Tuesday, December 15, 2009

Komen tentang: Kedudukan sekolah Cina dijamin

Berita dari Utusan

Sejarah di Tanah Melayu sememangnya unik dan sukar didapati di tempat lain, salah satunya ialah kewujudan sekolah2 yg berdasarkan kaum dan bahasa.

Utusan Online hari ini melaporkan Perdana Menteri telah dijemput ke jamuan makan malam ulangtahun sebuah sekolah menengah persendirian.

Sungguh mulia hati org Melayu, membenarkan kewujudan sekolah berdasarkan kaum lain di tanahair ini. Ibarat duduk satu rumah, bagi satu bilik, dibenarkan letak perhiasan2 kaum, takde hal.

Kalau di Thailand atau Indonesia, jangan harap diberi privilege begini - you nak duduk sini, buat perangai macam nak duduk sini. Nak bertutur guna bahasa kebangsaan, nama pun mesti tukar.

Tapi sekarang ada pula satu golongan ultrakiasu yg demand macam2, mempersoalkan "kenapa you malay yg pegang kunci rumah". Cukuplah dua buah pulau sudah terlepas, "diberi kunci" kemudian dibawa lari dan tak mungkin akan dapat balik.

Jangan harap mereka akan pulangkan, siapa suruh bagi.

Saya bersetuju dengan pendapat bahawa perlu ada hanya satu aliran sekolah di negara ini, regardless apa kaum sekalipun. Tetapi pada masa yg sama terpaksa telan hakikat atau rentetan sejarah / dosa lama yg menyebabkan wujudnya sekolah berbagai aliran mengikut kaum.

Bukan satu yg memeranjatkan kalau dengar kaum lain tak fasih berbahasa Melayu, belajar cuma untuk lulus periksa. Kalau pasang channel ntv7 tengok program waktu malam, kadang2 saya terfikir, "eh ni kat mana sekarang ni. Negara Taiwan ke? Hong Kong?" Tak ada satu perkataan bahasa Melayu pun dalam iklan dan cerita yg disiarkan.

Sungguh beruntung mereka, org Melayu sangat berhati mulia...bagi apa saja walaupun kemudian dipijak. Budi baik yg kadang2 tak sewajarnya. Saya tak fikir org Melayu akan dilayan sebegini baik kalau situasi yg sama berlaku katakan di China ke Hong Kong.

Orang Melayu sangat merendah diri hinggakan bila bercakap dengan kaum lain pun menggunakan ajuk atau pelat kaum itu. Saya pun hairan kat sini.

Personally, saya sangat sedih sebab sepatutnya dalam keadaan skrg dah 52 tahun merdeka semua org tidak kira apa kaum pun mesti boleh bertutur bahasa Melayu dengan baik. Adanya org yg tidak boleh bertutur bahasa kebangsaan memberi indicator bahawa ada banyak tempat2 yg tidak menggunakan bahasa Melayu.

Memandangkan keadaan sekarang yg tak mengizinkan pelaksanaan sekolah satu aliran, saya cadangkan supaya di sekolah2 kebangsaan diadakan pelajaran bahasa Mandarin atau Tamil atau kedua-duanya.

Tujuannya?

Kalau betul kita nak mengubah nasib kaum-kaum yg "nampak" bersatu tapi hakikatnya "tak seberapa pun, dan byk berlakon sbnrnya" ni, perlu ada segolongan manusia yg boleh bercakap dalam bahasa kaum lain dan mengajak kepada satu halatuju, satu understanding - iaitu perpaduan yg melangkaui perbezaan budaya kaum, perbezaan parti politik yg berasaskan kaum, perbezaan pendidikan mengikut kaum.

No comments:

Related Posts with Thumbnails