Wednesday, December 16, 2009

OIC gagal menyatukan ummah (1)

"Bila OIC tak buat kerja, maka nasib dan masa depan Islam sebenarnya terletak di tangan umat untuk menentukan."

Berita Utusan

1. Asal-usul penubuhan United Nation (UN)
UN ditubuhkan pada tahun 1945. Antara organisasi yg dijemput untuk mengarang piagam UN ialah Rotary Club dan Lions Club. Kalau baca piagam UN memang penuh dengan kata-kata indah bunga, tetapi hakikatnya antara tujuan besar penubuhan UN ialah menggunakan eksploitasi undang-undang utk menghalalkan pemberian tanah org Palestin kepada gerakan Israel (1947), kemudian mengiktiraf sebuah negara bernama Israel (1948), kemudian melindungi negara Israel itu habis-habisan dengan apa cara pun, termasuk menggunakan kaedah tipu helah kuasa veto (hingga sekarang).

2. OIC tidak berfungsi
OIC ditubuhkan pada tahun 1969 dan bernaung di bawah UN. Walaupun tujuan penubuhannya tampak indah - untuk menyatukan umat Islam dalam negara2 Islam - tetapi hakikatnya suara2 OIC sedikitpun tidak menjejas keputusan UN. Dan UN sejak dulu lagi memang matlamatnya supaya negara Israel terus hidup. OIC cuma Islam pada nama sahaja, tetapi tidaklah "mensejahterakan" kerana masih terikat dengan UN.

3. Penjawat agama pula sibuk gubal undang-undang, tangkap orang
Umat Islam sepatutnya difahamkan oleh "org agama" tentang apa yg terjadi kepada mereka, sejarah sebenar sehingga mereka sekarang terpaksa hidup dalam environment zalim walaupun dalam negara yg diisytihar sbg Islam. Islam cuma pada nama, keturunan dan amalan ritual, maka tanggungjawab setiap nyawa yg mengaku beriman ialah bangkit bersatu utk letakkan hukum Islam kembali pada tempatnya, dengan semua kekuatan yg ada, dalam semua platform.

Sepatutnyalah..

Tetapi realitinya, ada penjawat agama lebih gemar utk bermesyuarat berjam2 membincangkan tentang apa hukum memakai dakwat pilihanraya, apa hukum menjadi pengkid, apa hukum memakai inai bercorak, mengajak org ramai mengikut agama "arus perdana", tangkap org takde tauliah. Banyak bermain dgn undang2. 

Agama yg bersifat universal telah di"melayu"kan sehingga ke tahap mereka yg menganut "agama versi melayu" ini tidak berdaya saing seperti kaum lain, yang tak dibenarkan mencari kebenaran melalui AlQuran - atau akan berdepan tindakan undang2 "menghina agama".

Program tv berunsur agama pula byk ala2 motivasi "Islam itu indah, Islam itu tenang, cakar harimau pikat suami".. dalam keadaan umat Islam satu dunia kena tindas, kena tipu, kena bunuh. Sungguh ironi.

4. Kebangkitan Islam abad ke-21 datang dari orang2 biasa atau latarbelakang professional
Generasi muda sekarang sudah dibiasakan dengan pemikiran logik, sistematik dan saintifik. Penilaian berdasarkan fact and figures, bukan dengan sentimen - tak suka golongan tajdid, pergi tuduh dia wahabi. Bagi golongan yg bekerja pula mereka sudah dilatih bekerja dalam organisasi yg teratur, ada perancangan, ada schedule dan dateline, ada procedure. Jadi penjelasan tentang agama yang banyak "magic2" ala David Blaine - "kalau dpt kebaikan itu tandanya Tuhan bersama kita, kalau tak dapat itu tandanya ujian" - sudah sukar atau tidak langsung mendapat tempat dan perhatian generasi muda dan yg bekerja.

Nampak gaya kebangkitan Islam sebenarnya datang dari golongan yg mampu menerangkan Islam dengan hujah yg jelas dan make sense, seperti seorang professional. Dengan diagram dan flow chart. Macam ilmuwan2 silam Islam yg baca AlQuran, at the same time contribute ilmu saintifik. Islam yg mampu membina empayar, maknanya kerja teratur dan ada matlamat jelas. Bukan setakat pakai jubah ajak org pergi surau dengar ustaz cerita magic2. Bila org tak berminat join, dalam kepala fikir, "takpe, dapat pahala ajak org pergi surau."

No comments:

Related Posts with Thumbnails