Rencana Utusan
(3 jam selepas membaca rencana utusan..)
Kadang2, saya berasa hairan bila ada setengah pihak yg mendakwa berjuang utk memenangkan agama, tapi menggambarkan agama ini sesuatu yg susah dan komplikated utk difahami oleh org awam.
Adakah fakta dalam agama ni begitu berbelit2, kabur, sangat dahsyat tricky, banyak muslihat, seperti yg digambarkan dalam tulisan rencana ni? Apatah lagi, kebenaran sudah tentu datangnya dari sumber AlQuran dan Sunnah.
Digambarkan katakan ada segolongan manusia yg ikhlas menerangkan dgn jelas kefahaman Islam yg tulen, pun mesti ditolak kerana:-
1) Mereka ni sebenarnya berniat jahat. Mereka ni ibarat bagi makanan tp bubuh racun di dalamnya.
2) Mereka ni menyimpang dari arus majoriti. Mereka ni pelik, padahal kita ni betul sbb kita ikut apa yg "ulama" dah kata malah dah sebati juga diterima ramai. Takkan amalan kita selama ni tak betul.
Please lah. Jangan jadikan agama sbg sesuatu yg sukar difahami dengan serangan menggunakan sentimen.
Dan jangan gunakan jawatan dalam urusan agama utk menakut-nakutkan org mencari kebenaran.
Adakah ayat seperti, "saya ikut aje apa ustad saya kata, saya ikut aje pendapat majoriti ttg agama, arus perdana is always right.." adalah jawapan yg valid utk justify tindakan kita semasa hidup apabila disoaljawab di mahkamah akhirat nanti?
Agama is everywhere. Apa yg kita dpt dengar, apa yg kita dpt lihat di muka bumi ni semuanya ada kaitan dengan agama. Agama sgt luas, lebih luas dari kita depa kedua2 tangan. Even udara yg kita hidu ada termaktub dalam agama. Pandanglah ke langit biru, itu pun ada ditulis dalam agama. Cara berurusan sesama manusia ada kaitan dgn agama. Cara berfikir pun agama tunjuk. Even teknologi canggih yg kita gunapakai pun datang dari agama. Penemuan ilmu saintifik pun hasil sumbangan agama.
Jangan susahkan urusan agama, dan jangan halang org lain utk berubah.
Bukti dah depan mata, umat Islam byk problem. Tak follow the proper system. Ramai yg blind following.
Situasi penghayatan agama sekarang perlukan "fresh installation". Iaitu kembali kepada kefahaman akidah.
No comments:
Post a Comment