Wednesday, July 28, 2010

Komen tentang: Baiki bacaan menerusi tilawah

Link: Utusan Malaysia

Komen

Seperti kita sedia maklum, Malaysia adalah jaguh dalam pertandingan tilawah AlQuran. Champion of the world. Even qari qariah dari negara Arab yg membaca dalam bahasa ibunda pun tak boleh lawan kemampuan Malaysia dalam bab membaca AlQuran dengan taranum.

Malangnya apabila ayat AlQuran dibaca tidak kerana tujuan asal ia diwahyukan, maka jadilah ia lagu-lagu yg menghiburkan bagi setengah golongan. Seperti tulisan artikel dalam Utusan di atas, satu bentuk hiburan. Saya tak pasti adakah ia satu hiburan yg membuatkan kita tersenyum nampak gigi apabila sampai kepada ayat-ayat ancaman dari Allah kepada mereka yg tidak menjalankan perintah AlQuran, termasuk dalam pengurusan negara. Silakan, silalah senyum.

Pahala yg menjadi rebutan bukanlah semata-mata duduk di kerusi melayan melodi karangan manusia mengalunkan ayat-ayat suci. Tetapi pahala yg sebenar ialah menghidupkan isi kandungannya. Dalam AlQuran termaktub pelbagai cabang ilmu seperti sistem pentadbiran negara, sistem pendidikan, sistem ekonomi, sistem kewangan, sistem perundangan etc.. semua ini ada diajar dalam AlQuran. Inilah pahala yg perlu kita rebut, kita mesti tegakkan sistem Islam dalam pelbagai bidang. Inilah pahala sebenar yg perlu direbut. Bukan sekadar duduk bersila mentaranumkan AlQuran utk tenang hati.

Ketenangan hati manusia dengan zikrullah bukan semata-mata mengalunkan ayat-ayat suci dengan melodi manusia kemudian rasa diri paling beriman, kemudian tuduh kaum lain yg mata sepet, kulit gelap semua dah ditakdirkan masuk neraka. Ketenangan itu datang apabila kita dapat menterjemahkan seluruh prinsip2 AlQuran dalam semua disiplin, semua bidang, semua aspek kehidupan. Ketenangan datang bila kita telah melakukan yg terbaik utk memenuhi tuntutan Tuhan.

Perasmian besar-besaran tidak membuktikan yg negara telah melaksanakan syariat Islam yg haq, melainkan kalau negara dapat buktikan setiap akta setiap artikel dalam perlembagaan didahulukan dengan hujah ayat AlQuran kemudian penjelasan dengan kandungan artikel, barulah dikatakan bersyariat Islam. Umat akhir zaman telah dibiasakan claim diri mereka beriman hanya kerana kad pengenalan tertulis status Islam, pernah belajar agama silibus di sekolah (yg tak berkesan mendidik generasi muda sekarang) atau nama ada bin binti.

Padahal pada kacamata Islam, yg dikatakan benar-benar beriman ialah apabila yakin kepada setiap ayat dan janji2 Allah hingga sanggup melaksanakan walaupun ditentang pemikiran / agama arus perdana yg menyebabkan negara berada dalam kondisi jahiliyah. Dan hukum Islam bukan bermula dengan hukum hudud, tetapi bermula dengan pendidikan akidah. Ibadah umum luas dan byk cabang. Ibadah khusus kenalah ikut seperti yg Rasul tunjuk, jangan pandai2 menambah2 konon nak pahala extra dengan alasan, "takpe..inikan benda baik". Inilah akibatnya bila lebih banyak baca kitab kuning berbanding baca AlQuran. Padahal AlQuranlah panduan pertama dalam beragama. Kalau kitab tak betul, tetap tak betul walaupun serban penulisnya boleh tahan besar.

Org "kita" ada satu jenis mindset terlalu hormat dalam bentuk fizikal sampai lupa tentang isi kandungannya. Ibarat seorang askar yg tabik pada pegawainya sebagai tanda hormat, tetapi seboleh mungkin cuba berjalan atau berada jauh dari pegawai sebab takut buat salah, takut berdosa. Begitulah org "kita" bila berhadapan dgn AlQuran. Asalkan apa2 yg bunyi mcm arab saja, maka "hormat.. hormat.. sembah.. sembah.." tapi bila bab nak melaksanakan isi kandungan, kami larilah, takut. Takut yg macam2 takut. Biarlah ustaz sahaja cakap tentang agama, sampai tak terbuat apa yg sebenar-benar Tuhan suruh dalam AlQuran.  Jadilah Islam sekadar bentang sejadah pun boleh ramai-ramai masuk syurga.

Sebahagian daripada blame datang daripada setengah golongan ustaz yg doktrin org biasa, tidak dibenarkan baca AlQuran terjemahan sebab takut keliru, takut salah faham, mereka sahajalah yg tahu apa itu Islam, mereka sahajalah yg menentukan betul dan salah sampai org awam seolah seperti lembu ditarik ke sana ke mari tidak boleh berfikir. Belajar pandai2 jadi professional, tapi bila bab agama jadi tak boleh berfikir, dibodoh2kan oleh doktrin dan dogma yg mengatasnamakan agama.

Realiti: Siapa yang sanggup mengubah keadaan ni tidak akan disokong / disukai majoriti.

Alangkah malang umat yg mengaku Islam tetapi jauh dari rupa agama yg asal.

Mereka rasa agama yg mereka faham sekarang daripada ustaz dan buku teks, sama seperti agama asal yg dibawa Rasulullah.

No comments:

Related Posts with Thumbnails