Rasanya cadangan utk mengadakan sekolah satu aliran dah banyak kali didengar, bukan pertama kali, mcm2 org dah bersuara. Satu masa dahulu, penduduk asal di Tanah Melayu adalah terdiri daripada org Melayu. Kemudian disebabkan nak mendapat kemerdekaan maka perjanjian dibuat kerakyatan diberi kepada kaum lain iaitu Cina dan India.
Kemudian, pemimpin pada masa itu ambil pendekatan supaya ada sekolah2 utk tiap2 kaum utama ni. So semua org happy ada sekolah yg memenuhi kehendak kaum masing2 di samping bahasa ibunda pun terpelihara. Ni cerita dulu2. Zaman2 Ali, Ah Seng, Muthu masih lagi boleh naik basikal sama2, mandi sungai sama2, main bola sepak sama2.
But then setelah 52 tahun merdeka, suasana dah berubah. Ali Jr., Ah Seng Jr., Muthu Jr. dah tak sefahaman sebab masing2 datang dari background pendidikan lain2, dan ada agenda kaum masing2. Ali tak tahu apa yg Ah Seng dan Muthu sbnrnya fikir - tak faham apa yg dikata, Ah Seng pun tak tahu sgt cara hidup Ali atau Muthu - main agak2 aje, Muthu pun taknak ambil tahu ttg siapa tu Ali, siapa tu Ah Seng.
Walaupun luarannya nampak boleh hidup sama2 dalam satu negara, tapi hakikatnya "suasana nampak aman" ni disebabkan sikap ignorance masing2 terhadap kaum lain. Maknanya negara ni bergerak bukan sebagai satu bangsa yg satu understanding. Disebabkan masing2 tak kenal sgt antara satu sama lain, maka keamanan maintain selagi tak sentuh soal2 yg sensitif.
Cadangan sekolah satu aliran ni sebenarnya satu cadangan yg sangat mulia. Sebab inilah satu2nya ultimate solution utk satukan kefahaman semua kaum yg ada dalam negara ni. Tapi, kita terpaksa terima hakikat kesilapan pemimpin2 dahulu, mungkin sbb mereka pun tak terfikir suasana di negara akan berubah jadi mcm sekarang disebabkan sekolah ada byk aliran. Nampak je ok, tapi ramai yg "simpan dalam".
Tambahan, pemimpin2 kaum tu sendiri yg menolak bulat2 cadangan sekolah satu aliran sbb takut ia akan menghakis nilai2 kaum termasuk bahasa. Tidak ada sekolah berasaskan kaum, maka hilanglah satu platform utk semai doktrin majukan or utamakan kaum dulu.
Dalam keadaan ada kelompok yg x setuju dgn sekolah satu aliran, kalau kerajaan betul sungguh2 nak wujudkan sekolah satu aliran, kita boleh mula dgn perubahan dari diri sendiri. Org lain taknak faham kita takpe. Tapi kita kena faham org lain. Kita nak bila pergi kedai2 kopi ke org cakap bahasa lain pun kita boleh faham perasaan dan situasi mereka.
Dgn sedikit srategi, kita boleh "cuci" kesilapan/dosa berskolah byk aliran ni.
Saya cadangkan supaya start dari sekolah2 rendah hingga peringkat universiti diwajibkan mengambil bahasa Mandarin komunikasi atau bahasa Tamil komunikasi atau kedua2nya. Corak pengajaran mesti lebih kepada kebolehan komunikasi dan sosial - practice dlm kelas, tak perlu bawa homework sgt. Kalau kita sanggup belajar utk fahami org lain, org lain akan mula terima pendapat kita. Pada masa itu sedikit demi sedikit gap antara kaum semakin rapat dan kefahaman satu aliran dapat dicapai.
No comments:
Post a Comment