Bukan niat nak komen ttg siapa sbnrnya di pihak yg benar, siapa yg patut dipangkah, atau benar ke dakwaan satu kumpulan kpd satu kumpulan lain dan sebaliknya. Byk dah tulisan lain yg mengulas ttg perkara tu. Tapi ttg suasana yg diwujudkan setiap kali pilihanraya dijalankan samada kecil atau besar. Setiap kali bila kempen mesti jadi huru hara.
Dan yang membuat huru-hara ni pula - baik yg bertanding mahupun yg mengimarahkan aktiviti menyokong calon parti - bukan budak kecik atau budak skola. Kalau budak2 skola tu faham la juga, sbb mereka ni mmg dah spoilt generation.
Tapi yg peliknya, yg buat huru-hara setiap kali pilihanraya ni mereka yg nmpk mcm dah habis mengaji, dah bekerja, dah beranak pinak, dah ada rambut putih. Kalau ingat lagi dulu siap ada yang baring atas jalan. Yang baling batu ke bas bawa student balik kg. Yang buat kecoh, pukul org, terpekik sana sini, baling botol, baling kayu. Bagi yg bertanding pula, bg statement kata calon tu mcm tu la, yg sblh sini kata calon sana takde modal la, yg byk pusing2 cerita tak betul dan niat nak mengapi-api je.
Tindakan dan tingkah laku yg tak selari dgn tahap kematangan yg kita expect utk level umur mcm tu.
Politik ni satu cabang ilmu yg mulia spt mana ilmu2 yg lain spt matematik, fizik, ekonomi dsb.
Politik ada peranan yg besar. Dan ilmu adalah fakta, bukan sentimen atau ikut emosi.
Lebih2 lagi politik berkaitan dgn pengurusan rakyat dan cara pentadbiran sebuah negara.
So, kita expect org yg berkecimpung dlm bidang politik ni mempunyai ilmu dan tahap pemikiran yg jauh ke hadapan, terlepas dari kongkongan parti dan kepentingan peribadi.
Baik yg pakai songkok, yg pakai serban putih, nama ada bin, ada binti pun bergaduh. Adakah ini yg mereka maksudkan sbg 'persaingan sihat'?
Jangan salahkan generasi muda kalau mereka tak turun mengundi. Takde menusia berfikiran waras yg nak terjebak dengan benda2 yg bersandarkan rumors, benda2 yg tak pasti. Dia ni kata mcm ni, dia tu kata mcm tu. Tuduh menuduh. Mcm laki bini pernah hidup bersama, bergaduh, bercerai, lepas tu pujuk anak ikut mak ke bapak. Sama la.
Adakah perbalahan antara 2 atau 3 parti yg secara luarannya menganut agama yg sama ni, mmg dah tidak boleh dielakkan lagi? Betul ke susah nak sit down together dan sama2 berbalik kepada matlamat AlQuran dan Sunnah? As if ada matlamat lain yg lebih utama daripada perintah Allah kepada manusia yg ditugaskan sbg khalifah di muka bumi, smpi tak boleh lepaskan pedang masing-masing untuk bersatu.
Adakah perpecahan ini sesuatu yg sudah dijanjikan oleh sistem politik demokrasi yg dihadiahkan tulus ikhlas oleh penjajah British sblm mereka meninggalkan Tanah ni?
Demokrasi.. Dari mana dtg ideologi 'indah' ni.
Parti politik cuma sejenis vehicle, bukan matlamat. Join parti politik tidak memasukkan manusia ke syurga, tapi matlamat dan cara yg tentukan org tu layak atau tidak masuk syurga. Kalau parti salah, betulkan. Speak the truth. Bukan winning with all cost.
Kembalilah ke pangkal jalan.
Kembalilah kepada definisi politik yg sebenar.
Ingatlah satu hari nanti kita akan mati dan diminta pertanggungjawaban.
No comments:
Post a Comment