Pernah dalam satu perbualan, saya bertanya pendapat dgn sahabat2 lama tentang apa yg mereka bayangkan bila sebut hukum Islam.
Seorang sahabat berkata, bila sebut hukum Islam dia terbayangkan satu tempat yg aman dan tidak ada jenayah, tidak ada penindasan.
Seorang sahabat lagi, memberikan metaphor - kalau hukum Islam tertegak, kalau habis satu2 perlawanan bola, boleh bersalaman, boleh sama2 borak di kedai kopi walaupun sokong pasukan lain2, walaupun pakai jersi lain.
Kemudian, suasana sejahtera hinggakan tidak ada org susah, sampaikan org kerja mop lantai pun dapat hak hidup dan kemudahan seperti org kerja ofis. Ibarat kalau dlm buku sejarah, even pembantu istana pun pakai baju sulam emas.
Saya menambah, hukum Islam bukan sekadar hukum hudud, takzir dan qisas seperti yg difahamkan kepada org ramai sekarang. Bila sebut hukum Islam, ada org automatik ingat hukum hudud. Padahal kalau buka AlQuran, berapa peratus saje yg ayat menerangkan hukum berbentuk punishment.
Yang penting dalam hukum Islam ialah wujudkan environment yg sampai manusia pun takde intention nak buat perkara mungkar.
Saya juga meletakkan persoalan, kenapa ilmuan silam Islam boleh extract ilmu2 saintifik daripada AlQuran, tapi bila AlQuran smpi kepada kita sekarang, kita tak dapat apa2 rahmat yg serupa seperti mereka. Adakah cara kita melihat AlQuran tidak sama seperti cara mereka melihat AlQuran. Yang saya tahu di negara ni, ustaz yg jampi2 guna ayat AlQuran plg expert. Bila ditegur, alasan mereka ini sudah amalan turun temurun, takkan nenek moyang kita salah, lagipun ini benda baik. Kalau bidaah pun, ia bidaah hasanah.
Kesimpulannya, kalau betul negara ni berstatus Islam mengiktiraf cara hidup Islam sbg official / rasmi, sepatutnya tidak ada org yg tertindas, tidak ada jurang miskin kaya, tidak ada jenayah berleluasa, tidak ada tempat judi / kasino, tidak ada kilang arak di Selangor, tidak ada night club di Selangor, tidak ada tempat2 yg mufti tak boleh pergi kerana ibarat tong najis, takut kotor jubah.
Dan sepatutnya dalam sebuah negara yg Islam, tidak ada org yg mati zalim kerana diragut, dirompak, disamun oleh penjenayah.
Dari segi strategi, memang lebih baik kita declare negara ini Islam, dan kita berusaha menuju ke arah itu. Tapi kalau umat Islam pun tak clear apa itu hukum Islam, macam mana?
Kalau golongan berjawatan agama pun tak mampu menerangkan Islam dalam approach yg make sense, how do you expect org bkn Islam akan nmpk kebaikan hukum Islam dan nak terima?
No comments:
Post a Comment