Puasa disyariatkan kepada orang beriman supaya mereka bertakwa sepertimana ibadah itu disyariatkan kepada orang-orang sebelum mereka.
Dengan berpuasa, ia mendidik orang beriman supaya mengutamakan apa yang Allah perintah, kemudiankan kehendak peribadi setelah perintah Allah itu selesai. Juga menambah nilai-nilai baik dalam diri, membuang sifat-sifat buruk yang menghalang kita beribadah lebih baik. Menambah nilai baik, membuang nilai buruk dalam istilah kerja, ia dinamakan work effeciency, cost / time effeciency.
Malangnya apabila umat Islam tidak melihat ibadah puasa dan kebaikannya dari perspektif kerja, maka jadilah ia amalan ritual yang tidak membawa apa-apa kesan melainkan lapar dan dahaga. Bila umat Islam zaman sekarang tidak difahamkan tentang pengertian sebenar puasa, dan kaitan puasa yang diamalkan dengan puasa orang-orang sebelumnya, maka jadilah puasa versi baru yang tidak ada sinambungan (continuity) dan kaitan dengan ibadah puasa sebenar yang disyariatkan dalam AlQuran.
Program TV menayangkan bazar-bazar sempena ramadhan dengan bermacam-macam makanan dan kuih-muih hasil buatan orang Melayu majoriti muslim di Malaysia. Kemudian setelah perut kenyang makan kuih, pada waktu malamnya orang Melayu berkumpul di masjid menunaikan solat sunat terawikh beramai-ramai. Rata-rata begitulah kefahaman orang Melayu bila bicara tentang pahala bulan puasa. Berusaha meningkatkan produktiviti atau perbaiki effeciency dalam kerja tidak kelihatan seperti satu ibadah bulan puasa. Agama suku dan kerja suku, tidak bersatu.
Kalau kata pahala lailatulqadar, mesti ibadah dalam bentuk solat terawih. Kerja di ofis waktu siang, atau perbincangan / dakwah memahamkan manusia tentang akidah.. seolah-olah tidak termasuk dalam peruntukan pahala lailatulqadar. Ibadah mesti kelihatan ritual semata-mata barulah ada kaitan pahala dan ganjaran.
Kemudian, kekeliruan orang Melayu tentang agama yang dianuti berterusan apabila mereka memandu kenderaan pergi dan balik kampung di jalanraya. Agama pada setengah mereka ialah menampal sticker doa, atau sticker bertulisan islamik, tetapi cara memandu tidak mengikut prinsip agama. Pada mereka, agama suku memandu suku. Memandu dengan baik tidak ada kaitan dengan agama dan tidak dapat pahala.
Memandu reckless, selfish tidak mengapa sebab tidak berdosa. Membunuh orang dengan pisau -> berdosa, tapi memandu yang menyebabkan orang lain terbunuh -> tak berdosa. Rata-rata beginilah kefahaman orang Melayu bila memandu di jalan raya. Nama saja baru lepas berpuasa, tapi bila memandu serupa orang tak puasa. Ada yang memandu menggila khinzir sampai masuk ke lorong kecemasan, macam nak terberak dalam seluar.
Betulkah mereka menghayati pengertian puasa = menahan diri. Bila keadaan memerlukan, contohnya jalan sesak, mereka gagal menahan diri daripada tindakan buruk keji dan merugikan diri, termasuk memandu melulu, laju dan membunuh orang lain yang tak bersalah. Oh ya, "ibadah kan mesti kelihatan ritual, memandu mana ada kaitan dengan ibadah dan pahala".
Ada yang marah bila pemerintah tidak membuat hukum hudud. Tapi bab adab memandu pun tak boleh nak islamkan dulu. Bagaimana nak claim bahawa agama itu syumul kalau begini kefahaman rata-rata muslim di Malaysia?
Agama orang melayu: Agama suku. kerja suku, memandu suku, semuanya tak ada kaitan satu sama lain. Seolah di akhirat semata-mata ditanya berapa rakaat solat terawikh. AlQuran yang tebal simpan macam harta karun dalam rak almari paling atas di bilik paling belakang.
No comments:
Post a Comment