Monday, October 12, 2009

Huru-hara bila pilihanraya

Seperti diramalkan, dilaporkan berlaku satu pergaduhan ketika penyokong parti politik BN dan penyokong parti politik PAS mengimarahkan proses pilihanraya di Bagan Pinang.

Laporan daripada Utusan Malaysia

Laporan daripada The Star

Saya taknak komen sgt tentang siapa start dulu, siapa salah, siapa diperalatkan apa dan siapa, siapa maki hamun siapa, sbb nanti membuka ruang kepada mereka yg cenderung kepada emosi dan kepentingan masing2.

Yg saya nak ajak berfikir kat sini, Islam apakah yg kita anuti sampai disebabkan politik berlaku perpecahan ala 'sindrom perbezaan mazhab'. Adakah Quran yg kita pakai ada byk version sampai kena bertumbuk.

Kalau kita memegang Quran yg sama, matlamat hidup yg sama, kepelbagaian parti politik boleh dilihat sbg pilihan utk rakyat mengenai cara pelaksanaan yg sesuai di tempat mereka, dengan syarat pelaksanaan itu tak lari dari rangka @ frame kerja yg dah ditetapkan oleh Islam. Sebab at the end, kita akan bertemu di destinasi yg sama - mardhatillah.

Sepatutnya macam tu. Sepatutnyalah. Kalau masih nak bersangka baik dgn politik demokrasi.

Ya, memang. Salah satu parti tu diselubungi corruption, dan ini diakui sendiri oleh mantan PM. Tapi parti yg satu lagi pun, tunjukkanlah teladan yg baik. Kamu kata nak bawa imej Islam. Kalau pun betul dakwaan sebelah pihak yg start dulu, adakah satu tindakan yg bijaksana utk satu pihak lagi bantai balik, sambil diperhatikan oleh org2 yg belum Islam?

Dah 52 tahun merdeka, tapi kaum lain dan agama lain tak berbondong-bondong nak masuk Islam salah satu sebabnya bila menyaksikan imej org Melayu bergaduh sesama sendiri. And then claim nak masuk syurga.
Itu belum masuk lagi isu, di M'sia Islam dimonopoli oleh org Melayu hinggakan kaum lain yg memeluk Islam akan dituduh oleh kaum keluarga sendiri sbg 'masuk Melayu'. Bila kaum selain Melayu berhajat nak bina masjid supaya mereka boleh dakwah dlm bahasa sendiri, dituduh pula oleh satu kelompok, nanti AJK masjid akan dimonopoli oleh geng2 kaum selain Melayu. Sendiri tak buat kerja, nak pandai sorang2. Cara promo yg buat org muda lari. Bila ada kaum lain nak dakwah, tak boleh.

Perkataan Melayu terlalu disinonimkan dgn Islam, sampai kebanyakan org Melayu merasakan diri sudah Islam - cukuplah setakat solat 5 waktu, zikir 100x, baca yasin tiap2 malam Jumaat, bayar zakat rm7, puasa dan kumpul duit pergi haji - the rest longgok pada golongan berjawatan agama. Padahal Islam bukan start dgn rukun 5 dan amalan sunat. Islam start dgn kefahaman ttg akidah.

Satu masa dahulu hukum yg berjalan di atas Tanah Melayu ini adalah hukum Islam, dan org Melayu adalah umat Islam. Melayu bukannya satu kaum keturunan, tapi satu kaum kefahaman.

Sekarang tidak lagi. Sesama Melayu yg mengaku Islam pun tak bersatu.

No comments:

Related Posts with Thumbnails