Sunday, May 16, 2010

DPM: Why are 80% of Malays in low income category?

Star Online

Melayu ni kalau ikutkan sejarah bukan sejenis kaum keturunan seperti yg difahami zaman sekarang. Melayu ni merujuk kepada satu bangsa yg tinggal di gugusan kepulauan Melayu, yg bertutur bahasa Melayu dan hidup mengikut tradisi Melayu. Jadi, tidak hairan kalau yg mengaku Melayu itu mukanya seperti Jawa, seperti Cina, seperti India dan sebagainya, sebab Melayu ialah bangsa. Nak menetap di Tanah Melayu mesti jadi org Melayu. Bukan duduk dah lama tapi cakap Melayu pelat2.

Ada pendapat mengatakan Hang Tuah itu keturunan Cina - (ada kaitan dengan sejarah kedatangan China ke Melaka), tetapi dia adalah pejuang Melayu kerana dia hidup sebagai bangsa Melayu di Tanah Melayu. Begitu hebatnya Melayu sebagai bangsa.

Zaman telah berubah, Melayu telah bertukar daripada satu bangsa kepada satu jenis kaum keturunan, dan sekarang di Tanah Melayu ini semua org tak perlu jadi "bangsa Melayu", jadi kaum berbagai2 pun tak mengapa. Maka jadilah isu racism, isu jurang ekonomi, dan seumpamanya yg timbul.

Kemudian Melayu juga mengalami perubahan mindset, daripada mindset "membina empayar" contohnya empayar Melayu yg menjadi pusat pendidikan, pusat perdagangan dan pusat pemerintahan di rantau ini, kepada mindset ala kadar, mindset "bole la", mindset cukup makan, mindset bila sebut sederhana dalam Islam maksudnya pakai compang camping sbb nak zuhud. Mindset cincai.

Tak tahulah racun apa yg penjajah Tanah Melayu dah bubuh dalam nasi org Melayu, sampaikan bangsa yg pernah satu masa cemerlang, gemilang, terbilang menjadi mundur, bodoh sombong, tak boleh ditegur, tak boleh dikritik, gila kuasa. Model Ekonomi Baru yg disusun kerajaan, yg memberi rezeki kepada sesiapa yg berusaha aka berdasarkan merit pun dianggap sebagai satu ancaman kepada org Melayu. Masih mengharapkan tongkat bantuan.

Nak lihat bangsa Melayu kembali maju dan mempunyai mentaliti berdaya saing di Tanah Melayu, mesti bermula dengan pendidikan dari peringkat awal, cuci mindset sebersih2nya. Jangan warisi kesilapan generasi sebelum2 termasuk yg ada hidup bernafas sekarang. Emosi yg tak bertempat. Ada akal tapi tak jadikan ia selari dengan prinsip AlQuran. Bila kalah dalam semua bidang, mulalah salahkan takdir, salahkan penjajah, salahkan kaum lain. Padahal kunci perubahan ada pada tangan bangsa itu sendiri.

Ubah mindset dulu. Mustahil Melayu akan berubah menjadi kaya, pandai, dihormati tanpa terlebih dahulu mengubah pola fikir yg ada sekarang.

No comments:

Related Posts with Thumbnails