Saya mengambil masa beberapa hari membaca berita-berita yang terdapat di internet - politik tempatan, sosial remaja, pembersihan etnik di Palestin, masa depan kaum, huru-hara di sana sini, bunuh, ragut, rogol, tentang artikel Hitler dan Islam, ekonomi negara dan dunia, bisnes, rasuah, masalah jabatan agama, prasangka dan sentimen, orang miskin tak dapat bantuan, dunia yang semakin panas, tumpahan minyak, hutan terbakar, orang mati... dan banyak lagi, hampir semua topik saya baca dan perhatikan bagaimana manusia memberi reaksi dan bertindak.
Walaupun saya hanya salah seorang manusia yang menumpang di atas muka bumi, kerdil dibandingkan dengan saiz bumi, bukan susah untuk saya membuat kesimpulan bahawa dunia sudah hilang keseimbangan disebabkan perbuatan manusia. Dan manusia itu termasuk saya, dan sesiapa yang membaca blog ini. Anda juga sebahagian daripada masalah dunia, samada ingin sama-sama bertindak atau berdiam diri. Kalau bala menimpa, ia kena pada saya, kena pada pemimpin politik, kena pada anda juga. Bala takkan tanya, "awak ni beriman?" lepas tu boleh tak kena pada orang-orang tertentu. Kita semua sekarang hidup dalam dunia bala, dunia yang kembali kepada kondisi jahiliyah, atau dalam bahasa Melayunya kondisi BODOH!!
Kita ibarat duduk di atas muka bumi yang bergelumang dengan najis. Walau sebersih mana pun baju anda, pasti akan tercalit najis. Walau sejaga mana pun langkah anda, akan melekat juga bau-bau busuk najis hasil tangan manusia. Sebab tu tadah tangan sampai nampak ketiak pun, nasib umat tetap tak berubah, selagi cara fikir pun macam orang sedut oksigen yang penuh bau najis.
Don't get me wrong or take it personal. Ini cuma metafor untuk menggambarkan situasi sekarang dan cabaran yang perlu dipikul bersama oleh "mereka yang diberi akal". The chosen people. Hanya manusia terpilih sahaja yang faham, the rest jadi lembu yang dicucuk hidung dalam dunia "Matrix". Sesiapa pun walaupun hebat serbannya selagi masih terikat dengan sistem "matrix", masih belum merdeka pemikiran, tidak berlepas diri dari sebarang bentuk perhambaan selain kepada Allah.. adalah berbahaya kepada perjuangan menegakkan kebenaran.
Segelintir manusia yang terpilih inilah yang akan membuka jalan kepada perubahan, at least bila Nabi Isa turun ke bumi dari langit nanti takdelah dia pun terkejut takkan takde satu manusia pun yang "diberi akal". Lembu-lembu yang hidup melata pula sibuk tadah tangan mengharapkan perubahan yang tak kunjung tiba. Dapat gaji besar sikit, kereta besar sikit dah eksyen sesama lembu.
Seluruh alam semesta beroperasi berdasarkan perlembagaan yang telah ditetapkan oleh Allah Pengatur sekalian alam. Galaksi, meteor, matahari, planet, bulan, bintang, hukum gas, graviti, bumi.. semuanya mengikut aturan yang telah ditetapkan. Ada orbit, ada laluan tersendiri, semuanya wujud secara harmoni antara satu sama lain. Dikatakan kalau bumi beralih satu cm sahaja, seluruh keseimbangan yang dinikmati di atas muka bumi, proses pasang surut air, fotosintesis, lapisan udara etc. akan hilang serta merta. Bukti alam ini tidak dijadikan random atau jadi secara tak sengaja / kebetulan.
Manusia yang hidup atas muka bumi juga tak terlepas dengan aturan. Tapi dalam banyak-banyak makhluk yang ada seluruh alam semesta, manusia memang zalim. Diberi petunjuk tapi tidak ikut. Dibaca cuma untuk tenang hati, menang majlis tilawah, halau hantu. Menggunakan bermacam-macam term bombastik termasuk atas nama agama untuk justify nafsu / kehendak / need mereka. Kadang-kadang tu sampai tak boleh terima perbezaan pendapat, hanya dia sajalah yang betul, orang lain semua salah.
Nabi Muhammad pun pernah buntu dengan kondisi masyarakat Mekah pada zaman baginda. Manusia macam-macam jenis, macam-macam ragam, macam-macam kabilah ada. Nak kata agama takde, agama ada - Nasrani dan Yahudi. Nak kata tak sembahyang, mereka sembahyang. Kaabah depan mata aje. Pada mereka, tak salah memuja berhala asalkan sembahyang mengadap Kaabah. Ibaratnya kalau kita nak relate dengan zaman sekarang, tak salah saya nak taksub mazhab, tak salah saya taksub bola, atau taksub perjuangan kaum / taksub parti politik selagi saya bentang sejadah.
Apabila Nabi Muhammad menerima wahyu dari Jibril, langkah pertama yang baginda ambil ialah mengajak kepada perubahan mindset, atau dalam istilah lain membentuk kefahaman akidah tauhid yang bersih dari unsur syirik. Mula-mula ajak orang paling dekat - isteri sendiri, family, saudara-mara, kawan-kawan, komuniti, masyarakat dan seterusnya. Bila dah faham akidah, barulah senang nak fahamkan tentang beribadah.
Ini terbalik dalam kaedah pendidikan Islam digunapakai sekarang. Ibadah dulu, ditakut-takutkan dengan dosa pahala, jangan makan babi and so forth, lepas tu expect agama akan menang. Ibadah pun sekadar ritual saja, sampaikan bila rasa tak cukup ibadah ditambah-tambah pula dengan ibadah ritual lain / bidaah hasanah... sesungguhnya ini bukan agama yang disampaikan Rasulullah. Sangatlah berbeza daripada agama asal yang dibawa oleh baginda Rasulullah.
Agama yang dibawa Rasulullah sampai boleh membentuk sebuah sistem negara yang diberi nama Madinah. Obviously pencapaian ini dicapai bukan dengan membuat bulatan besar membaca satu surah sahaja tanpa diteliti makna ayat, atau membaca talqin kepada orang yang sudah mati konon untuk sedarkan orang yang masih hidup, atau membaca ayat AlQuran untuk menghalau hantu seperti ghostbuster.
Ia mesti bermula dengan kefahaman akidah yang mantap kemudian barulah datang kesanggupan beribadah. Selagi kefahaman akidah tak mantap, jangan harap dalam 100 tahun lagi pun nasib umat takkan berubah.
Kesimpulan: Jadi apa kaitan semua masalah yang ada dalam dunia sekarang ni dengan perjalanan alam semesta yang sangat teratur, sangat precise, dan dengan perjalanan dakwah Rasulullah?
Manusia akan kekal dalam keadaan bingung dan sengsara selagi tidak kembali kepada tujuan asal penciptaan manusia. Manusia sepertimana makhluk-makhluk lain yang ada dalam alam semesta mesti follow the rule, ikut aturan dari Tuhan yang menciptakan mereka. Baca AlQuran mesti faham, sebab di situlah perintah Tuhanmu. Kalau tak faham AlQuran, then kamu sembah siapa. Ustaz? Percayalah di padang mahsyar nanti ustaz pun sama saja diadili macam orang awam.
Akhir kata, in order untuk membersihkan najis-najis yang membanjiri muka bumi, mesti bermula dengan kefahaman akidah yang original seperti yang dibawa Rasulullah. Bukan akidah buku teks, bukan akidah ustaz, bukan akidah org Melayu. Akidah tauhid yang original. Dan memahamkan manusia tentang akidah tauhid yang original ini mesti ikut method / sunnah Rasulullah.
Itu saja, sekian.. last but not least, hanya mereka yang "diberi akal" - the chosen people - yang faham dan ambil tindakan. The rest, jadi lembu diperah susu dan tenaga atas nama career path - unless they are willing to change and join the action of chosen people.
Career path... what a word.
No comments:
Post a Comment