Link: Part 1 Part 2 Part 3
Komen: Penjelasan yg simple yet tepat oleh Ustaz Hussein Yee tentang definisi apa itu Islam, Muslim, agama adalah milik mutlak Allah. Kita hanya hamba kpdNya, oleh itu tak boleh gunakan agamaNya utk memenuhi kepentingan peribadi. Sebaliknya peribadi kita yg patut memenuhi kehendak Allah.
Semua Rasul Allah daripada Nabi Adam as hingga Nabi Muhammad saw membawa mesej yg sama daripada Tuhan. Tidak ada Tuhan yg berhak disembah selain Allah. Agama samawi regardless disampaikan dlm bahasa apa dan kpd kaum apa pun, semuanya sama - way of life yang menyerah diri kpd Allah = Islam.
Syariat yg diturunkan kpd semua Rasul adalah sama: "Tegakkan agama dan jangan berpecah-belah di dalamnya." Dan syariat yg sama inilah yg diteruskan dan wajib dilaksanakan.
Kitab AlQuran adalah himpunan wahyu dari Allah yg diturunkan kepada Nabi Muhammad saw dalam jangkamasa 23 tahun melalui malaikat Jibril, sepertimana kitab-kitab yg diturunkan sebelumnya - Zabur, Taurat, Injil.
Kitab AlQuran adalah sumber utama utk memahami apa itu Islam yg Allah perintahkan. Bukan memahami Islam melalui tingkahlaku dan perlakuan org2 yg mengaku Islam - walaupun serbannya besar.
Sebab, boleh jadi org tu mengaku dirinya menyerah diri kpd Allah (Islam) tapi tak menjadikan kata2 Allah sbg prinsip bila membuat keputusan. Islam yg difahaminya hanyalah agama ikut-ikutan turun-temurun. "Ustad" sahaja yg pandai dan boleh cakap ttg agama. Akhirnya Islam tak berkembang subur, berlegar2 sekitar org yg pegang jawatan agama sahaja, bagi org awam pula Islam berlegar2 sekitar amalan ritual sahaja.
Dlm konteks Malaysia, majoriti org yg mengaku Islam ialah org Melayu. Yg menjadi isu, ada segelintir org Melayu jadikan Islam supaya bekerja utk mereka (pegang jawatan agama buat duit), bukan mereka bekerja utk Islam (keluar dari zon selesa, pergi berdakwah yg benar). Bila kebenaran bertentangan dgn pemikiran lama atau kebiasaan mereka, kebenaran itu akan dilabel sbg sesat, memecahbelahkan, kaum muda atau term yg plg famous sekarang - wahabi.
Situasi yg berlaku skrg ialah org Melayu yg mengaku Islam pun kabur ttg akidah Islam sampai terpaksa diprotect oleh "ustad2" dgn menggunakan manipulasi undang2 karangan manusia - contohnya dlm kes penggunaan perkataan Allah oleh org bukan Islam dan kes org Melayu tukar agama.
Dan kaum2 lain yg bukan Islam pun tak dpt gambaran sbnr apa itu keindahan Islam. Yg mereka nampak keadaan org Melayu yg selalu ketinggalan. Dah 52 tahun merdeka pun, kaum2 lain tak berbondong2 nak masuk Islam.
No comments:
Post a Comment