Monday, August 30, 2010

Nuzul Quran - AlQuran diturunkan untuk apa?

Dengan kemampuan berfikir dan deria yang ada pada manusia, rata-rata semua setuju bahawa seluruh alam semesta yang meliputi bintang, galaksi, planet, ... termasuk bumi dan manusia serta hidupan lain adalah terikat kepada satu undang-undang / law yang mentadbir seluruh alam. Even orang yang paling atheist pun tidak dapat menafikan adanya hukum yang mengatur segala-galanya, mereka menganut kepercayaan sains yang sangat membutuhkan pembuktian dengan mata. Mereka boleh jadi mempertikaikan agama kerana tidak berpuas hati dengan penerangan paderi / golongan agama, tetapi tidak mempertikaikan adanya hukum.

Even manusia yang dikatakan genius seperti Albert Einstein pun tidak menafikan adanya hukum yang mengatur perjalanan alam semesta. Cuma tidaklah sampai mempertikaikan perlunya beragama, sebaliknya dia pernah berkata, tingkat paling tinggi dalam kefahaman beragama bukanlah dengan cara gunakan faktor gerun (fear), tetapi memahami agama dengan hujah yang jelas (reasoning). Agama menerangkan sains, dan sains menerangkan agama.

Dalam AlQuran ada menyatakan Allah satu-satunya pemilik sistem hukum yang mentadbir alam, tidak ada dua, tidak ada anak. Sebab jika itu berlaku sudah tentu hukum pentadbiran alam akan berlawan / bercanggah antara satu sama lain. Bumi pakai sistem hukum lain, matahari pakai sistem hukum lain, galaksi pakai sistem hukum lain dan sebagainya. Manusia menerima kewujudan hukum dan melaksanakan prinsip-prinsip hukum itu untuk mengurus aktiviti / hubungan semasa manusia dalam bentuk agama = way of life.

AlQuran ada menyatakan bahawa pada setiap kaum itu diutuskan Rasul untuk menyampaikan risalah. Ada catatan yang menulis 313 rasul dan 124,000 nabi pernah wujud sejak zaman Nabi Adam hingga Nabi Muhammad SAW. Mesejnya tetap sama, namun dalam bahasa kaum masing-masing dan berdasarkan adaptasi tertentu kerana budaya dan persekitaran, iaitu menyembah kepada Tuhan Pemilik hukum yang satu. Mesej agama yang melepaskan manusia daripada perhambaan kepada sesama manusia kepada menghambakan diri hanya kepada Tuhan yang satu, yang menciptakan segala-galanya.

Saya pernah berbual dengan rakan non-muslim tentang hal agama, sempena puasa yang dilaksanakan umat Islam seluruh dunia. Dalam agama-agama lain juga ada version mereka tentang cara berpuasa. Semua agama pada umumnya mengajak manusia kepada perkara yang sama - berbuat baiklah kepada orang lain, dan kebaikan itu akan datang balik kepada pembuat baik itu. Tidak berbohong, tidak mencuri, tidak membunuh, tidak berzina, tidak meminum arak, ...

Perbincangan seperti ini bukan untuk menyatakan semua agama sama dan bebas menganut mana-mana agama pun. Tetapi point di sini ialah, kebenaran pernah sampai ke tempat-tempat lain selain Tanah Arab yang akhirnya menjadi agama-agama yang seperti difahami orang ramai sekarang. Asal-asalnya agama cuma satu, sumbernya pun satu, tetapi interpretation manusia setelah rasul mereka wafat yang menjadikan agama itu berbagai-bagai.

Perumpamaannya seperti permainan jigsaw puzzle. Kita ambil sample dari asia timur, dari eropah, dari asia barat, afrika... Ada yang 20% lengkap, 30% lengkap atau mungkin 60% lengkap. Dalam banyak-banyak agama itu, agama (Islam) yang disampaikan oleh Nabi Muhammad,lah yang masih 100% lengkap. Cuma nak dijadikan cerita, Islam pun mengalami sindrom sepertimana mesej-mesej agama yang disampaikan oleh rasul-rasul sebelum baginda.

Iaitu bila penganut agama tersebut jauh dari prinsip-prinsip asal yang telah termaktub dalam AlQuran, beragama sebab ikut cakap manusia, ikut cakap parti politik, maka jadilah agama itu berbagai-bagai. Agama yang tidak sama seperti rupa atau prinsip asal. Agama tidak melarang perbezaan pendapat, Rasulullah sendiri aware tentang perbezaan pendapat apabila baginda menyatakan sesuatu (contoh: kisah solat dengan bertayamum, kemudian didapati ada air) dan terdapat dua orang yang berbeza cara penerimaan, baginda tidak melarang. Tetapi agama melarang manusia menggunakan agama untuk kepentingan individu atau memenangkan kumpulan anutannya sampai menjatuhkan sesiapa saja yang tidak sebulu dengan pendapat mereka. Ini yang agama cukup marah, walaupun yang melakukannya mungkin bergelar "ustaz" dan seumpamanya.

Hukum, sistem, cara hidup, addin, agama, apapun nama yang manusia guna untuk memudahkan kefahaman, hanya ada satu yang wujud dan ia meliputi seluruh alam semesta dari sebesar-besar kejadian seperti galaksi hingga ke sekecil-kecil hidupan seperti bakteria, mikro-organisma. Yang menjadikan agama seolah-olah ada berbagai-bagai ialah interpretation / tafsiran oleh manusia.

Persoalan: Bagaimana membuktikan AlQuran itu petunjuk yang benar untuk manusia? Situasi sekarang di mana non muslim tidak disampaikan / dibuktikan dengan jelas tentang kebenaran Islam kemudian dituduh kafir masuk neraka, dan situasi sekarang di mana yang mengaku Islam pun sebenarnya ramai yang kabur tentang agama anutan mereka disebabkan ulama-ulama yang bercakaran sesama sendiri, atau kumpulan-kumpulan tertentu yang mendakwa merekalah yang paling dekat dengan Tuhan dan orang lain selain mereka semua salah.

Ini adalah kerana Islam yang disampaikan bukan daripada AlQuran, tetapi terus diambil daripada kitab-kitab tulisan manusia yang sangat terdedah kepada salah tafsir. Sama seperti yang pernah berlaku kepada agama-agama yang lain. Padahal asal-asalnya mereka juga adalah agama tauhid, yang disampaikan oleh rasul-rasul mereka dalam bahasa masing-masing. "Misinterpretation" setelah beberapa generasi kemudian.

Sempena sambutan Nuzul Quran yang telah berlalu sebagai hanya satu cuti umum tanpa penghayatan yang jelas, ada baiknya umat Islam menilai semula peranan AlQuran dalam kehidupan mereka. AlQuran bukan diturunkan sekadar sebagai penenang hati, jampi-jampi, halau hantu, melagu-lagukan ayat, atau pahala huruf.

AlQuran diturunkan sebagai petunjuk kepada seluruh manusia, maka wajar untuk ia dibaca untuk difahami dan dilaksanakan. Jika tidak, penghayatan agama menjadi jauh daripada apa yang Tuhan mahu, walaupun mulut terkumat kamit menyebut kalimah Allah. AlQuran ada menyebut fenomena manusia beragama seperti ini. Iaitu agama ikut nenek moyang, agama keturunan, agama bersangka-sangka yang tidak membawa apa-apa kebaikan, malah tidak mampu menyelesaikan masalah dalam negara.

No comments:

Related Posts with Thumbnails