3. Komen tentang bai'ah PAS
Dilaporkan ada antara wakil rakyat PAS yg berbai'ah kpd parti, jika didapati khianat atau bertukar parti maka jatuh talak ke atas isteri mereka. Dalam perkataan lain, once sudah ikrar sbg wakil rakyat bg satu parti politik demokrasi yg ingin memartabatkan agama Islam ni, maka tidak boleh lagi bertukar ke parti2 politik demokrasi yg lain. Jika tidak, akibatnya automatik jadi duda segera. Mana-mana platform pun yg matlamatnya utk memenangkan Islam mestilah seluruh tindak tanduknya berpandukan AlQuran dan Sunnah, bukan sentimen. Kesahihan tentang kes bai'ah ni dalam siasatan parti yg terlibat.
4. Agama bukan hak eksklusif ulama
Bila difikirkan balik, ada hikmah juga insiden terbaru Dr.Asri dan JAIS. Bukanlah maksudnya saya setuju dgn cara "tangkap baru nk cari dakwa" ni. Tapi kita dpt lihat, semua pihak samada dari kerajaan, parti pembangkang, NGO - baik yg selama ni mmg bersama Dr.Asri atau pernah dikritik Dr.Asri, profesional, penulis artikel suratkhabar - muslim atau non-muslim, org Melayu, Cina, India, artis.. satu suara dlm memperkatakan tentang isu agama Islam di negara ni, yg kelihatan seakan dipelopori oleh segolongan berjawatan agama yg konservatif. Kalau ada satu pihak yg berbeza pendapat maka berbagai tuduhan tanpa hujah digunakan utk mendiamkan gerakan pembaharuan. Seolah2 agama adalah milik sekumpulan manusia sahaja. Saya yakin Dr. Asri sudah menjangka akan ada tentangan dari "mainstream agama", cuma tak tahu bila dan bagaimana.
Komen:
Agama adalah hak mutlak Allah, Tuhan Sekalian Alam yg menciptakan seluruh isi langit dan bumi termasuk manusia. Seluruh alam berjalan mengikut sistem yg telah ditetapkanNya. Sepertimana kita melihat kelogikan dan ke'masuk akal'an dlm ilmu2 (definitely dari Allah) spt matematik, fizik, kimia, astronomi...sepatutnya seperti itulah kita melihat kelogikan dalam cara hidup yg diredhai Allah, iaitu Islam. Oleh itu, Islam mesti tertegak dgn hujah yg jelas, bukan paksaan.
Di Malaysia masalahnya, sesiapa yg mempersoalkan hujah lemah dari golongan agama straightaway akan dituduh mempertikai agama, lemah iman. Kelemahan utk provide hujah yg jelas menyebabkan ada segelintir org yg dilahirkan berstatus Islam dlm kad pengenalan bertukar ke fahaman lain yg mereka rasakan lebih masuk akal, contohnya sains (padahal sains itu dtg dr Islam, cumanya segelintir golongan agama yg membuat mentaliti sains jauh dari Islam dgn penjelasan yg tak masuk akal dan banyak magic2, ataupun cara paksa2). Ada sebahagian mereka yg convert ke agama2 lain yg terdapat di negara ni.
Ramai ilmuwan silam Islam yg lahir hasil daripada pendidikan Islam berteraskan AlQuran - contribute mcm2 ilmu pengetahuan yg logik dan saintifik, tp bila smpi pada kita, pendidikan Islam yg ada melahirkan generasi yg ragu2 - blur2, jd mat rempit, jd pencopek duit rakyat, jd hamba "career path" diperah bekerja utk bayar bank loan seumur hidup. Nampak tak apa yg missing kat sini... - kefahaman AlQuran dan Sunnah yg jelas.
Satu lagi, sekadar peringatan bagi mereka yg mendakwa ingin menegakkan agama (termasuk dua kes di atas), ingatlah firman Allah semoga kita tidak bertindak melampaui batas:-
"Kecelakaan besar bagi orang-orang yang menulis Kitab Taurat dengan tangan mereka (lalu mengubah Kalam Allah dengan rekaan-rekaan mereka), kemudian mereka berkata: “Ini ialah dari sisi Allah”, supaya mereka dengan perbuatan itu dapat membeli keuntungan dunia yang sedikit. Maka kecelakaan besar bagi mereka disebabkan apa yang ditulis oleh tangan mereka, dan kecelakaan besar bagi mereka dari apa yang mereka usahakan itu." - Surah Al Baqarah, ayat 79.
No comments:
Post a Comment