Sunday, September 27, 2009

Minal aidin wal faizin

"Dan jika kamu menuruti kebanyakan orang-orang yang di muka bumi ini, niscaya mereka akan menyesatkanmu dari jalan Allah. Mereka tidak lain hanyalah mengikuti persangkaan belaka, dan mereka tidak lain hanyalah berdusta (terhadap Allah)." - Surah Al An'aam, ayat 116

1. Salam.

2. 1 syawal baru seminggu berlalu. Sekali sekala kita dgr masa hari raya, lagu nyanyian sharifah aini, salah satu liriknya berbunyi, "minal aidin wal faizin". Majoriti org melayu melafazkan ayat ni tanpa memahami maksudnya. Ataupun ada yg tak tahu langsung. Sebenarnya, it's not surprising sbb bila bab2 bunyi mcm arab ke bab2 agama ke kebanyakan akan longgokkan benda ni kpd golongan ''ustaz". Kita org biasa, takyah tau pun takpe, janji sembahyang cukup, pergi sembahyang jumaat, zakat rm7 setahun sekali, jgn tipu org, buat baik, jgn buat jahat cukup la.
3. Straight to the point - minal aidin wal faizin bermaksud, ''termasuk dlm org2 yg kembali dan org2 yg mendapat kemenangan". Sesuai dgn perayaan yg disambut oleh org islam, aidilfitri yg bermaksud "kembali kepada fitrah".

4. Bg kebanyakan org melayu, aidilfitri ialah hari utk bakar lemang, pasang pelita, makan ketupat rendang, kuih raya, balik ke kampung beramai2, sedih2 salam minta maaf, lawat kubur, drama2 raya yg sedih - temanya keluarga bergaduh, org sekampung bergaduh, couple bergaduh dan yg sewaktu dgnnya, pelakon2nya cuba utk nampak islamik dgn tutup aurat, pakai tudung dsb. sbb drama special utk tayangan raya - lagu2 raya termasuk yg evergreen diulang2, konsert hari raya, duit raya, program2 tv khas utk mengingati org miskin selama sebulan sahaja, takbir raya yg sepatutnya menggambarkan hari kemenangan tapi bunyinya mcm sedih etc... Walaupun secara tradisi amalan ni tak salah, tapi lama-kelamaan sampai kepada satu generasi yg mana perayaan ni dah jadi semakin takde kena mengena dgn matlamat dan maksud sebenar aidilfitri - "kembali kpd fitrah".

5. Ok, cukup la kot utk warm up. Nanti takde idea next time. Semoga dgn platform ni, ada manfaat yg boleh dikongsi bersama.

6. Sekian, wassalam.

No comments:

Related Posts with Thumbnails