Friday, April 9, 2010

Komen tentang: Pastikan Islam kekal agama Persekutuan

Rumusan artikel dari Utusan Malaysia

Kerajaan disaran supaya pastikan jawatankuasa khas berhubung isu antara agama yang diumumkan penubuhannya mengambil kira Islam sebagai agama Persekutuan, dan tidak boleh sesekali menyamakan hak semua agama kerana Islam punya kedudukan istimewa di sisi Perlembagaan.

Kemudian, Penasihat Persatuan Peguam Syarie Malaysia berkata, jawatankuasa khas itu mestilah bersifat bebas tanpa perlu wujud campur tangan pihak tertentu khususnya daripada parti politik.

Katanya lagi, jawatankuasa itu perlu dipimpin oleh mereka yang benar-benar pakar agar kredibiliti dan peranannya sebagai badan yang mewujudkan persefahaman di antara agama-agama diyakini dan diiktiraf oleh rakyat.

Komen

Ya, memang cara hidup Islam (=total submission to Allah) berada di atas sebagai cara hidup yg universal utk seluruh manusia, tetapi bukanlah dengan cara umatnya minta dihormati tanpa menunjukkan contoh tauladan yg wajar dihormati di tempat tertinggi. Persoalan samada agama Islam dipandang tinggi atau tidak sebenarnya terletak kepada kefahaman umat tentang agama yg mereka anuti dan bagaimana mereka menghayati dalam hidup setiap hari.

Adakah pendidikan sekarang sudah menyediakan umat Islam yg faham agama yg sewajarnya, iaitu faham AlQuran? Perumpamaannya, sorang2 telan satu naskhah AlQuran, itulah agama yg dia faham, bukan agama buku2 ustad. Agama bukan milik ustad, agama milik Allah. Ustad cuma boleh elaborate supaya mudah faham agama Allah. Bukan create benda baru dalam agama sampai lari daripada objektif sebenar beragama.

Bila urusan agama jauh dari konteks AlQuran yg sebenar dan lebih banyak "menambah2" hasil tangan manusia, itu yg jadi problem masyarakat tak pernah selesai. Sebab dah "kurang fitrah".

Sampai bila umat yg mengaku Islam nak hidup dengan antibodi lemah, menggunakan perlembagaan karangan manusia utk berada di "kedudukan tinggi"? Bukanlah nak kata berdosa ada peruntukan perlembagaan itu, tapi sampai bila nak mengatasnamakan agama kemudian paksa org agama lain utk pandang tinggi, kalau sendiri tidak mampu menunjukkan contoh tauladan yg layak dan wajar utk dipandang tinggi?

Kemudian disaran jawatankuasa khas itu urusannya tidak dicampuri oleh pihak tertentu terutamanya parti politik. This is the problem with negara beragama demokrasi. Fahaman parti boleh mengatasi agama. Parti rekaan manusia boleh duduk atas agama yg datang dari Tuhan yg mencipta mereka.

Golongan agama mesti tukar fokus setiap ceramah daripada bercakap tentang hukum fekah kepada kefahaman akidah. Rasulullah nak tukar mindset masyarakat Arab 360 darjah pun bermula dengan kefahaman akidah tauhid dulu, bukan sibuk2 buat bulatan baca yasin, atau terpekik2 ke sana ke mari sbb agama lain pun nak guna perkataan Allah. Solat2 tapi tak faham kenapa kena solat, sudah pastilah tidak menyelesaikan masalah.

Agama ni kalau faham betul2 sebenarnya boleh selesaikan semua masalah manusia termasuk masalah negara. Tapi kalau agama ni digambarkan duduk bersila atas sejadah pegang biji tasbih aje, macamana nak solve problem apatah lagi dipandang tinggi? Apatah lagi utk menyatakan agama relevan dalam konteks mengurus sebuah negara?

Tamat.

By the way, saya tertarik dengan satu perenggan dalam artikel "Budaya perdebatan ilmiah" yg berbunyi:

Memetik kata-kata Raja Muda Perak, Raja Nazrin Shah sewaktu melancarkan buku Knowledge, Language, Thought and the Civilization of Islam: Essays in Honour of Syed Muhammad Naquib Al-Attas di Universiti Teknologi Malaysia (UTM) pada 23 Februari lalu, baginda bertitah: ''Kejatuhan sesebuah negara bermula dengan kemunduran negara disebabkan budaya dan persekitaran politik yang membunuh perkembangan intelek kerana sifat takut dan gentar pimpinan yang sedang berkuasa yang merasakan kedudukan mereka mungkin tercabar."

No comments:

Related Posts with Thumbnails