Taqabbalallahu minna wa minkum. Setelah sebulan "menahan diri" membuang sifat-sifat buruk dalam diri dan upgrade sifat-sifat yang membantu memenangkan agama supaya diterima sebagai orang yang bertakwa, tibalah satu hari untuk meraikan kemenangan. Kemenangan manusia kembali kepada fitrah - "Aidil fitri" = kembali kepada fitrah.
Takwa yang disebut dalam AlQuran bukan semata-mata "takut" tetapi tidak buat kerja amalkan / kembangkan agama. Takwa yang dituntut dalam AlQuran ialah takut kepada Allah hingga berusaha untuk buat yang terbaik untuk agama. Untuk buat yang terbaik untuk agama maka seseorang itu mesti memperbaiki diri, dengan "menahan diri". Self control. Sebab itu puasa ada kaitan dengan pembentukan karakter seorang yang bertakwa. Bukan sekadar buat-buat "takut" tapi realitinya tak ada apa-apa sumbangan pun untuk agama walaupun sebagai individu, apatah lagi sebagai jemaah.
Ini kaitan ibadah ritual puasa, sifat takwa dan sambutan aidilfitri. Menahan diri untuk membentuk diri menjadi orang bertakwa, seperti orang-orang sebelum mereka, juga disyariatkan "menahan diri", kemudian kemenangan menahan diri selama sebulan, secara ritualnya diraikan dalam satu hari dinamakan hari "aidilfitri". Rasulullah pernah mengucapkan, "taqabbalallahu minna wa minkum" kepada sahabat pada hari raya.
1400 tahun berlalu, kelihatan objektif merayakan aidilfitri yang ditunjukkan Rasulullah seolah tidak dihayati oleh umat Islam, terutamanya jika dilihat dalam konteks cara orang Melayu sambut raya.
Jika dilihat program TV khas sempena puasa dan raya, seolah-olah puasa dan raya ini hanyalah satu jenis culture kaum, sepertimana culture-culture lain dari kaum seperti Cina, atau India. Jarang ada program untuk menerangkan objektif sebenar berpuasa seperti yang ditulis di perenggan atas, melainkan yang banyak ditonjolkan di TV ialah program pusing-pusing cari makan di bazar Ramadhan. Saya lihat kreatif juga orang Melayu mencipta kuih muih dan makanan. Mungkin selama 500 tahun orang Melayu Islam tidak dibenarkan terlibat dalam pentadbiran negara oleh penjajah, Islam pun cuma "Islam adat" dan "Islam ritual", maka banyaklah masa untuk belajar buat kuih. Tapi zaman sudah berubah, Melayu mesti mencari semula kekuatan daripada penghayatan Islam yang syumul.
Ditambah lagi dengan drama-drama Melayu berunsur sedih, konflik keluarga, cakap tengking-tengking, berebut harta.. bezanya dengan bulan-bulan lain cumalah watak-wataknya selalu memakai songkok, kain pelikat, telekung putih dan tudung. Tapi cara fikir tak selari dengan cara pemakaian. Cara gaduh sama saja macam orang pakai sendat. Inilah "Islam" yang ditonjolkan oleh orang Melayu kepada orang kaum lain. Kenapa nak hairan bila "mereka" pun tidak berminat untuk mendalami Islam. Mereka lihat ini semua tidak lebih hanya culture Melayu yang tidak membantu menyelesaikan masalah.
Itu belum cerita lagi kes orang bukan Islam tidak dibenarkan masuk kawasan masjid. Cara pihak-pihak tertentu berlaga tentang isu ini menyebabkan orang bukan Islam bertambah-tambahlah fobia dan jauh daripada hendak mendalami Islam. Dituduh kotor, macam perempuan haid.. amatlah malang begini imej ditonjolkan, no wonder sudah 53 tahun pun masih lagi agama yang berlegar-legar dalam satu kaum.
Maka hari raya menjelma lagi, diulang lagi cara sambutan yang sama setiap tahun. Lagu dendang perantau, lagu saloma, lagu DJ Dave, lagu-lagu evergreen raya yang tidak ada kaitan dengan kemenangan kembali kepada fitrah. Yang ditekan-tekankan hanyalah perkataan ketupat, lemang, baju raya baru, sanak saudara, mengatasi tujuan sebenar menyambut raya yang disebut dalam agama.
Bukanlah menafikan hak dan kepelbagaian cara (orang Melayu) merayakan aidilfitri. Yang dipersoalkan ialah perayaan yang tersasar daripada tujuan asal. Metafor, seperti datang ke pejabat sepatutnya kerja untuk memajukan company, dalam masa yang sama bolehlah ambil masa untuk ke pantry untuk berbual bersama-sama rakan sekerja. All in one. Tapi ada satu jenis orang ni, dia terus pergi ke pantry untuk bersembang. Bila ditegur suruh buat kerja, dengan emosinya dia menjawab dengan marah, "aku tahu lah!" Inilah perumpamaan orang yang bila ditegur, selalu ambil jalan emosi. Tapi hujung bulan (akhirat) expect akan dapat gaji (syurga).
Sepatutnya kefahaman - ramadhan adalah period untuk memperbaiki diri dengan cara menahan diri supaya diri menjadi orang bertakwa kemudian kemenangan menempuhnya dirai pada satu haribulan syawal - perlu jelas sebelum pergi kepada nilai-nilai kaum setempat seperti baju Melayu, balik kampung, makanan tradisi, bersalam-salaman.. Ini terbalik.
Budaya kaum tak salah. Yang salah ialah budaya kaum yang melebih-lebih mengatasi tujuan asal suruhan agama. Menyambut raya atas tujuan yang tersasar.
No comments:
Post a Comment