbagai bidang. Cerdik2 pandai ini setelah habis pengajian kemudian masuk ke alam pekerjaan. Pendek kata pandai lah senang cerita. Tetapi cerdik2 pandai ini walaupun dari satu sudut memang pandai (thumb up), tapi bila bab bicara memahami agama sbg cara hidup jadi jahil pula (thumb down).

Seolah2 ilmu2 yg dipelajari tak boleh nak integrate dengan agama. Belajar pandai2, gaji besar kereta besar tapi bila tanya apa itu agama, maka yg terbit dari fikiran ialah solat 5 waktu, zakat rm7 setahun, puasa setahun sekali, terawikh di surau, baca quran sampai khatam sekurang2nya sekali seumur hidup. Kalau ada tambahan pun, lebih kurang berlegar2 pun di situ, tidak ke mana.

Bila musibah menimpa, maka dengan pantas menjawab, ini semua ujian Tuhan kepada hambaNya.. tanpa sedikitpun terlintas di fikiran mereka bahawa musibah yg menimpa sebenarnya lantaran kejahilan, kesalahan mereka sendiri dan wajib mengubahnya bukan sekadar menadah tangan ke langit.
Suka sangat nak salahkan takdir.

Kita bukan tidak ada golongan lepasan agama di negara ini, tapi nampaknya sebilangan besarnya cuma bermain di latar belakang (background), bukan main player dalam urusan negara. Jadi tekong yasin, jadi imam terawih (ramai terpesona dgn bacaan tetapi tidak menghayati maksudnya), jadi motivator - cerita yg sedap2 saja, kalau 'panas2' nanti dibuang kerja.

Golongan yg sampai memegang jawatan mufti pun tidak menonjol, cuma nampak berperanan bila hendak keluarkan fatwa. Itu pun fatwa, apa hukum jadi pengkid, apa hukum pakai dakwat pilihanraya. Let alone jabatan2, badan2 berkaitan agama yg ada, saya pun tak pasti apa peranan mereka, senyap saja buat kerja dalam office.

Negara kita sekarang ni dalam keadaan ramai yg tidak faham apa itu agama, dan terpaksa 'beragama' dengan apa yg dipelajari dalam buku teks sekolah.

Cuba baca ruangan soal jawab agama dalam suratkhabar, majalah - for sure berlegar2 dgn isu2 fekah. Ustaz, apa hukum saya buat mcm tu, apa hukumnya saya buat macam ni.. Maka ustaz pun berkata, mengikut pendapat imam A, kena..., mengikut pendapat imam B, kena..., ikut ijma ulama, kena... sbb kita ni "ahli sunnah wal jamaah" biasanya kita akan buat... ending, wallahualam.

Maka.. agama ni... semata2 tentang apa boleh buat, apa tak boleh buat sahaja ke? Sebab tu lah non muslim pun tak tertarik dengan agama yg digambarkan oleh penganutnya ni. Akibatnya, non muslim pun beranggapan, betullah Islam ni untuk org Melayu sahaja, kita tak payah ambil tahu, sensitif. Cakap lebih2 nanti mereka menjerit2 di masjid, atau ambil kepala lembu utk dipijak2.

Tak lama dulu ada kisah seorang bekas mufti yg proaktif dalam menjalinkan agama dan pemikiran professional berdasarkan point2 yg jelas, malah non muslim pun dapat terima, boleh nampak kejelasan, tapi kemudian diaibkan pula dengan penangkapan berkaitan tauliah.

Maka kefahaman agama apakah yg berlegar2 dalam negara ini sampai ia mesti kelihatan mundur, miskin, low profile, tidak menonjol?

Maka pemikiran agama apakah yg dianuti di negara ini sampai tak boleh integrate dengan pemikiran bidang2 professional, saintifik seolah2 menafikan sumbangan Islam pada masa silam?

Adakah dikatakan beragama itu mesti berpenampilan jubah, serban dan janggut panjang hingga generasi muda pun semakin lari? Sesungguhnya agama Allah yg universal utk seluruh manusia dan seluruh yg ada di alam semesta tidak ada kaitan dengan kejumudan hasil tangan manusia.

No comments:

Related Posts with Thumbnails