Tuesday, December 1, 2009

Africans in Malaysia - bila dah jadi baru nak bertindak (2)

Mari kita senaraikan perkara2 lain yg turut terjebak dalam sindrom - Bila dah melarat, baru nak bertindak.

1. Diadakan sistem sekolah vernakular. Bila masyarakat dah berpecah2 ikut doktrin perkauman, diasuh dari kecil di sekolah2 supaya utamakan kepentingan kaum, baru nak cari jalan mcm mana nak satukan fahaman. Dan ketidaksefahaman disebabkan kaum ni berlarutan smpi ke tempat kerja, ke parti politik. Dari kecil dah biasa dgn environment perkauman. Dah besar baru nak dibentuk, dah terlambat.

2. Sistem pendidikan jalanraya yg sgt lemah. Bila pemandu2 bahaya yg sepatutnya tidak diberi lesen dibenarkan berada atas jalanraya bunuh org2 tak bersalah, baru nak print sticker kempen, baru nak buat iklan "Anda mampu mengubahnya" utk sedarkan pengguna jalanraya supaya berhemah. Sepatutnya sblm bagi lesen dah tapis, dah identify siapa yg boleh berfikir dan siapa yg jadi tak waras bila memandu, bukan setakat boleh tekan accelerate, tekan brake terus bagi lesen. Dah byk org mati atas jalan baru fikir mcm mana nak solve problem.
 
3. Pendidikan sekolah tidak fokus pd pembentukan akhlak. Di sekolah, penekanan utama ialah utk lulus periksa, utk skor A. Bila keputusan keluar dan dilaporkan bilangan A meningkat, berita kata, "oh, budak2 sekarang semakin geliga, semakin pandai, pendidikan berjaya". Mereka lupa, pelajar2 sekolah sekarang sgt teruk akhlaknya. Bilangan A bertambah tapi kes juvana spt mencuri, merompak, merogol etc. pun meningkat. Bila dah masuk universiti, lagi kurang kawalan, lagi buat benda2 pelik, barulah nak ambil tindakan. Tangkap org khalwat lah. Tangkap org kat port menagih dadah lah, kat night club lah. Tangkap org makan rasuah lah. dsb. Tapi puak2 ni jugalah yg skor A exam, masuk dean's list.

4. Pendidikan Islam yg kabur. Di sekolah, asalkan hafal jawapan standard - buat baik dpt pahala, disukai org ramai, dibalas ganjaran syurga, buat jahat dpt dosa, dibenci masyarakat, dibalas dgn neraka - kdg2 jawab main ikut kepala sendiri saja, kemudian hafal jenis2 air, cara2 ibadah ritual, ingat2 nama2 sahabat, kenal lebih kurang sifat2 mereka, bolehlah dapat A dalam exam pendidikan Islam. Setiap kali habis exam, kawan yg ambil pendidikan moral mesti komplen kenapa yg ambil pendidikan Islam senang dpt A. Tapi bila timbul isu2 berkaitan agama seperti bible pun nak pakai perkataan Allah, nak tulis dlm terjemahan bahasa Melayu, masa tu barulah gelabah ambil tindakan undang2 karangan manusia utk stop benda2 ni. Umat bila x faham akidah mcm takde antibodi. Patutnya umat Islam yg confident, menggunakan peluang ni utk berhujah dgn hujah yg saintifik, yg make sense dan bukan magic2. Ni terbalik - org Islam pula yg kena diperjelaskan apa itu akidah, tapi dgn bible oleh pendakwah agama lain.

Tapi ada satu benda yg dah ditapis sebelum terjadi apa2 (Bagus2, at least ada la juga daripada takde langsung).

Iaitu you kalau nak bercakap tentang agama mesti ada tauliah. Kalau pendapat yg you beri tak selari dgn pemberi tauliah, contohnya "Mat Jais", you tak dpt tauliah so tak boleh cakap psl agama.

Duduk rumah, dengarlah "ustad" cerita yg indah2 sahaja dalam forum perdana. Ikut saja, jgn byk tanya, jgn berbeza pendapat takut nanti jd berpecah belah. Siapa tak ikut arus perdana, dia wahabi.

No comments:

Related Posts with Thumbnails