Ambillah pelajaran
Dari sirah Nabi
Bila mana Rasulullah diutus utk menyampaikan ayat2 Allah
Dalam jangkamasa 23 tahun
Mengubah keadaan masyarakat Mekah pada masa itu
Yg jahil
Kepada mentaliti bertamadun
Dgn pendidikan..
13 tahun di Mekah - pendidikan akidah (you hidup mesti ikut perlembagaan Allah shj, bkn perlembagaan karangan lawyer manusia)
10 tahun di Madinah - pendidikan yg jelas supaya sama2 menegakkan hukum Islam satu persatu
Bersama2 sbg satu umat dgn kekuatan dlm bidang masing2
Untuk implement sistem cara hidup sejahtera
Dalam keadaan org faham apa itu akidah Islam, apa itu cara hidup Islam
So bila wahyu Allah turun satu persatu, maka tidak ada satu jiwa pun yg pertikai
Bermula dgn pembinaan centre of excellence bernama Masjid Quba
Pusat pendidikan "way of life"
Walaupun struktur awal pembinaannya daripada pelepah kurma
Pusat penyusunan strategi Negara Islam utk expand the ideology globally
Akhirnya siap satu model pemerintahan Islam yg menjadi benchmark
Sample sistem pemerintahan untuk dilaksanakan oleh mana2 kerajaan yg mengaku beriman kpd Allah dan Rasul. (sepatutnyalah).
(Memo: Satu ketika kerajaan Khalifah terakhir Turki Uthmaniyah menjadi semakin lemah sehingga digelar "sick man of europe". Selepas kejatuhannya pd thn 1924 tidak ada lagi negara khalifah islam yg berfungsi utk menyatukan umat Islam, satu per satu kawasan yg dahulunya wilayah islam berpecah2, bertukar menjadi negara2 bangsa, dan dibekalkan dgn sistem demokrasi sblm penjajah meninggalkan mereka. Kejatuhan umat Islam diburukkan lagi dgn penubuhan PBB - United Nation - antara agenda pertamanya ialah utk justify pengambilan tanah Palestin dan diberi kpd Zionist dgn alasan penindasan yg berlaku terhadap kaum yahudi yg sehingga kini diragui kebenarannya. Selepas itu dunia umat Islam tidak pernah aman smpi skrg).
Ok, kecilkan semula scale daripada membina negara kepada menjadikan jalanraya M'sia yg selamat.
Our prophet dah buktikan, nak ubah keadaan masyarakat dgn pendidikan yg berkesan. Kenapa tak ikut?
Untuk mengubah pemikiran dan environment masyarakat, mesti bermula dgn pendidikan. Kalau pendidikan gagal, jgn salahkan takdir. Ubah nasib masyarakat sendiri dgn pendidikan. Jgn bila otak org ramai dah input penuh dgn sampah, smpi perangai pun dah mcm sampah, baru nak suruh ikut peraturan. Impossible. Sampah tak boleh digest peraturan menjadi pelaksanaan, baik yg memegang kuasa@authority mahupun org kebanyakan biasa. Jgn bila pembawa sampah dah banyak atas jalanraya, baru sibuk nak cari cadangan2. Ibarat menjirus air sebanyak beberapa gayung tp sampahnya tetap melimpah.
Kalau pendidikan digunapakai skrg tak berkesan menghasilkan pemandu/penunggang selamat, ubahlah kepada pendidikan yg berkesan. Sample yg berjaya bukan x ada. Contohnya di UK, Jepun dan Australia - (sekadar tempat yg aku pernah pergi). Jalanraya di sana ada Islam walaupun bukan oleh org Islam. Jalanraya di sini ada org Islam tetapi tidak ada Islam. Islamnya tertinggal di surau, atas sejadah, dalam lipatan kain pelikat. Dan Islam itu 'sejahtera'. Sudahkah jalanraya kita sejahtera? Tidak ada cara lain. Buanglah pendidikan yg kabur, ambil pendidikan yg jelas.
Bila bilangan pengguna jalanraya yg berpendidikan jelas dgn attitude baru 1st class semakin ramai take over the road
Dan bilangan pengguna yg xnak berubah atau masih pakai attitude lama, berkurangan kerana mati kemalangan atau meninggal dunia secara nature (faktor umur, penyakit dsb.) Maka pada masa itu jalanraya M'sia akan menjadi semakin selamat.
Daripada sungai dipenuhi ikan piranha bertukar kpd sungai ikan koi yg cantik.
No comments:
Post a Comment