Suratkhabar melaporkan Kementerian Pendidikan memperkenalkan sistem baru utk mengira merit akan digunakan utk Sijil Pelajaran Malaysia 2009. Dalam sistem baru ni, dengan adanya gred A+ kita boleh identify student yg best of the best dalam tiap2 subject. Ibaratnya, dah la cream, ni kira cream yg pada muncung atas.
Setiap kali keputusan SPM diumumkan, bilangan straight A students semakin bertambah. Bilangan A terlalu banyak, sampai satu stage menyebabkan mereka yg pernah ambil SPM beberapa tahun sblm merasakan exam SPM ni dah jadi semakin senang. It is not an exam anymore. Bagi kementerian, peningkatan bilangan A menunjukkan mereka buat kerja.
Senario pendidikan skrg ialah, bilangan A dalam exam semakin bertambah setiap tahun, tp kualiti akhlak pelajar semakin merosot setiap tahun. Yg terlibat dlm jenayah juvana semakin meningkat. Yg dahsyat2 pula tu, 15 tahun dulu tak pernah pun imagine. Pihak sekolah pula selalu sorok kes, nak jaga nama sekolah tp kualiti akhlak pelajar tergadai.
Again, kualiti pelajar sekarang sgt merosot sbb matlamat yg kabur. Dtg skola, dpt result bagus2, dpt kerja, itu je. Berapa ramai pelajar sekolah rendah, menengah, universiti yg kita jumpa, result atas kertasnya bagus tapi akhlaknya tak berapa elok atau buruk. Banyak..
Pengalaman semasa di sekolah pun, yg terlibat sbg kaki buli, kaki pukul junior, ada yg resultnya bagus2. Dan disebabkan result exam kaki buli ni bagus, pihak sekolah cuba cover, hukumannya pun tak seberapa. Nanti ada yg kata pengalaman ni cuma kes terpencil. Sebenarnya kita dah start menyampah dengar alasan "kes terpencil" ni.
Pendidikan di negara perlu balik kpd matlamat utk melahirkan "manusia", bukan kejar bilangan A. "A" tu dtg seiring dgn pembentukan manusia. Bila pendidikan kembali kpd matlamat asal dan mula melahirkan "manusia", yg berakhlak, yg berkarakter selari dgn kehendak Pencipta, then all the good things will come.
Saya kurang setuju kalau ada org kata bila fokus sistem pendidikan ialah utk sungguh2 terapkan kpd pelajar nilai2 supaya rajin berusaha, berlepas diri dari kongkongan mentaliti sempit, berfikir berdasarkan fakta dan bukan dengan sentimen, faham kenapa kita dijadikan sbg manusia dan fungsi kita utk pastikan kebaikan berlaku, kemungkaran dihalang, maka bilangan A akan merosot dan merugikan negara.
Tapi saya setuju dgn pendapat, no point kita ada beratus ribu A pun dlm peperiksaan tapi end resultnya para cerdik pandai, professional, politician, penjawat agama etc. yg gunakan kedudukan tinggi mereka utk bolot kekayaan, utk kepentingan peribadi...
Kalau pendidikan yg ada gagal utk menghasilkan "manusia", maknanya sektor pendidikan tak buat kerja sebenarnya.
No comments:
Post a Comment