"Sungai Maut"
Perumpamaan jalanraya di M'sia seperti sungai yang mengalir di dalamnya
Bukan ikan-ikan koi pelbagai warna yang pergerakannya cantik dan menyenangkan hati pemiliknya
Yang membuatkan pengunjung tenang bila memandang atau berasa aman bila berjalan di tepi sungai
Contohnya jalanraya di Jepun, UK dan Australia
Tetapi seperti ikan piranha yang dahagakan darah
Pergerakannya ganas dan brutal membaham org2 yg tak bersalah
Kadang2 membunuh diri
Pecah kepala Isi otak bertaburan, kaki hancur, tangan putus, bersepah atas jalan
Pejalan kaki melintas jalan di tempat lintasan dilanggar smpi mati oleh kereta laju, motor laju, lori laju, bas laju
Tersepit dlm remukan kereta, gilis penunggang motosikal yg jatuh, isi perut terburai
Polis tutup jalan sementara utk kutip cebisan daging bersepai
Bukan pemandangan luar biasa di M'sia
Inilah jalanraya jahiliyah, dipenuhi dgn pengguna jahiliyah
Jahiliyah adalah perkataan dari bahasa Arab yang bunyinya spt sopan
Tapi bila diterjemah ke bhs Melayu, menjadi 'bodoh'
Jadi perkataan yg plg sesuai utk menggambarkan keadaan jalanraya di M'sia
Ialah jalanraya yg bodoh - Nasihat byk kali pun sama juga, tetap kondisinya bodoh
Kejahilan yg tidak mengira status, umur, jantina, kaler rambut atau keturunan.
Kalau hidup masih tercari2 definisi terbaik utk kejahilan
Berjalanlah kamu di atas jalanraya M'sia, nescaya akan bertemu jawapan.
No comments:
Post a Comment