Friday, October 23, 2009

Kebangkitan umat Islam abad ke-15 Hijriah

Dalil Al-Quran
"Allah menjanjikan orang-orang yang beriman dan beramal soleh dari kalangan kamu (wahai umat Muhammad) bahawa Ia akan menjadikan mereka khalifah-khalifah yang memegang kuasa pemerintahan di bumi, sebagaimana Ia telah menjadikan orang-orang yang sebelum mereka: khalifah-khalifah yang berkuasa; dan Ia akan menguatkan dan mengembangkan agama mereka (Islam) yang telah diredhaiNya untuk mereka; dan Ia juga akan menggantikan bagi mereka keamanan setelah mereka mengalami ketakutan (dari ancaman musuh). Mereka terus beribadat kepada-Ku dengan tidak mempersekutukan sesuatu yang lain dengan-Ku. Dan (ingatlah) sesiapa yang kufur engkar sesudah itu, maka mereka itulah orang-orang yang derhaka (fasiq)."
(Surah An-Nur [24] ayat 55)
 
Dalil Hadis Nabi
Dari Nukman bin Basyir katanya, “Suatu ketika kami sedang duduk-duduk di Masjid Nabawi SAW dan Basyir itu adalah seorang yang tidak banyak cakap. Datanglah Abu Saklabah lalu berkata, “Wahai Basyir bin Saad, adakah kamu hafaz hadis Rasulullah SAW tentang para pemerintah?” Huzaifah RA lalu segera menjawab, “Aku hafaz akan khutbah baginda SAW itu.” Maka duduklah Abu Saklabah Al-Khusyna (untuk mendengarkan hadis berkenaan). Maka kata Huzaifah RA, Nabi SAW telah bersabda,
 
“Telah berlaku Zaman Kenabian ke atas kamu. Maka berlakulah zaman itu seperti yang Dia kehendaki, kemudian Allah pun mengangkat zaman itu seperti yang Dia kehendaki.

Kemudian berlakulah Zaman Kekhalifahan yang berjalan menurut cara Zaman Kenabian. Maka berlakulah zaman itu seperti yang dikehendaki oleh Allah ia berlaku. Kemudian diangkat-Nya apabila Dia berkehendak mengangkatnya.

Kemudian berlakulah pula Zaman Pemerintahan Yang Menggigit (Fitnah). Maka berlakulah zaman itu seperti yang dikehendaki oleh Allah berlakunya. Kemudian Dia mengangkatnya seperti yang Dia kehendaki mengangkatnya.

Kemudian berlakulah Zaman Pemerintah Yang Zalim (Diktator). Maka berlakulah zaman itu seperti yang Allah kehendaki ia berlaku. Kemudian Dia mengangkatnya apabila Dia mahu mengangkatnya.

Kemudian berlakulah pula Zaman Kekhalifahan yang berlaku menurut cara Zaman Kenabian.”
Kata Huzaifah RA, “Kemudian baginda SAW diam.”

(Hadis ini diriwayatkan oleh Imam Ahmad di dalam kitab Musnad Al-Imam Ahmad bin Hanbal, Juzuk 4, halaman 273. Juga terdapat di dalam Kitab As-Silsilatus Sahihah, Jilid 1, hadis nombor 5).

Kesimpulan
Islam pasti akan berada di atas semula, sekali lagi. Hukum Islam yg haq akan berlaku semula di atas muka bumi ni. Tidak ada pertikaian pun tentang hukum yang ditetapkan dalam AlQuran. Islam yg fresh sepertimana ketika AlQuran diturunkan kpd Rasulullah. Islam yang start dengan kefahaman akidah, kemudian ibadah yg berdasarkan syariat.

Tapi ia memerlukan pengorbanan yg bukan sedikit, daripada setiap jiwa yg mengaku beriman kpd Allah dan Rasul. Iaitu tuntutan utk berjihad, dgn jihad yg besar. Jihad utk meletakkan kembali hukum2 yg termaktub dalam Al Quran pd tempatnya. Tentangan pasti ada, dari dalam dan luar. Dari luar oleh musuh2 yg tak mahu lihat Islam kembali mengurus dunia, dan oleh org2 yg belum faham apa itu Islam. Dari dalam pula, tentangan oleh org2 yg mengaku Islam tapi masih dgn doktrin2 lama yg menyebabkan Islam itu jadi sempit, mundur dan tidak berkembang.

Kebangkitan itu pasti. Persoalannya - tanya diri sendiri - adakah kewujudan diri kita kat muka bumi ni sebahagian daripada org2 yg menolong perjuangan ni. 

Tanyalah. Sekarang.

No comments:

Related Posts with Thumbnails