Sunday, July 18, 2010

Asal-usul Melayu

500 tahun dahulu, gugusan kepulauan Melayu diduduki oleh bangsa Melayu dan diperintah oleh kerajaan Melayu. "Melayu" merujuk kepada "tempat / negara, bangsa dan bahasa". Sesiapa saja yg masuk atau menetap di gugusan kepulauan Melayu mesti patuh kepada peraturan Melayu (Melayu=agama, negara, bangsa). Dan sesiapa saja yang berurusan atau datang berdagang mestilah menggunakan bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi. Seperti kita sedia maklum, kerajaan Melayu Melaka ialah sebuah kerajaan Islam. Maka Melayu ialah 100% Islam.. 500 tahun dahulu.

Bangsa Melayu, yg berbahasa Melayu, dan bernaung di bawah kerajaan Melayu Melaka = Kerajaan Islam Melaka mesti patuh kepada "hukum Islam", yg kita belajar dalam buku sejarah dikenali sebagai "Kanun Melaka". Oleh itu, Melayu dan Islam tidak dapat dipisahkan. Melayu ialah bangsa dan tanah Islam. Bangsa Melayu mesti patuh kepada hukum Islam, maka apabila Hang Tuah menyatakan, "Takkan Melayu hilang di dunia", dia merujuk kepada definisi asal ini, iaitu "Bangsa Melayu yg menetap di gugusan Kepulauan Melayu mestilah mendukung hukum Islam selama-lamanya".

Apabila kuasa penjajah yg datang ke gugusan Kepulauan Melayu, mereka bukan saja-saja datang makan angin, atau melancong di tepi pantai, tetapi benar-benar ingin menghapuskan perluasan syiar Islam dan bukti-bukti dan fakta yg memberi hint kepada kekuatan Islam sebenar. Dan mereka berjaya. Banyak artifak sejarah yg membawa kepada petunjuk definisi Melayu yg sebenar (Melayu sebagai bangsa) telah dimusnahkan, atau dibawa lari dan disembunyikan.

Kemudian Tanah Melayu mengalami proses penjajahan selama 500 tahun. Saya pun tak pasti racun clorox brainwash apa yg dipakai penjajah sehingga satu bangsa (read: bangsa, bukan kaum keturunan), satu bangsa bernama Melayu yg begitu cemerlang, gemilang dan terbilang dengan penguasaan ilmu politik, ekonomi dan sosial disanjung ramai termasuk pengembara2 terkenal sehingga membentuk empayar Islam yg luas, kemudian menjadi bangsa yg lemau, papa dan emosional.

Ini bukan satu kebetulan, tetapi perancangan sistematik oleh penjajah utk melupakan bangsa Melayu tentang kekuatan asal mereka - iaitu penghayatan Islam yg total, kepada "agama ritual" semata, "agama silibus sekolah", "agama lebai janggut yg jumud dan sempit pemikiran" atau "agama sufi malas" yg terperap di surau. Dan agenda melemahkan Islam bukan saja berlaku di gugusan kepulauan Melayu tetapi juga di tanah2 Islam di seluruh dunia. Proses brainwash otak org Melayu yg berlarutan selama 500 tahun!

Di akhir-akhir period penjajahan ke atas Tanah Melayu, semenanjung Tanah Melayu diberi kepada British, pulau-pulau Melayu yg lain: Sumatera, Jawa, Kalimantan, Sulawesi, Maluku, Irian Jaya dsb. diberi kepada Belanda. Kepulauan Sulu, Mindanao, Luzon pula dijajah oleh Sepanyol. Gugusan kepulauan Melayu yg satu masa dahulu, satu bangsa, satu bahasa, satu agama bertukar kepada pecahan2 yg tidak kenal asal usul satu rumpun. Buktinya sekarang menjadi Indonesia, Malaysia, Brunei dan Filipina, padahal kita sama Melayu dan bersaudara.

Ketiga-tiga kuasa penjajah membasuh otak orang2 Melayu di kesemua kepulauan tersebut dengan cara berbeza:-

1) British: membunuh pejuang2 Islam yg cuba bangkit, hanya membenarkan fahaman agama yg bersifat "adat istiadat" sahaja dan tidak berkaitan dengan semangat jihad = struggle utk menegakkan agama dengan fahaman AlQuran (agama ini dinamakan agama silibus yg masih ada di sekolah2, agama yg tidak mampu mendidik, agama skor periksa dan hanya pada nama).

2) Belanda: menggunakan taktik licik, menggunakan khidmat Christiaan Snouck Hurgronje utk menyebarkan fahaman sesat melalui pendidikan. Helah ini terbukti berkesan dalam melemahkan kerajaan Islam Acheh. Fahaman-fahaman palsu berlabel Islam disebarkan supaya org Islam sendiri kabur tentang agama mereka sendiri.

3) Sepanyol: memaksa umat Melayu Islam utk convert dari agama Islam kepada Kristian. Hasilnya sekarang 80-90% rakyat Filipina (nama diambil sempena King Philip II of Spain) beragama Kristian. Yang tinggal masih Islam ialah golongan Melayu Islam yg dipanggil "Moro" - nama diambil sempena panggilan kpd org Islam di Spain (satu cara utk mencuci sejarah sebenar daripada diketahui org Melayu dgn menukar nama).

Sebelum British meninggalkan Tanah Melayu, ia memastikan bahawa Melayu tidak lagi dikenali sebagai bangsa di kepulauan Melayu. Tetapi sekadar salah satu kaum daripada kaum2 yg tinggal bersama. Kini, perkataan Melayu merujuk sekadar sebagai kaum keturunan sahaja, bukan lagi sebagai bangsa.

Ditambah dengan kefahaman Islam yg jauh dari kefahaman sebenar yg menitikberatkan pembangunan menyeluruh dari segi fizikal, mental dan spiritual, kepada agama yg sekadar ritual dan literal sahaja. Hafal potongan ayat AlQuran dan hafal beberapa hadis sudah boleh bergelar ustaz walaupun "buta the whole picture of Islam". Orang awam cuma dibenar tertaklid sahaja, jangan melebih-lebih tunjuk pandai.

Ramai penulis-penulis Melayu yg melangkau zamannya, mengkritik tentang org Melayu yg bodoh asal-usul dan bodoh kefahaman agama sebenar tetapi telah disenaraihitam, dilabel sesat, wahabi, kaum muda dan sebagainya.

Kemudian tanah Melayu diberi satu perlembagaan ditulis oleh lawyer-lawyer British di India, yg tidak meletakkan AlQuran sebagai petunjuk dan rujukan utama. Islam yg dinyatakan dalam perlembagaan sebagai agama rasmi ialah "agama berlabel Islam yg telah ditinggalkan oleh British".

Kemudian diwujudkan sistem demokrasi, British meluluskan pendaftaran parti PAS supaya org Melayu boleh bergaduh sesama sendiri dengan satu lagi parti Melayu, UMNO. Sekarang, UMNO menghadapi masalah lupa perjuangan asal iaitu mengembalikan martabat Melayu sebagai bangsa yg bermaruah dengan ilmu. Agenda UMNO sekarang bertukar kepada "memenangkan kaum keturunan" di atas kaum-kaum yg lain.

"Melayu kaum keturunan" menghadapi masalah dalam pegangan ekonomi walaupun majoriti dari segi bilangan kerana sudah hilang kekuatan ilmu sepertimana zaman ketika "Melayu bangsa", setelah otak dicuci penjajah selama 500 tahun. Salah satu ciri Islam peninggalan penjajah (dicop halal oleh British) ialah baca AlQuran cuma untuk upacara khatam, baca utk pahala satu huruf, dan tak perlu difahami. Agama pun cuma berlegar pada adat istiadat.

Di Malaysia, ada satu pemandangan yg unik dari negara-negara lain, iaitu ada rakyatnya sendiri yg tidak fasih berbahasa kebangsaan, kerana bahasa kebangsaan = bangsa Melayu dilihat sebagai bahasa kaum, bukan dilihat sebagai bahasa bangsa. Walaupun mengaku bangsa Malaysia tetapi ada yang cakap bahasa Melayu pun pelat2 dan tunggang langgang. Ini adalah "dosa" pemimpin terdahulu apabila membenarkan sekolah-sekolah berdasarkan kaum yg kesannya terpaksa ditelan oleh generasi sekarang.

Jika org Melayu masih tidak kenal asal-usul dan selagi Melayu tidak kembali kepada definisi asal iaitu Melayu sebagai satu bangsa yg sentiasa berusaha utk memartabatkan Islam... Melayu akan hilang di bumi sendiri.

** Nota tambahan: Di bahagian utara semenanjung, dahulu ada kerajaan Islam Siam yg mempunyai pemerintah dan rakyat beragama Islam. Buktinya ialah golongan2 Melayu Islam yg masih wujud hingga sekarang, iaitu Melayu Champa, Melayu di Selatan Thai dsb. Kemudian kerajaan Islam Siam dijatuhkan oleh Kerajaan Sukothai, juga sejarah panjang yg sampailah hari ini kita lihat di bahagian utara menjadi Thailand, Kemboja, Myanmar iaitu negara2 beragama majoriti Buddha. Sebab itu kerajaan Thai tidak pernah dijajah oleh negara barat sampaikan boleh pula bekerjasama. Ini kerana matlamat negara2 barat untuk menjatuhkan kuasa Islam sudah tercapai, cuma bezanya hasil tangan orang lain (=proxy).

No comments:

Related Posts with Thumbnails