Penjelasan kabur dan sempit mengenai maksud hijrah menyebabkan kebanyakan org masih hidup dalam angan-angan "kami sudah beragama", cukuplah sekadar amalan solat 5 waktu, puasa sebulan, zakat rm7 setahun sekali. Cukuplah sekadar bersungguh2 tadah tangan sblm solat Jumaat smpi pejam2 mata, itulah dinamakan berdoa. Tak lebih dari itu.
Jadi malas nak berubah, jadi malas nak berkembang maju. Maka, jadi malas nak ber"hijrah".
Hidup dalam angan-angan: "Islam kan dah jadi agama rasmi, so kita beramal saja ikut arus perdana. JANGAN BERUBAH nanti pecah-belah"- walaupun hakikatnya hukum AlQuran belum pun lagi jadi "operating system". Setakat hukum tepek2 / asal jadi / hukum asal ada rupa.
Sepanjang hari ini, jarang kedengaran org bercerita tentang hijrah, melainkan hijrah yg difahami ialah pergerakan fizikal Rasulullah dari Mekah ke Yathrib, Rasulullah mendapat tentangan org sekeliling, Rasulullah byk berkorban, buktinya Islam berkembang smpi pada kita - itu sahaja dan tidak lebih dari itu. Seolah2 hijrah ni cuma "satu kisah sejarah" yg telah berlalu.
Hijrah adalah salah satu istilah dalam agama yg menjadi mangsa peng'ritual'an, termasuk istilah2 lain seperti syahadah, solat, puasa, zakat, haji, sabar, zikir, jihad dan Islam.
Penghayatan hijrah mestilah lebih luas bukan sekadar membacakan kisah sejarah, berarak dengan sepanduk, atau memberi pingat penghargaan, memasang lagu tema hijrah, membuat liputan berita yg berbunyi seolah-olah sesuatu yg pelik kalau ada pemimpin parti politik pembangkang turut serta dalam majlis sambutan hijrah.
Habis saja satu haribulan Muharram, case close, tutup buku. Hijrah dah habis.
Padahal hijrah berlaku setiap hari, setiap masa - even at this moment.
Dalam konteks umat Islam di Malaysia, pertama-tama yg perlu dihijrahkan ialah "pola fikir dan mentaliti".
Dan sebaik-baik hijrah pola fikir ialah bermula dari usia yg paling muda. Sepertimana ilmuwan silam Islam, atau contoh plg dekat seperti Dr Yusuf Al Qardawi - usia muda sudah faham AlQuran, bila sudah dewasa berjasa kepada Islam. Ada masa2nya pendapat beliau ditentang suara majoriti yang tidak senang, dituduh macam2 termasuk wahabi, tetapi beliau tetap yakin disebabkan kefahaman AlQuran yg sudah diterapkan dari usia mudia lagi.
Sangatlah berbeza "cara fikir" mereka yg faham Islam melalui AlQuran, berbanding mereka yg faham Islam itu ialah rukun lima, amalan2 sunat, amalan2 setempat, atau pakai kopiah, jubah arab utk dpt pahala "extra" follow sunnah.
Proses hijrah berlaku seumur hidup, tetapi sebahagian manusia apabila sudah dewasa, semakin berumur, atau sudah lanjut, sangatlah susah untuk menerima perubahan, apatah lagi teguran.
No comments:
Post a Comment