Saturday, December 5, 2009

Cerita hantu - peranan ustaz dalam masyarakat Melayu

1. Ustaz dalam drama dan filem
Nenek Kebaya - Ustaz digambarkan sbg org yg lilit kain serban di leher, berjalan ke sana ke mari membawa tali tasbih, walaupun percakapannya tidak ada kaitan pun dgn jari yg menggerakkan biji tasbih. Dalam keadaan umat Islam sekarang kabur ttg apa itu akidah Islam, ttg isu global, ttg dakwah tak progresif, ttg bercakap takde tauliah, digambarkan ustaz ni kerjanya bersembang dpn masjid tentang ada roh2 yg berada dalam rumah.

Dalam satu scene, seorang ustaz ni ada superpower boleh melihat makhluk halus (bernama Inang Sari) masuk ke dalam rumah hanya dgn membaca, "laisalaha mindunillahi kashifa". Dalam satu scene lain, seorang ustaz smpi "naik syeikh" terhuyung-hayang kepala membaca ayat AlQuran yg isinya takde kaitan pun tentang menghalau hantu, tapi hantu yg rasuk dlm badan mangsa jadi panas.

Dalam drama ni juga, digambarkan membaca Yasin beramai-ramai dalam rumah boleh membuat hantu tak duduk senang smpi terpaksa berdiri dlm bilik shower, walaupun org2 yg membacanya tak ambil pelajaran pun ttg makna isi kandungan surah Yasin yg dibaca itu. Baca2 mcm tu aje. Nak cakap psl agama tak bole, nanti kena tangkap.

Ada satu watak budak perempuan ni boleh nampak wajah sebenar nenek kebayan tapi org lain tak nampak, ustaz jugalah yg dgn confident memberi pengesahan bahawa kebolehan bole nampak hantu ni adalah kuasa pemberian Tuhan.

Tower 13 - Ustaz digambarkan sbg org yg kerjanya bukan saja menyapu daun di lantai, membersihkan sawang dsb tetapi pada masa yg sama ada kebolehan menghalau hantu. Tapi sebelum berjumpa dgn hantu, ustaz ni menunjukkan "superpower" boleh membuka pintu bilik yg dihuni hantu dgn membaca jampi sambil tangan memegang secawan air kosong (holy water) utk kerja merenjis halau hantu.

Jangan Pandang Belakang / Jangan Tegur - Ada satu scene ni, ustaz dipanggil utk menghalau hantu, tapi disebabkan hantu ni lagi kuat sampaikan ustaz tu berdiri pejam mata baca2 ayat jampi pun hantu tak lari. Mungkin sbb bacaan ustaz tak ikut tajwid. Ustaz ni kalau call pukul 2,3 pagi nak komplen pasal ada hantu masuk rumah pun, mesti dtg dgn pakaian jubah, pakai kopiah putih, lilit kain serban di leher. Datang pakai t-shirt ke mmg tak pernah. 

Skrip 7707 - Saya tak berkesempatan utk tgk filem ni, lebih2 lagi agak keberatan bila dpt tahu siapa pengarahnya. Tapi saya agak mesti ada watak ala2 ustaz yg part time jobnya menghalau hantu (ghostbuster). Atau boleh cerita tentang benda2 magic dlm alam ghaib. Kalau tak banyak, sikit2 pun mesti ada.

Santau - Kalau tengok trailer, ada upacara menghalau hantu oleh ustaz and the geng dengan duduk bersila keliling org yg dirasuk sambil kepala terhuyung hayang bertahlil. Simply amazing.

Kesimpulan
Dalam drama dan filem ada satu persepsi yg ustaz, tak kiralah ustaz kampung ke, baru balik dari Mesir ke Jordan ke, mesti ada kemahiran halau hantu, atau boleh mentafsir hantu. Bila bercakap pun tak perlu byk guna hujah dalil, cukuplah dgn kata2 yg disulami dgn Alhamdulillah, MasyaAllah, InsyaAllah. Yg plg penting mesti boleh halau hantu. Tangan pegang tasbih tapi mulut fasih bercakap pasal hantu.

Yang peliknya, jabatan agama daripada hambat org bg ceramah agama takde permit, boleh pula benarkan drama dan filem yg terang benderang kaitkan profession ustaz dgn benda tahyul.

Hello, kita nak ambil tindakan nanti dikata takde tauliah pula.

No comments:

Related Posts with Thumbnails