Saturday, July 10, 2010

Ulasan buku: Jurnal Hadhari Bil.3, 2010M / 1431H

Kandungan:
1. Islam Hadhari: Apa dan Kenapa
2. Kesepaduan Falsafah Sains AlQuran dalam Kurikulum Sekolah Rendah sebagai asas pembentukan masyarakat Hadhari di Malaysia
3. Faktor Pembangunan dan Kemunduran Pengajian Sains Islam Silam
4. Cabaran integrasi antara kaum di Malaysia: Perspektif sejarah, keluarga dan pendidikan
5. The cultural role of Islamic Science in Socio-Economic Development
6. Jawahir al-Bukhari of Tuan Haji Husayn: A significance Hadith test in Social Teaching for Malay readers
7. Ulasan Buku
Penerbit: JAKIM
Tebal: 123 muka surat

Ulasan ringkas: 1. Islam Hadhari: Apa dan Kenapa

"Islam Hadhari adalah usaha untuk mengembalikan umat Islam kepada asas - kepada fundamental. Asas dan fundamental menurut yg terkandung dalam alQuran dan Hadith yang merupakan teras pembinaan tamadun Islam." (muka surat 2)
Islam Hadhari adalah satu pendekatan pembangunan manusia yang menyeluruh kepada perspektif tamadun Islam. (muka surat 3)
Namun apabila Islam yang dinisbahkan kepada "hadharah" maka akan terwujudlah istilah Islam Hadhari, iaitu Islam yang menurut perspektif tamadun. (muka surat 3)

Komen: Islam yg "asli" ialah Islam yg termaktub dalam AlQuran (=apa yg Allah suruh) dan Sunnah (=bagaimana Rasul perbuat, daripada catatan hadith). Ini Islam yg sebenar dan asli. Islam yang berkembang menjadi tamadun. Apa yg dimaksudkan dengan istilah "Islam Hadhari" ialah "satu usaha untuk kembali kepada Islam yg asli, Islam seperti semasa tamadun Islam", atau dalam jurnal ini menggunakan term "kembali kepada asas dan fundamental". Jadi Islam Hadhari bukan penjenamaan semula Islam. Ia satu istilah atau usaha untuk membezakan "Islam yg berlegar di kalangan org Melayu sekarang" dengan "Islam seperti semasa era tamadun Islam dahulu".

Fenomena "Islam yg berlegar di kalangan org Melayu" aka "agama keturunan" ini disokong oleh statement seterusnya:-

Dalam sejarah sosiobudaya Melayu, biasanya golongan agama yang sudah berumur memang gemar duduk berkumpul di masjid dengan buah tasbih masing-masing dan bertahlil demi persiapan memelihara diri daripada siksaan kubur. Mereka hanya ada 3 kitab sahaja iaitu Fiqh, Usuluddin dan Tasawuf. Dari 3 jenis ini, tasawuflah yang paling digemari oleh umat Melayu kerana ilmu itu mengajar kepada kecintaan akan akhirat dan membenci kekayaan dan kemuliaan dunia. Cita-cita yang agung ialah memiliki bidadari di syurga meskipun hidup di atas dunia ini menjadi hamba kepada manusia. (muka surat 4 dan 5)

Inilah agama yg difahami org Melayu yg diturun temurunkan. Agama nenek moyang. Believe it or not. Secara peribadi saya kurang bersetuju dengan istilah "Islam Hadhari". Instead, sebut sajalah, "kembali kepada Islam yg sebenar, Islam dalam rupa asal". Tetapi dalam situasi org Melayu pun ramai yg kurang jelas tentang apa itu agama, menyerahkan bulat2 urusan agama kepada ustaz sehingga agama itu menjadi persoalan eksklusif yg tidak boleh disoal utk penjelasan, takut dituduh lemah iman, berdosa dsb. maka tinggallah agama itu cuma bentang sejadah dan bayar zakat rm7 setahun. Dan puasa tahan lapar ingat org susah. Dan tidur semasa khutbah Jumaat.

Dalam keadaan ramai yg kurang jelas tentang apa itu agama, kalau disebut, diajak "kembali kepada Islam yg sebenar, Islam dalam rupa asal" pun, saya percaya nanti ada Melayu yg beranggapan ia bermaksud Islam yg diwarisi dari nenek moyang yg difahami sekarang, "jadi kita tak perlulah usaha apa-apa, teruskan saja apa yg berlegar sekarang di mainstream". Agama arus perdana.

Walaupun secara zahirnya kelihatan org Melayu sudah bebas utk mengamalkan agama, tetapi realiti pemikiran mereka masih diliputi kefahaman peninggalan penjajah menyebabkan agama tak berkembang dan berada di takuk lama. Agama cuma berlegar di kalangan Melayu sahaja. Lagi 100 tahun pun agaknya yg menganut Islam org Melayu sahaja kalau trendnya seperti sekarang. Agama mengelirukan yg difahamkan British di sekolah2 walaupun diberi label / sticker "Islam". Senang cerita, agama buku teks.

Kebanyakan masalah yang dihadapi oleh umat Islam hari ini terutama berkaitan dengan kemajuan dalam kehidupan mereka, berpunca daripada kekeliruan yang berlaku daripada pengaruh fahaman sekularisme dan proses sekularisasi yang dilakukan oleh penjajah Barat ke atas sebahagian besar umat Islam yang dijajah. (muka surat 9)

Islam tidak pernah menjadikan buku teks sebagai rujukan utama utk faham tentang agama. Islam sentiasa dan pasti sentiasa menjadikan kitab AlQuran sebagai rujukan utama. Memahami agama dengan membuka kitab AlQuran tidak sama dengan menghafal ayat-ayat berunsur agama dari buku teks utk lulus periksa. Sangatlah tidak sama. Dan ini menjelaskan kenapa pelajar2 sekolah ramai yang problem walaupun mengambil kelas matapelajaran agama. Nak faham agama tapi baca buku teks saja. Agama buku teks. Buku teks bukannya rujukan utama. Buku teks duduk dalam nombor 5 ke 6 ke 7 sebagai rujukan, bukan nombor 1.

Lagi mengenai AlQuran sebagai rujukan utama agama:-

Kitab suci AlQuran yang menjadi sumber asasi sistem kehidupan peradaban Islam dan tetap kekal menjadi rujukan utama untuk menjana kekuatan, kemakmuran dan kemuliaan hidup umat Islam dan dunia secara global.........."Buta pemikiran terhadap AlQuran yang kita alami hari ini, menyebabkan kita kehilangan ilmu pengetahuan dari AlQuran" (Dzulkifli Razak 2001). Pendekatan terhadap AlQuran hari ini, lebih bersifat dimensi tunggal, iaitu membaca untuk keberkatan dan kurang penekanan kepada budaya membaca, memahami dan menyelidiki AlQuran yang melayakkan kita mendapat kerahmatan atau petunjuk untuk membina kehidupan. (muka surat 10)

Berdasarkan perenggan di atas, perlukah dihurai lagi apa yg kebanyakan org Melayu sudah lakukan kepada AlQuran? Mengaku bahawa AlQuran itu kata-kata dari Tuhan mereka, sewajarnya sebagai hamba mesti respon, tetapi dibaca cuma utk mendapat pahala satu huruf, baca untuk "tenang hati", terbaru baca utk "halau hantu!", kumpul2 pahala baca huruf utk masuk syurga, tapi tidak dibaca utk difahami apatah lagi dijadikan prinsip dalam membuat keputusan, prinsip dalam mengambil tindakan.

Sekurang-kurangnya saya sendiri tak pernah lihat budaya meletakkan AlQuran sebagai rujukan utama semasa memulakan keluarga, semasa membuka bisnes, menyelesaikan masalah di kampus, dsb. Cakap saja mendakwa AlQuran pedoman hidup. Realiti: kitab AlQuran di rumah pun berhabuk. Kesudahannya: "Ustaz sahajalah baca potongan ayat AlQuran di program TV, kami baca sendiri nanti bahaya jadi keliru."

Firman Allah: "Dan sesungguhnya Kami telah memudahkan AlQuran untuk pelajaran (ilmu), maka adakah orang yang mahu mengambil pelajaran? (mengambil ilmu daripada AlQuran) - AlQamar ayat 17.

Maka..disebabkan sikap seperti itu, bertukarlah agama Islam, yang benar, menjadi sekadar agama "collect point".

No comments:

Related Posts with Thumbnails