Wednesday, October 14, 2009

Matlamat utama pendidikan

"Bacalah dengan (menyebut) nama Tuhanmu Yang menciptakan,
Dia telah menciptakan manusia dari segumpal darah.
Bacalah, dan Tuhanmulah Yang Maha Pemurah,
Yang mengajar (manusia) dengan perantaran kalam,
Dia mengajar kepada manusia apa yang tidak diketahuinya."
Surah Al-Alaq, ayat 1-5

Berita suratkhabar 1:
Universiti Malaya berjaya memperbaiki kedudukan dlm senarai universiti terbaik dunia sebyk 50 tangga drpd kedudukan ke-230 thn lepas kpd kedudukan terkini ke-180. UM juga berjaya mengekalkan prestasinya sbg universiti terbaik Asia pd tangga ke-39.

Berita suratkhabar 2:
Universiti Teknologi Malaysia berjaya memperbaiki kedudukan dlm senarai universiti terbaik dunia apabila melonjak 36 anak tangga drpd tempat ke-356 pd thn lalu menjadi menduduki tempat ke-320 bg thn ini.

[ As per checking, at least ada 5 universiti tempatan dlm website http://www.topuniversities.com/university-rankings:
Malaysia: UM (180), UKM (291), USM (314), UTM (320), UPM (345)

Kalau check sebahagian universiti dari negara2 jiran,
Singapore: Universiti of Singapore (30), Nanyang Technological University (73)
Thailand: Chulalongkorn University (138), Mahidol University (220)
Indonesia: University of Indonesia (201), Gadjah Mada University (250) ]

Komen:
Pertama2nya tahniah diucapkan kpd universiti2 yg tersenarai sbg antara yg terbaik di dunia. Tentunya kerja yg memenatkan utk memenuhi 'kriteria@acuan' yg ditetapkan oleh survey dari luar negara ni, setelah dicorotkan ranking pada tahun lepas.

Cumanya, bila keluar berita2 mcm ni membuatkan aku berfikir apa sebenarnya matlamat pendidikan di negara ni. Apa sebenarnya yg nak dilahirkan daripada sistem pendidikan yg digunapakai skarang, sampai kena follow methodology dari luar negara utk ensure atau utk rasa sedap hati yg kita berada di landasan pendidikan yg betul?

Pendidikan bukan semata2 utk dapatkan sekeping sijil supaya boleh apply kerja.

Ya, memang. Dengan adanya org2 berkelulusan ni akan membantu pembangunan, meningkatkan ekonomi negara dsb. But then, ini membuka kepada persoalan yg lebih besar. Apakah halatuju negara ini? Adakah perlembagaaan negara dgn terang, nyata dan jelas menyatakan bahawa halatuju sebenar kita ialah lillahi taala. Maknanya everything, semua aktiviti yg berjalan dalam negara ni dalam bidang apa pun, ialah ibadah kpd Pencipta kita. Ada sebut dgn jelas? Artikel mana?

Kita semakin jauh daripada pendidikan asas yg tujuannya supaya faham kenapa kita ditakdirkan utk hidup. Apa itu manusia, apa tanggungjawab sbg manusia, atas prinsip apa kita membuat keputusan, kalau tak berfungsi sbg manusia, apa jadi kepada dunia. Yang ditekankan kerja, kerja, kerja. Dapat duit. Kahwin, beranak byk2. Bayar hutang smpi umur tua. Lepas tu mati.

Mula-mula, melalui pendidikan kena faham apa peranan manusia dulu. Kita tak perlukan engineer, programmer, arkitek, politician, ... tp perangai mcm biawak, beruk, lembu etc. Sebab tu negara kacau-bilau. Sepatutnya sistem pendidikan awal2 dah tapis sifat buruk ni sebelum terlepas ke public. Bila makhluk2 ni dah melata, susah nak tangkap balik, susah nak ubah bentuk semula.

Bila dah faham ttg peranan dan tanggungjawab setiap individu sbg manusia, barulah pergi kepada bidang2 cabang, yg individu tu nak contribute kpd masyarakat. Dengan profession yg dipilih tu menjadi platform utk dia berfungsi sbg manusia - mengajak kepada kebaikan, mencegah dari kemungkaran.

Membaca, mengira, menulis, hafal sifir, hafazan, hafal formula penting, assignment, ambil degree, master cuma sebahagian daripada proses pendidikan.

Matlamat utama pendidikan ialah 'membentuk karakter manusia yg selari dgn fitrah kejadiannya'.

Bukan dinamakan pendidikan jika halatujunya tidak menuju kepada memenuhi perintah Tuhan yang mencipta manusia.

No comments:

Related Posts with Thumbnails