Tidak dinafikan wujud golongan-golongan tertentu yg bersikap ultra kiasu yg menjadi sebahagian daripada sejarah penubuhan negara, yg menjadikan negara ini "terlalu berbilang kaum", bukan negara bangsa yang bertutur dalam satu bahasa rasmi - bahasa Melayu. Kemudian 50 tahun kemudian mereka membuat bermacam-macam tuntutan yang berbau perkauman yg tidak mungkin diberi nikmat peluang bersuara kalau di negara asal mereka. Tidak dinafikan ada gangguan dari luar (external) seperti ini, tetapi kita umat Islam tak dapat juga menafikan bahawa kita mempunyai masalah internal, tidak ada kekuatan dalam diri yang menyebabkan umat Islam seolah lemah antibodi menghadapi negara dan dunia yang bermasalah.
Cuba menafi sebahagian besar masalah sebenarnya berpunca daripada diri sendiri, samalah seperti sentiasa menyalahkan zionis dan konspirasi menakluk dunia tanpa melihat dari dalam bahawa umat Islam sebenarnya sangat jauh dari matlamat asal beragama yang sudah dicompile dalam AlQuran.
Antara indicator-indicator bahawa ramai sebenarnya yang hanya beragama keturunan sangat obvious ketika menyambut ibadah Ramadhan sebulan dalam setahun. Contohnya, berapa ramainya yang kononnya syahdu bila mendengar ayat-ayat AlQuran dilagu-lagukan oleh imam masjid ketika solat sunat terawikh. Jarang yang seolah-olah tidak ada satu jiwa pun yang berani bertanya, adakah kita sudah atau sekurang-kurangnya sedang berusaha dengan semua tenaga dan umur yang ada untuk merealisasikan isi dan makna ayat-ayat AlQuran yang dibaca itu? Adakah AlQuran cuma diturunkan untuk dilagu-lagukan untuk tenang hati dan pahala huruf?
Inilah masalah umat Islam yang sebenar. Mereka komplen tentang pembuli-pembuli yang ada tetapi tidak melihat dalam diri yang malas untuk membina kekuatan kemudian berterusan salahkan orang lain. Sudahlah AlQuran tidak dibaca untuk difahami, penghayatan puasa sangatlah ritual dan sempit. Seolah-olah soal pahala tidak ada kaitan dengan pembangunan masyarakat, cukuplah sekadar menahan lapar dan dahaga, bentang sejadah sudah boleh masuk syurga beramai-ramai. Sangatlah berbeza dengan perjuangan agama yang asal seperti yang tercatat dalam sejarah Nabi Muhammad SAW.
Rasulullah apabila memahamkan manusia tentang agama bermula dengan kefahaman akidah, kemudian barulah syariat ibadah difahamkan satu persatu. Masalah otak / mindset masyarakat diselesaikan dahulu sebelum pergi kepada ibadah berbentuk ritual. Ini terbalik dengan mereka yang dilahirkan dengan nama Islam pada zaman ini. Mereka awal-awalnya disuruh solat, disuruh puasa, kalau tidak buat akan berdosa, orang jahat akan masuk neraka dsb. Hakikatnya amalan-amalan mereka tidak membantu menyelesaikan masalah-masalah umat seperti korupsi dalam pengurusan negara, kemiskinan, buang anak, dadah dsb. tapi claim diri sebagai muslim = org yg berserah kepada sistem Allah. Cina yang sudah bertahun-tahun masuk Islam dan lebih baik penghayatan agamanya terus dipanggil "mualaf" sampai ke tua.
Persoalan seperti ini tidak pernah ditimbulkan kerana takut dituduh mempersoal agama, dituduh lemah iman, padahal sebenarnya ini persoalan kaedah penghayatan agama yang tidak betul. Penghayatan agama yang terlalu ritualistik yang tidak menyelesaikan masalah manusia.
No comments:
Post a Comment