Saya tidak terkejut kalau ramai yang tidak tahu apa job scope sebenar mereka hidup di atas planet bumi ini. Sebab sistem pendidikan yg ada sekarang tidak menerangkan dengan jelas tentang job scope itu. Iaitu kita manusia sebagai wakil / khalifah utk menjadikan planet bumi ini aman sejahtera, makmur dan harmoni. Dalam nak memastikan planet bumi ni aman, maka kena hidup, jalankan aktiviti dsb berlandaskan prinsip yg Allah dah gariskan dalam AlQuran.
Sistem pendidikan yg ada sekarang cuma mengajar supaya belajar pandai2 kemudian apply kerja, kerja kerja kerja sampai umur bersara, kemudian tunggulah saat kematian. Itu saja. Bila toleh belakang umur2 yg berlalu, tidak ada pun sumbangan kepada agama, melainkan amalan2 ritual yg disangka akan memasukkan mereka ke dalam syurga. Padahal, pada masa yg sama, dunia tidak menjadi aman pun dengan "amalan2 pahala" mereka.
Kita ambil contoh paling dekat Solat Jumaat setiap minggu. Jika dihitung, dalam setahun org lelaki akan menunaikan solat Jumaat sebanyak 52 kali. Solat Jumaat sepatutnya menjadi tempat di mana umat Islam menyatukan fahaman mereka, menyatukan tindak kerja mereka. Al-Fatihah sepatutnya menjadi manifesto perjuangan kehidupan setiap individu umat Islam, bukan baca saja2 tanpa tahu makna.
Bukan sekadar ritual yg kita lihat sekarang di kalangan umat Islam di negara ini. Pergi solat Jumaat semata-mata kerana tidak mahu dicop kafir. Tapi manfaat Solat Jumaat itu tidak sampai, melainkan duduk bersila, berpura2 faham khutbah, ataupun tidur.
Ditambah dengan isi khutbah yg sangat lemau dan tidak membina. Seolah2 solat cukup syarat, baca khutbah lebih kurang, hujung bulan cucuk kad di ATM gaji masuk. Masalah umat Islam tidak selesai2, agama sendiri pun tidak faham. AlQuran pun tak buka2 sampai berhabuk, melainkan bila nak halau hantu, nak tenangkan hati ditinggalkan kekasih, atau transfer pahala kepada org yg sudah mati. Sepatutnya AlQuran dibaca kepada org yg masih hidup supaya mereka melaksanakan isi kandungannya.
Kemudian setelah solat Jumaat, adakah ada perbincangan sungguh2 oleh umat Islam tentang isi khutbah supaya ia boleh dilaksanakan? Ataupun realitinya bersembang benda2 tak membantu kebangkitan Islam di kedai cendol beberapa meter luar masjid? Masuk telinga kanan, keluar telinga kiri. Inilah agama yg mereka faham dan diajar di sekolah2 dengan sistem pendidikan sekarang. Agama sekadar "pendidikan moral utk muslim". Hasilnya mendukacitakan.
Umat Islam menghadapi krisis yg sangat dahsyat. Bagi, orang awam, mereka pun tidak faham apa agama yg mereka anuti melainkan apa yg dimuntahkan dari mulut golongan yg dianggap mewakili agama. Kalau semua ustaz2 ni mati, habislah negara ni tidak ada org yang boleh bercakap tentang agama. Sebab tidak ada tauliah.
Golongan yg kononnya mewakili agama juga ada krisis mereka yg tersendiri. Mereka terkongkong dengan penafsiran lama. Padahal zaman sudah berubah. Cara fikir yg sempit, sudahlah tidak bercampur gaul dengan kaum lain. Menyebabkan mesej agama suci ini tidak sampai kepada org bukan Islam.Ya, prinsip2 agama tidak akan berubah. Apa yg tertulis dalam AlQuran, itulah prinsip yg tidak akan berubah sampai bila2. Tetapi adaptasi harus betul, mesti mengikut keadaan dunia sekarang.
Method perjuangan, lihatlah Sunnah Rasul-rasul yg terdahulu. Dari Nabi Adam sampai Nabi Muhammad SAW. Inilah sample2 manusia yg menghabiskan umur mereka memastikan dunia ni aman, yg Allah endorse method perjuangan mereka. Sebaliknya yg kita lihat, yg pakai serban besar2 pun bergaduh disebabkan masalah2 fekah atau istilah. Nak tegur baca tahlil yasin tak ada contoh dalam agama pun jadi melenting.
Baik orang awam mahukan golongan agama, dua-dua bermasalah. Merasakan diri sudah beragama tapi dunia tak menjadi aman dengan amalan2 mereka. Kemudian, mereka tanpa rasa bersalah suka-suka mendakwa, "Ini sudah takdir!".
No comments:
Post a Comment