Thursday, December 17, 2009

OIC gagal menyatukan ummah (2)

5. Realiti pahit yang perlu ditelan sebelum usaha untuk mengubah nasib
Ada dua perkara kita kena faham.

Pertama, selepas kejatuhan Kerajaan Khalifah Turki Uthmaniyah pada tahun 1924, tidak ada satu negara pun yg dinobatkan sbg pengganti khalifah walaupun banyak mesyuarat dan kongres berlangsung utk memilih. Dalam perkataan lain yg lebih jujur.. - tidak ada satu negara pun yg layak dipanggil negara Islam yg tulen sehingga layak dipanggil khalifah. Takde satu pun.

Kedua, negara kita. Walaupun perlembagaan menyatakan Islam sebagai agama rasmi, tetapi keseluruhan kandungan perlembagaan tidak mengajak kepada Islam. Islam ialah menyerah diri kepada Allah. Perlembagaan negara hadiah tulus ikhlas British ini tidak menyatakan dengan jelas bahawa hala tuju negara ialah utk menyerah diri kepada Allah, atau dalam istilah rasmi daripada kitab AlQuran, iaitu Islam.

Kemudian, ada org yg pandai cuba menyamakan sistem demokrasi dan sistem syura. Sistem syura sit down together bincang utk menegakkan hukum Allah yg termaktub dalam AlQuran, manakala sistem demokrasi pula menetapkan hukum berdasarkan apa yg majoriti mahu. Sangatlah berbeza.

Walaupun secara luaran, nampak mcm Islam dah terjamin di negara ni, tapi realitinya pengamalan Islam cuma berlegar2 dalam amalan ritual sahaja, berlegar2 dalam satu kaum sahaja (Melayu), berlegar2 pada org yg diberi tauliah sahaja. Kemudian pendidikan Islam masih lagi ikut acuan peninggalan zaman British - belajar Islam dengan buku teks, bukan dengan kitab AlQuran. Sebab tu banyak yang rosak walaupun skor A exam.

6. NGO-NGO Islam dari seluruh dunia bergabung membentuk sistem besar - "System Integration"
OIC tidak bersungguh2 untuk menyatupadukan umat Islam, sibuk buat project besar untuk duit cepat.
Banyak negara berpura-pura mengaku Islam tetapi tidak menegakkan hukum AlQuran, kemudian ada yg bersekongkol dengan musuh Islam.
Penjawat2 agama pula tidak mampu menerangkan agama dalam approach yg fresh dan make sense bagi generasi muda. Banyak yg masih guna kaedah lama pemikiran lapuk yang buat orang lari.

Jadi harapan kebangkitan Islam terletak pada segolongan manusia dari kalangan umat Islam yg bersatu dalam bentuk NGO.

7. Selepas "System integration" by NGOs - Akhirnya sistem khalifah?
Mungkinkah sistem khalifah akan muncul semula dengan gabungan NGO-NGO Islam dari seluruh dunia? Kemungkinannya ada. Mungkin sangat tinggi.

Sekurang-kurangnya saya tak yakin kebangkitan Islam datang dari OIC, atau negara-negara Islam OIC, atau penjawat2 agama dalam negara Islam OIC.

Sekurang-kurangnya saya tak yakin yg negara-negara Islam dalam dunia ni willing untuk bergabung menjadi satu negara Islam yg besar membentuk khalifah. Tapi dalam NGO, penggabungan dan perangkaian mcm ni tak mustahil berlaku.

Kesimpulan: Kebangkitan Islam akan datang dari segolongan manusia dalam kalangan umat Islam yg bersatu dalam bentuk NGO, especially oleh golongan yg bermentaliti professional or saintis.

No comments:

Related Posts with Thumbnails