Monday, December 28, 2009

Error: The "way of life" system file should be reiinstalled (2)

Terdapat sebahagian kecil young users yg mahukan "fresh OS installation" supaya PC kembali berfungsi seperti sepatutnya. Kerana amat malang keadaan sekarang, klik folder bernama Islam tetapi dalamnya hanyalah bermacam2 eBook yg "geng2 ustad2" tulis menerangkan "apa itu Islam menurut pandangan mereka". Dalam folder "Syariah" pula terdapat file2 sampah contohnya bertajuk "kes cerai tertangguh selama 7, 8 tahun dan ini dinamakan keadilan hukum Islam".

File bernama "AlQuran" dan "Sunnah" ada, tapi dlm format file pdf, bukan program yg boleh execute untuk mengeluarkan hasil. Bagi user biasa cukuplah sekadar utk bacaan waktu lapang atau utk pertandingan melagu2kannya atau utk tenangkan hati ditinggalkan perempuan kesukaannya. FYI, Malaysia ialah champion of the world bab baca2 file tersebut tapi tak perlu faham.

Org biasa tidak digalakkan baca terjemahan AlQuran kerana takut jadi sesat salah tafsir kalau guna otak sendiri. Padahal, berapa ramai manusia dalam dunia memeluk Islam kerana membaca terjemahan AlQuran dalam bahasa yg mereka faham. Sungguh irony and simply super amazing Malaysia. Super blind following whatever ustaz kata tanpa perlu disoal banyak, nanti jadi sesat sbb banyak tanya.

Bagi old users, ada yg tidak berpuas hati dengan hasrat mulia young users lalu mengecop mereka dengan gelaran "wahabi". Alasan mereka ialah, "takkanlah administrator silam turun temurun selama ni silap dan salah", "takkan amalan kita selama ni tak betul", "apa salahnya kita pakai application baru spt kenduri tahlil, baca talkin, doa jampi etc. and define it as islamic application selagi ia utk kebaikan definisi kami", "sayanglah kalau format PC, nanti hilang partition2 yg admin2 dulu dah create, habislah gambar2, music2 dalam folder My Document, ini semua sentimental value walaupun kemungkinan besar ia salah" ataupun "hey wahabi, apa bising2 ni psl perkara cabang, ikutlah arus perdana".

Ada juga yg pergi ke extend "teguran kamu ini sebenarnya biadap, kalau ikhlas bukannya persoalkan application islam yg kita pakai selama ni (walaupun selalu hang dan org semakin lost trust - ada yg murtad senyap2, sbb undang2 tak bagi convert)".

Samada mereka berubah sikap dan terima hakikat PC Malaysia tak pakai OS Islam yg haq - rupa saja seakan Islam tapi byk problem, byk limitation - atau mati dgn "labu-labu ego agama" mereka, kemudian akan bangkit satu generasi kemudian yg akan perform fresh OS installation, menggunakan cd-rom OS Islam yg complete dgn 6236 source code AlQuran - tidak ada satu source code pun yg tertinggal.

Delete OS demokrasi bersticker Islam, dan ramai org dari kaum lain berbondong-bondong masuk Islam sbb nampak ia cara hidup yg very practical dan make sense - provided that org Islam terangkan Islam yg mudah difahami yg bermula dgn akidah bkn sibuk2 dgn perkara fekah, tak macam skrg - berlegar2 kat lebai Melayu yg perasan masuk syurga dlm environment negara mcm skrg. Padahal merekalah org pertama-tama yg akan ditanya kenapa buat Islam jadi susah.

Jangan salahkan takdir.

Error: The "way of life" system file has been corrupted (1)

Ada 192 buah desktop PC yg berdaftar di bawah main server bernama "United Nation aka UN". Ada 3 desktop PC yg tidak berdaftar di bawah UN iaitu Vatican City, Kosovo dan Taiwan. Maknanya, sekurang2nya ada 195 desktop PC dalam dunia ni.

Kesemua desktop PC yg bernaung di bawah main server bernama United Nation (UN) tertakluk kepada "rule and permission" yg telah ditetapkan oleh UN - atau dlm istilah komputer ia dipanggil "group policy".

Dalam dunia ni, ada beberapa Operating System (OS) yg utama iaitu Islam, Yahudi, Demokrasi, Komunis... Kali terakhir OS Islam digunakan ialah ketika main server bernama "Turki Uthmaniyah" masih wujud. Selepas main server Turki Uthmaniyah collapsed pada tahun 1924, tidak ada lagi PC yg memakai OS Islam. Manakala wilayah2 Islam yg dihack oleh PC2 British, Belanda, US... kemudian dipaksa untuk install dengan OS demokrasi.

Terdapat 57 buah desktop PC yg mendakwa menggunakan operating system (OS) bernama Islam, walaupun hakikatnya mereka sebenarnya tidak menggunakan OS Islam yg 100% diprogram dgn course code daripada manual "AlQuran" dan "Sunnah". Sebaliknya 57 buah desktop PC ini menggunakan OS demokrasi yg seakan-akan rupa Islam, seakan-akan berlogo Islam, yg compatible dengan "rule dan permission" oleh main server UN.

Terdapat satu PC yg bernaung di bawah main server UN, yg bernama Malaysia. PC ini juga menggunakan OS demokrasi setelah ia dihack oleh PC British. OS demokrasi version PC Malaysia adalah "istimewa" kerana ia guna desktop background ada tulisan "Islam is official". mempunyai basic2 application seperti di dalam OS Islam iaitu syahadah, solat, zakat, puasa dan haji. Bezanya application2 ini tidak memberi manfaat penuh atau full benefit seperti jika ia digunakan dalam OS Islam. Cukup syarat saja.

PC Malaysia ini sangat slow dan lembap kerana sudah diserang bermacam2 virus dan spyware. Ramai org yg hilang akal smpi sanggup bunuh org dgn parang, bunuh baby yg baru dilahirkan, memandu laju smpi membunuh org tak bersalah, curi duit hak org lain smpi ada yg mati miskin. Application solat, puasa dan zakat pula tidak lagi memberi apa2 manfaat yg sepatutnya seperti perpaduan, hak samarata..., nak buka application pun sudah hang, jangankan kata nak save apa2 file.

Bagi old users, bagi mereka keadaan sekarang sudah cukup bagus walaupun hang ataupun sekali sekala ada org mengomel function "khutbah" slow, application "solat" selalu hang, yg penting application2 ni still installed dalam OS demokrasi, kelembapan ini semua "ujian dari Tuhan" kata mereka.

Bagi young users, sebahagian besar merasakan application berkaitan Islam dalam OS demokrasi bukan lagi sesuatu yg cool. Lembap, tak berfaedah dan membuang masa. Tak percaya pergi tanya pengunjung2 night club di KL.

Friday, December 18, 2009

Ma'al Hijrah 1431 - persepsi dan penghayatan

Penjelasan kabur dan sempit mengenai maksud hijrah menyebabkan kebanyakan org masih hidup dalam angan-angan "kami sudah beragama", cukuplah sekadar amalan solat 5 waktu, puasa sebulan, zakat rm7 setahun sekali. Cukuplah sekadar bersungguh2 tadah tangan sblm solat Jumaat smpi pejam2 mata, itulah dinamakan berdoa. Tak lebih dari itu.

Jadi malas nak berubah, jadi malas nak berkembang maju. Maka, jadi malas nak ber"hijrah".

Hidup dalam angan-angan: "Islam kan dah jadi agama rasmi, so kita beramal saja ikut arus perdana. JANGAN BERUBAH nanti pecah-belah"- walaupun hakikatnya hukum AlQuran belum pun lagi jadi "operating system". Setakat hukum tepek2 / asal jadi / hukum asal ada rupa.

Sepanjang hari ini, jarang kedengaran org bercerita tentang hijrah, melainkan hijrah yg difahami ialah pergerakan fizikal Rasulullah dari Mekah ke Yathrib, Rasulullah mendapat tentangan org sekeliling, Rasulullah byk berkorban, buktinya Islam berkembang smpi pada kita - itu sahaja dan tidak lebih dari itu. Seolah2 hijrah ni cuma "satu kisah sejarah" yg telah berlalu.

Hijrah adalah salah satu istilah dalam agama yg menjadi mangsa peng'ritual'an, termasuk istilah2 lain seperti syahadah, solat, puasa, zakat, haji, sabar, zikir, jihad dan Islam.

Penghayatan hijrah mestilah lebih luas bukan sekadar membacakan kisah sejarah, berarak dengan sepanduk, atau memberi pingat penghargaan, memasang lagu tema hijrah, membuat liputan berita yg berbunyi seolah-olah sesuatu yg pelik kalau ada pemimpin parti politik pembangkang turut serta dalam majlis sambutan hijrah.

Habis saja satu haribulan Muharram, case close, tutup buku. Hijrah dah habis.
Padahal hijrah berlaku setiap hari, setiap masa - even at this moment.

Dalam konteks umat Islam di Malaysia, pertama-tama yg perlu dihijrahkan ialah "pola fikir dan mentaliti".

Dan sebaik-baik hijrah pola fikir ialah bermula dari usia yg paling muda. Sepertimana ilmuwan silam Islam, atau contoh plg dekat seperti Dr Yusuf Al Qardawi - usia muda sudah faham AlQuran, bila sudah dewasa berjasa kepada Islam. Ada masa2nya pendapat beliau ditentang suara majoriti yang tidak senang, dituduh macam2 termasuk wahabi, tetapi beliau tetap yakin disebabkan kefahaman AlQuran yg sudah diterapkan dari usia mudia lagi.

Sangatlah berbeza "cara fikir" mereka yg faham Islam melalui AlQuran, berbanding mereka yg faham Islam itu ialah rukun lima, amalan2 sunat, amalan2 setempat, atau pakai kopiah, jubah arab utk dpt pahala "extra" follow sunnah.

Proses hijrah berlaku seumur hidup, tetapi sebahagian manusia apabila sudah dewasa, semakin berumur, atau sudah lanjut, sangatlah susah untuk menerima perubahan, apatah lagi teguran.

Thursday, December 17, 2009

OIC gagal menyatukan ummah (2)

5. Realiti pahit yang perlu ditelan sebelum usaha untuk mengubah nasib
Ada dua perkara kita kena faham.

Pertama, selepas kejatuhan Kerajaan Khalifah Turki Uthmaniyah pada tahun 1924, tidak ada satu negara pun yg dinobatkan sbg pengganti khalifah walaupun banyak mesyuarat dan kongres berlangsung utk memilih. Dalam perkataan lain yg lebih jujur.. - tidak ada satu negara pun yg layak dipanggil negara Islam yg tulen sehingga layak dipanggil khalifah. Takde satu pun.

Kedua, negara kita. Walaupun perlembagaan menyatakan Islam sebagai agama rasmi, tetapi keseluruhan kandungan perlembagaan tidak mengajak kepada Islam. Islam ialah menyerah diri kepada Allah. Perlembagaan negara hadiah tulus ikhlas British ini tidak menyatakan dengan jelas bahawa hala tuju negara ialah utk menyerah diri kepada Allah, atau dalam istilah rasmi daripada kitab AlQuran, iaitu Islam.

Kemudian, ada org yg pandai cuba menyamakan sistem demokrasi dan sistem syura. Sistem syura sit down together bincang utk menegakkan hukum Allah yg termaktub dalam AlQuran, manakala sistem demokrasi pula menetapkan hukum berdasarkan apa yg majoriti mahu. Sangatlah berbeza.

Walaupun secara luaran, nampak mcm Islam dah terjamin di negara ni, tapi realitinya pengamalan Islam cuma berlegar2 dalam amalan ritual sahaja, berlegar2 dalam satu kaum sahaja (Melayu), berlegar2 pada org yg diberi tauliah sahaja. Kemudian pendidikan Islam masih lagi ikut acuan peninggalan zaman British - belajar Islam dengan buku teks, bukan dengan kitab AlQuran. Sebab tu banyak yang rosak walaupun skor A exam.

6. NGO-NGO Islam dari seluruh dunia bergabung membentuk sistem besar - "System Integration"
OIC tidak bersungguh2 untuk menyatupadukan umat Islam, sibuk buat project besar untuk duit cepat.
Banyak negara berpura-pura mengaku Islam tetapi tidak menegakkan hukum AlQuran, kemudian ada yg bersekongkol dengan musuh Islam.
Penjawat2 agama pula tidak mampu menerangkan agama dalam approach yg fresh dan make sense bagi generasi muda. Banyak yg masih guna kaedah lama pemikiran lapuk yang buat orang lari.

Jadi harapan kebangkitan Islam terletak pada segolongan manusia dari kalangan umat Islam yg bersatu dalam bentuk NGO.

7. Selepas "System integration" by NGOs - Akhirnya sistem khalifah?
Mungkinkah sistem khalifah akan muncul semula dengan gabungan NGO-NGO Islam dari seluruh dunia? Kemungkinannya ada. Mungkin sangat tinggi.

Sekurang-kurangnya saya tak yakin kebangkitan Islam datang dari OIC, atau negara-negara Islam OIC, atau penjawat2 agama dalam negara Islam OIC.

Sekurang-kurangnya saya tak yakin yg negara-negara Islam dalam dunia ni willing untuk bergabung menjadi satu negara Islam yg besar membentuk khalifah. Tapi dalam NGO, penggabungan dan perangkaian mcm ni tak mustahil berlaku.

Kesimpulan: Kebangkitan Islam akan datang dari segolongan manusia dalam kalangan umat Islam yg bersatu dalam bentuk NGO, especially oleh golongan yg bermentaliti professional or saintis.

Wednesday, December 16, 2009

OIC gagal menyatukan ummah (1)

"Bila OIC tak buat kerja, maka nasib dan masa depan Islam sebenarnya terletak di tangan umat untuk menentukan."

Berita Utusan

1. Asal-usul penubuhan United Nation (UN)
UN ditubuhkan pada tahun 1945. Antara organisasi yg dijemput untuk mengarang piagam UN ialah Rotary Club dan Lions Club. Kalau baca piagam UN memang penuh dengan kata-kata indah bunga, tetapi hakikatnya antara tujuan besar penubuhan UN ialah menggunakan eksploitasi undang-undang utk menghalalkan pemberian tanah org Palestin kepada gerakan Israel (1947), kemudian mengiktiraf sebuah negara bernama Israel (1948), kemudian melindungi negara Israel itu habis-habisan dengan apa cara pun, termasuk menggunakan kaedah tipu helah kuasa veto (hingga sekarang).

2. OIC tidak berfungsi
OIC ditubuhkan pada tahun 1969 dan bernaung di bawah UN. Walaupun tujuan penubuhannya tampak indah - untuk menyatukan umat Islam dalam negara2 Islam - tetapi hakikatnya suara2 OIC sedikitpun tidak menjejas keputusan UN. Dan UN sejak dulu lagi memang matlamatnya supaya negara Israel terus hidup. OIC cuma Islam pada nama sahaja, tetapi tidaklah "mensejahterakan" kerana masih terikat dengan UN.

3. Penjawat agama pula sibuk gubal undang-undang, tangkap orang
Umat Islam sepatutnya difahamkan oleh "org agama" tentang apa yg terjadi kepada mereka, sejarah sebenar sehingga mereka sekarang terpaksa hidup dalam environment zalim walaupun dalam negara yg diisytihar sbg Islam. Islam cuma pada nama, keturunan dan amalan ritual, maka tanggungjawab setiap nyawa yg mengaku beriman ialah bangkit bersatu utk letakkan hukum Islam kembali pada tempatnya, dengan semua kekuatan yg ada, dalam semua platform.

Sepatutnyalah..

Tetapi realitinya, ada penjawat agama lebih gemar utk bermesyuarat berjam2 membincangkan tentang apa hukum memakai dakwat pilihanraya, apa hukum menjadi pengkid, apa hukum memakai inai bercorak, mengajak org ramai mengikut agama "arus perdana", tangkap org takde tauliah. Banyak bermain dgn undang2. 

Agama yg bersifat universal telah di"melayu"kan sehingga ke tahap mereka yg menganut "agama versi melayu" ini tidak berdaya saing seperti kaum lain, yang tak dibenarkan mencari kebenaran melalui AlQuran - atau akan berdepan tindakan undang2 "menghina agama".

Program tv berunsur agama pula byk ala2 motivasi "Islam itu indah, Islam itu tenang, cakar harimau pikat suami".. dalam keadaan umat Islam satu dunia kena tindas, kena tipu, kena bunuh. Sungguh ironi.

4. Kebangkitan Islam abad ke-21 datang dari orang2 biasa atau latarbelakang professional
Generasi muda sekarang sudah dibiasakan dengan pemikiran logik, sistematik dan saintifik. Penilaian berdasarkan fact and figures, bukan dengan sentimen - tak suka golongan tajdid, pergi tuduh dia wahabi. Bagi golongan yg bekerja pula mereka sudah dilatih bekerja dalam organisasi yg teratur, ada perancangan, ada schedule dan dateline, ada procedure. Jadi penjelasan tentang agama yang banyak "magic2" ala David Blaine - "kalau dpt kebaikan itu tandanya Tuhan bersama kita, kalau tak dapat itu tandanya ujian" - sudah sukar atau tidak langsung mendapat tempat dan perhatian generasi muda dan yg bekerja.

Nampak gaya kebangkitan Islam sebenarnya datang dari golongan yg mampu menerangkan Islam dengan hujah yg jelas dan make sense, seperti seorang professional. Dengan diagram dan flow chart. Macam ilmuwan2 silam Islam yg baca AlQuran, at the same time contribute ilmu saintifik. Islam yg mampu membina empayar, maknanya kerja teratur dan ada matlamat jelas. Bukan setakat pakai jubah ajak org pergi surau dengar ustaz cerita magic2. Bila org tak berminat join, dalam kepala fikir, "takpe, dapat pahala ajak org pergi surau."

Tuesday, December 15, 2009

Komen tentang: Kedudukan sekolah Cina dijamin

Berita dari Utusan

Sejarah di Tanah Melayu sememangnya unik dan sukar didapati di tempat lain, salah satunya ialah kewujudan sekolah2 yg berdasarkan kaum dan bahasa.

Utusan Online hari ini melaporkan Perdana Menteri telah dijemput ke jamuan makan malam ulangtahun sebuah sekolah menengah persendirian.

Sungguh mulia hati org Melayu, membenarkan kewujudan sekolah berdasarkan kaum lain di tanahair ini. Ibarat duduk satu rumah, bagi satu bilik, dibenarkan letak perhiasan2 kaum, takde hal.

Kalau di Thailand atau Indonesia, jangan harap diberi privilege begini - you nak duduk sini, buat perangai macam nak duduk sini. Nak bertutur guna bahasa kebangsaan, nama pun mesti tukar.

Tapi sekarang ada pula satu golongan ultrakiasu yg demand macam2, mempersoalkan "kenapa you malay yg pegang kunci rumah". Cukuplah dua buah pulau sudah terlepas, "diberi kunci" kemudian dibawa lari dan tak mungkin akan dapat balik.

Jangan harap mereka akan pulangkan, siapa suruh bagi.

Saya bersetuju dengan pendapat bahawa perlu ada hanya satu aliran sekolah di negara ini, regardless apa kaum sekalipun. Tetapi pada masa yg sama terpaksa telan hakikat atau rentetan sejarah / dosa lama yg menyebabkan wujudnya sekolah berbagai aliran mengikut kaum.

Bukan satu yg memeranjatkan kalau dengar kaum lain tak fasih berbahasa Melayu, belajar cuma untuk lulus periksa. Kalau pasang channel ntv7 tengok program waktu malam, kadang2 saya terfikir, "eh ni kat mana sekarang ni. Negara Taiwan ke? Hong Kong?" Tak ada satu perkataan bahasa Melayu pun dalam iklan dan cerita yg disiarkan.

Sungguh beruntung mereka, org Melayu sangat berhati mulia...bagi apa saja walaupun kemudian dipijak. Budi baik yg kadang2 tak sewajarnya. Saya tak fikir org Melayu akan dilayan sebegini baik kalau situasi yg sama berlaku katakan di China ke Hong Kong.

Orang Melayu sangat merendah diri hinggakan bila bercakap dengan kaum lain pun menggunakan ajuk atau pelat kaum itu. Saya pun hairan kat sini.

Personally, saya sangat sedih sebab sepatutnya dalam keadaan skrg dah 52 tahun merdeka semua org tidak kira apa kaum pun mesti boleh bertutur bahasa Melayu dengan baik. Adanya org yg tidak boleh bertutur bahasa kebangsaan memberi indicator bahawa ada banyak tempat2 yg tidak menggunakan bahasa Melayu.

Memandangkan keadaan sekarang yg tak mengizinkan pelaksanaan sekolah satu aliran, saya cadangkan supaya di sekolah2 kebangsaan diadakan pelajaran bahasa Mandarin atau Tamil atau kedua-duanya.

Tujuannya?

Kalau betul kita nak mengubah nasib kaum-kaum yg "nampak" bersatu tapi hakikatnya "tak seberapa pun, dan byk berlakon sbnrnya" ni, perlu ada segolongan manusia yg boleh bercakap dalam bahasa kaum lain dan mengajak kepada satu halatuju, satu understanding - iaitu perpaduan yg melangkaui perbezaan budaya kaum, perbezaan parti politik yg berasaskan kaum, perbezaan pendidikan mengikut kaum.

Wednesday, December 9, 2009

Beban kerja guru

Saya berpendapat, first thing kita kena buat ialah betulkan semula matlamat sistem pendidikan.

Fokus utama pendidikan mestilah kepada pembentukan manusia, bukan bilangan A seperti yg diamalkan sekarang. What is the point boleh produce ratusan ribu A, ataupun ribuan graduate ikut acuan sekarang, tapi end productnya pencuri duit rakyat, penipu dlm bisnes, pengunjung night club.

Dan amat menyedihkan bila guru dibeban dengan kerja2 lain spt kerja kerani sampai hilang fokus pada kerja utama mereka, iaitu memberi pendidikan kpd pelajar.

Amat malang penganiayaan terhadap guru-guru sekarang. Dulu, guru dihormati kerana masyarakat hidup dlm suasana yg menyanjung tinggi ilmu pengetahuan. Tapi sekarang org beri penghormatan kalau banyak duit. Profession guru tidak menjanjikan kekayaan.

Dan saya selalu tekankan kepada ultimate goal dalam education iaitu membentuk manusia yg bersifat manusia seperti yg Tuhan mahu, bukan seperti yg sekelompok manusia "berkuasa dan berkepentingan" mahu.

Selagi kita tak betulkan sistem pendidikan negara, selagi itu negara kita akan berterusan bermasalah. Dari org miskin sampai ke kaya, org muda sampai ke org tua, semua hidup dalam bermasalah sekarang sebab pendidikan pun corrupt, "fikir nak buat duit". Memang duit adalah vehicle utk bergerak dan beraktiviti, tapi duit bukan matlamat.

Bila dah fokus pada "nak buat duit", tu yg produk2 pendidikan - iaitu pelajar, dpt puluhan A dalam exam, bila dah dpt kerja gaji tinggi, drive kereta mewah dtg ke sekolah, pergi pukul guru yg rotan anaknya.

Bila dah fokus pada "nak buat duit", smpi keselamatan negara pun sanggup digadaikan, tu yg ramai mat Afrika, minah China menyusup masuk guna pas pelajar kemudian buat kerja illegal kat KL sekarang.

Sebab duit..

Ubahlah keadaan pendidikan yg ada, nescaya negara akan aman sejahtera.

Ragut dan hukum Islam

Pernah dalam satu perbualan, saya bertanya pendapat dgn sahabat2 lama tentang apa yg mereka bayangkan bila sebut hukum Islam.

Seorang sahabat berkata, bila sebut hukum Islam dia terbayangkan satu tempat yg aman dan tidak ada jenayah, tidak ada penindasan.

Seorang sahabat lagi, memberikan metaphor - kalau hukum Islam tertegak, kalau habis satu2 perlawanan bola, boleh bersalaman, boleh sama2 borak di kedai kopi walaupun sokong pasukan lain2, walaupun pakai jersi lain.

Kemudian, suasana sejahtera hinggakan tidak ada org susah, sampaikan org kerja mop lantai pun dapat hak hidup dan kemudahan seperti org kerja ofis. Ibarat kalau dlm buku sejarah, even pembantu istana pun pakai baju sulam emas.

Saya menambah, hukum Islam bukan sekadar hukum hudud, takzir dan qisas seperti yg difahamkan kepada org ramai sekarang. Bila sebut hukum Islam, ada org automatik ingat hukum hudud. Padahal kalau buka AlQuran, berapa peratus saje yg ayat menerangkan hukum berbentuk punishment.

Yang penting dalam hukum Islam ialah wujudkan environment yg sampai manusia pun takde intention nak buat perkara mungkar.

Saya juga meletakkan persoalan, kenapa ilmuan silam Islam boleh extract ilmu2 saintifik daripada AlQuran, tapi bila AlQuran smpi kepada kita sekarang, kita tak dapat apa2 rahmat yg serupa seperti mereka. Adakah cara kita melihat AlQuran tidak sama seperti cara mereka melihat AlQuran. Yang saya tahu di negara ni, ustaz yg jampi2 guna ayat AlQuran plg expert. Bila ditegur, alasan mereka ini sudah amalan turun temurun, takkan nenek moyang kita salah, lagipun ini benda baik. Kalau bidaah pun, ia bidaah hasanah.

Kesimpulannya, kalau betul negara ni berstatus Islam mengiktiraf cara hidup Islam sbg official / rasmi, sepatutnya tidak ada org yg tertindas, tidak ada jurang miskin kaya, tidak ada jenayah berleluasa, tidak ada tempat judi / kasino, tidak ada kilang arak di Selangor, tidak ada night club di Selangor, tidak ada tempat2 yg mufti tak boleh pergi kerana ibarat tong najis, takut kotor jubah.

Dan sepatutnya dalam sebuah negara yg Islam, tidak ada org yg mati zalim kerana diragut, dirompak, disamun oleh penjenayah.

Dari segi strategi, memang lebih baik kita declare negara ini Islam, dan kita berusaha menuju ke arah itu. Tapi kalau umat Islam pun tak clear apa itu hukum Islam, macam mana?

Kalau golongan berjawatan agama pun tak mampu menerangkan Islam dalam approach yg make sense, how do you expect org bkn Islam akan nmpk kebaikan hukum Islam dan nak terima?

Saturday, December 5, 2009

Cerita hantu - peranan ustaz dalam masyarakat Melayu

1. Ustaz dalam drama dan filem
Nenek Kebaya - Ustaz digambarkan sbg org yg lilit kain serban di leher, berjalan ke sana ke mari membawa tali tasbih, walaupun percakapannya tidak ada kaitan pun dgn jari yg menggerakkan biji tasbih. Dalam keadaan umat Islam sekarang kabur ttg apa itu akidah Islam, ttg isu global, ttg dakwah tak progresif, ttg bercakap takde tauliah, digambarkan ustaz ni kerjanya bersembang dpn masjid tentang ada roh2 yg berada dalam rumah.

Dalam satu scene, seorang ustaz ni ada superpower boleh melihat makhluk halus (bernama Inang Sari) masuk ke dalam rumah hanya dgn membaca, "laisalaha mindunillahi kashifa". Dalam satu scene lain, seorang ustaz smpi "naik syeikh" terhuyung-hayang kepala membaca ayat AlQuran yg isinya takde kaitan pun tentang menghalau hantu, tapi hantu yg rasuk dlm badan mangsa jadi panas.

Dalam drama ni juga, digambarkan membaca Yasin beramai-ramai dalam rumah boleh membuat hantu tak duduk senang smpi terpaksa berdiri dlm bilik shower, walaupun org2 yg membacanya tak ambil pelajaran pun ttg makna isi kandungan surah Yasin yg dibaca itu. Baca2 mcm tu aje. Nak cakap psl agama tak bole, nanti kena tangkap.

Ada satu watak budak perempuan ni boleh nampak wajah sebenar nenek kebayan tapi org lain tak nampak, ustaz jugalah yg dgn confident memberi pengesahan bahawa kebolehan bole nampak hantu ni adalah kuasa pemberian Tuhan.

Tower 13 - Ustaz digambarkan sbg org yg kerjanya bukan saja menyapu daun di lantai, membersihkan sawang dsb tetapi pada masa yg sama ada kebolehan menghalau hantu. Tapi sebelum berjumpa dgn hantu, ustaz ni menunjukkan "superpower" boleh membuka pintu bilik yg dihuni hantu dgn membaca jampi sambil tangan memegang secawan air kosong (holy water) utk kerja merenjis halau hantu.

Jangan Pandang Belakang / Jangan Tegur - Ada satu scene ni, ustaz dipanggil utk menghalau hantu, tapi disebabkan hantu ni lagi kuat sampaikan ustaz tu berdiri pejam mata baca2 ayat jampi pun hantu tak lari. Mungkin sbb bacaan ustaz tak ikut tajwid. Ustaz ni kalau call pukul 2,3 pagi nak komplen pasal ada hantu masuk rumah pun, mesti dtg dgn pakaian jubah, pakai kopiah putih, lilit kain serban di leher. Datang pakai t-shirt ke mmg tak pernah. 

Skrip 7707 - Saya tak berkesempatan utk tgk filem ni, lebih2 lagi agak keberatan bila dpt tahu siapa pengarahnya. Tapi saya agak mesti ada watak ala2 ustaz yg part time jobnya menghalau hantu (ghostbuster). Atau boleh cerita tentang benda2 magic dlm alam ghaib. Kalau tak banyak, sikit2 pun mesti ada.

Santau - Kalau tengok trailer, ada upacara menghalau hantu oleh ustaz and the geng dengan duduk bersila keliling org yg dirasuk sambil kepala terhuyung hayang bertahlil. Simply amazing.

Kesimpulan
Dalam drama dan filem ada satu persepsi yg ustaz, tak kiralah ustaz kampung ke, baru balik dari Mesir ke Jordan ke, mesti ada kemahiran halau hantu, atau boleh mentafsir hantu. Bila bercakap pun tak perlu byk guna hujah dalil, cukuplah dgn kata2 yg disulami dgn Alhamdulillah, MasyaAllah, InsyaAllah. Yg plg penting mesti boleh halau hantu. Tangan pegang tasbih tapi mulut fasih bercakap pasal hantu.

Yang peliknya, jabatan agama daripada hambat org bg ceramah agama takde permit, boleh pula benarkan drama dan filem yg terang benderang kaitkan profession ustaz dgn benda tahyul.

Hello, kita nak ambil tindakan nanti dikata takde tauliah pula.

Tuesday, December 1, 2009

Africans in Malaysia - bila dah jadi baru nak bertindak (2)

Mari kita senaraikan perkara2 lain yg turut terjebak dalam sindrom - Bila dah melarat, baru nak bertindak.

1. Diadakan sistem sekolah vernakular. Bila masyarakat dah berpecah2 ikut doktrin perkauman, diasuh dari kecil di sekolah2 supaya utamakan kepentingan kaum, baru nak cari jalan mcm mana nak satukan fahaman. Dan ketidaksefahaman disebabkan kaum ni berlarutan smpi ke tempat kerja, ke parti politik. Dari kecil dah biasa dgn environment perkauman. Dah besar baru nak dibentuk, dah terlambat.

2. Sistem pendidikan jalanraya yg sgt lemah. Bila pemandu2 bahaya yg sepatutnya tidak diberi lesen dibenarkan berada atas jalanraya bunuh org2 tak bersalah, baru nak print sticker kempen, baru nak buat iklan "Anda mampu mengubahnya" utk sedarkan pengguna jalanraya supaya berhemah. Sepatutnya sblm bagi lesen dah tapis, dah identify siapa yg boleh berfikir dan siapa yg jadi tak waras bila memandu, bukan setakat boleh tekan accelerate, tekan brake terus bagi lesen. Dah byk org mati atas jalan baru fikir mcm mana nak solve problem.
 
3. Pendidikan sekolah tidak fokus pd pembentukan akhlak. Di sekolah, penekanan utama ialah utk lulus periksa, utk skor A. Bila keputusan keluar dan dilaporkan bilangan A meningkat, berita kata, "oh, budak2 sekarang semakin geliga, semakin pandai, pendidikan berjaya". Mereka lupa, pelajar2 sekolah sekarang sgt teruk akhlaknya. Bilangan A bertambah tapi kes juvana spt mencuri, merompak, merogol etc. pun meningkat. Bila dah masuk universiti, lagi kurang kawalan, lagi buat benda2 pelik, barulah nak ambil tindakan. Tangkap org khalwat lah. Tangkap org kat port menagih dadah lah, kat night club lah. Tangkap org makan rasuah lah. dsb. Tapi puak2 ni jugalah yg skor A exam, masuk dean's list.

4. Pendidikan Islam yg kabur. Di sekolah, asalkan hafal jawapan standard - buat baik dpt pahala, disukai org ramai, dibalas ganjaran syurga, buat jahat dpt dosa, dibenci masyarakat, dibalas dgn neraka - kdg2 jawab main ikut kepala sendiri saja, kemudian hafal jenis2 air, cara2 ibadah ritual, ingat2 nama2 sahabat, kenal lebih kurang sifat2 mereka, bolehlah dapat A dalam exam pendidikan Islam. Setiap kali habis exam, kawan yg ambil pendidikan moral mesti komplen kenapa yg ambil pendidikan Islam senang dpt A. Tapi bila timbul isu2 berkaitan agama seperti bible pun nak pakai perkataan Allah, nak tulis dlm terjemahan bahasa Melayu, masa tu barulah gelabah ambil tindakan undang2 karangan manusia utk stop benda2 ni. Umat bila x faham akidah mcm takde antibodi. Patutnya umat Islam yg confident, menggunakan peluang ni utk berhujah dgn hujah yg saintifik, yg make sense dan bukan magic2. Ni terbalik - org Islam pula yg kena diperjelaskan apa itu akidah, tapi dgn bible oleh pendakwah agama lain.

Tapi ada satu benda yg dah ditapis sebelum terjadi apa2 (Bagus2, at least ada la juga daripada takde langsung).

Iaitu you kalau nak bercakap tentang agama mesti ada tauliah. Kalau pendapat yg you beri tak selari dgn pemberi tauliah, contohnya "Mat Jais", you tak dpt tauliah so tak boleh cakap psl agama.

Duduk rumah, dengarlah "ustad" cerita yg indah2 sahaja dalam forum perdana. Ikut saja, jgn byk tanya, jgn berbeza pendapat takut nanti jd berpecah belah. Siapa tak ikut arus perdana, dia wahabi.
Related Posts with Thumbnails