1. Khidmat komuter KTM semakin baik atau bertambah buruk?
Tentang servis mendukacitakan komuter KTM ni bukan sesuatu yg baru diperkatakan. Sebagai satu kemudahan public transport, alasan - lambat, tak punctual, tak ikut jadual, train rosak - memang tak boleh diterima. Ada student terpaksa repeat paper exam, businessman terlepas deal, yg lambat smpi rumah tengah malam, disebabkan oleh train komuter KTM tak datang, tak sampai pada masa yg dijanji. Pengguna terpaksa menanggung kesusahan, kerugian yg bukan sedikit, smpi affect masa depan. Kalau di negara maju, memang sah2 kena saman sbb service teruk, tak cekap.
2. Permainan hambar, penonton ganas warnai Piala Malaysia
Bolasepak di Malaysia, mainnya tak lah seberapa. Ranking dunia pun...150(?). Tak kisah la berapa. Tapi dia punya havoc, gaduh antara penyokong, baling mercun, pecah kereta baling batu.. mcm pernah masuk World Cup. Kalau main level dunia, penonton pun happening, then faham la juga. Rasanya kalau negara lain tgk match bola Malaysia, compare dgn gelagat fanatik penontonnya, mesti gelihati. Skill kurang, emosi pula yg lebih2. Dalam suratkhabar, penyokong2 bolasepak satu negeri ni ada yg baling mercun kat LRT, tolak2 maki2 org lain. Again, saya nak kata - bolasepaknya tak lah seberapa, tapi havoc nya lebih. Dramanya lebih2, sebiji mcm drama melayu - pengisian kurang, yg byknya gaduh, byk busuk hati.
Komen:
Keretapi dan bolasepak. Antara peninggalan2 dari zaman British yg masih wujud hingga sekarang. Termasuk juga sistem demokrasi yg diamalkan oleh kerajaan. Tapi bezanya keretapi, bolasepak dgn sistem kerajaan demokrasi ialah British tak ajar cara nak memajukan sektor pengangkutan keretapi dan sektor sukan bolasepak, sepertimana mereka turunkan ilmu cara-cara memerintah negara melalui kaedah "Sistem Ahli" (tahun 1951-1955). Sebab tu keretapi dan bolasepak jatuh merundum, brp byk duit kerajaan habis utk support keretapi dan bolasepak. Bukannya takde org naik keretapi, tapi management syarikat keretapi tak pandai mengurus. Bukannya takde org main bola, tapi management persatuan bolasepak tak pandai mengurus. Padahal kalau betul2 efisyen, ramai org nak naik keretapi - senang, murah, sepatutnya menepati masa. Padahal kalau betul2 kompetitif, ramai org akan support bolasepak local. Realitinya, komuter jarang tepati masa, kdg2 tak sampai2. Bolasepak pula lagi byk gaduh, baling mercun smpi rosak stadium, perosak harta benda. Mainnya tak seberapa.. EPL yg beribu batu lagi org kenal dan follow. Sebab kerja ada sistem. Poor us, British tak ajar cara bekerja dgn teratur dlm sistem sblm berambus, tapi tinggalkan sistem demokrasi yg buat rakyat berterabur.
No comments:
Post a Comment