Wednesday, June 30, 2010

Bola Sepak dan Piala Dunia

Sejarah tentang asal-usul bolasepak boleh dikatakan pelbagai. Asalkan di mana ada manusia, ada kaki, di situlah mungkin bermulanya bola sepak, ada pendapat yg mengatakan ia bermula di China, Jepun juga ada versi bolasepaknya tersendiri, tanah Melayu juga ada versi permainan bola tersendiri, menggunakan bola raga yg diperbuat daripada rotan yg dianyam.

Ada setengah pihak mengaitkan sejarah bola sepak dengan perang karbala di mana cucu Rasulullah dibunuh lalu dipancung kepala dan dijadikan sebagai bola sepak tendang. Tetapi tidak ada bukti utk menunjukkan bolasepak yg kita kenal sekarang bermula dari peristiwa itu. Seperti saya katakan tadi, asalkan ada org, ada kaki, maka di situ mungkin ada permainan di kalangan org muda menyepak atau menendang bola. Bagaimanapun, bolasepak moden yg kita kenali sekarang dikatakan bermula di England. Ada dua peraturan yg digunapakai pada masa itu menyebabkan ia terbahagi kepada dua cara bermain iaitu football dan rugby yg ada hingga sekarang.

Bolasepak bukan lagi sekadar permainan masyarakat, atau sekadar tradisi setempat semata-mata. Bolasepak adalah satu perniagaan yg sangat menguntungkan. Berapa ramai manusia yg mendapat rezeki hasil daripada industri bolasepak.  

Dari satu perspektif, bolasepak bukan lagi sejenis sukan semata-mata, tetapi satu agama atau cara hidup baru. Ramai manusia sekarang menganut agama bola. Pertama, FIFA berfungsi seolah sebagai satu sistem khalifah menetapkan hukum dalam permainan bolasepak, menghimpunkan seluruh pasukan bolasepak bernaung di bawah satu sistem. Memastikan semua aktiviti bolasepak di negara2 bawah naungannya berjalan berdasarkan proses dan prosedur yg telah ditetapkan sistem khalifah "FIFA".

Kedua, berita atau informasi tentang bolasepak muncul di mana2 saja di seluruh dunia tanpa kita perlu susah payah mencarinya. Buka radio saja cerita tentang bola, buka TV saja penuh iklan tentang bola, banyak syarikat seperti Celcom mengambil kesempatan membuat untung daripada bolasepak menawarkan pelbagai pakej menarik dan istimewa sempena dan utk peminat bolasepak.

Contohnya Astro menawarkan pakej siaran bolasepak dalam high definition, buka suratkhabar pun berita depan pasti terselit tentang keputusan bola sepak, iklan-iklan besar di merata tempat tentang bolasepak. Begitu juga jualan TV plasma, LCD meningkat semata-mata kerana hendak menonton bolasepak dalam high definition. Apabila pergi ke kedai makan, manusia datang berkumpul dengan memakai jersi dari rumah masing2 semata-mata utk menonton bolasepak di layar besar, beramai-ramai menyokong dan bersorak utk pasukan bolasepak kegemaran mereka.

Dalam erti kata lain, bolasepak ada di mana-mana saja tanpa perlu kita bersusah payah. Seolah tidak ada satu inci pun tanah di muka bumi yg terlepas dari ideologi bolasepak. Ada satu jenis manusia lebih prihatin tentang nama-nama pemain bola dan nama negara asal mereka, berbanding isu berbangkit tentang Islam yg sudah tidak difahami melainkan apa yg golongan ustaz / lebai ajar mereka di sekolah atau surau. Keluar saja dari sekolah dan surau, agama itu cuma tinggal sejadah dan kain pelikat. Agama cuma pada nama. Dan agama yg mereka nampak cuma perkelahian di antara ahli-ahli yg mengaku arif tentang agama. Isu agama sama seperti isu politik ditolak jauh2 oleh generasi muda, lebih baik menonton bolasepak.

Ketiga, berbilion manusia di seluruh dunia yg mendukung ideologi bolasepak dari pelbagai kaum, agama dan bangsa. Malah, kalau anda dilahirkan sebagai bangsa Malaysia sekalipun tidak menjadi kesalahan jika terang2 menyokong negara lain seperti Portugal, England, Holland,Greece dsb. Kadang-kadang, yg bersorak tempik demi negara lain, mungkin sudah lupa, susah payah anda setia dengan pasukan kegemaran anda itu tidak dihargai pun, malah mereka pun tidak tahu anda wujud, melainkan pihak2 tertentu mengambil untung, membuat duit daripada kejahilan peminat bola sepak yg lupa diri, lupa asal usul.

Kemudian wujud pelbagai aliran dan mazhab dari segi corak permainan bolasepak. Corak permainan Brazil dikatakan cantik seperti tarian, Belanda dengan konsep "total football", Germany sangat teknikal, Jepun mempunyai pemain yg mahir ketika freekick utk mendapatkan gol, ada juga pasukan yg skillnya tidaklah unik sangat tetapi bermain dengan "semangat". Dan ada pelbagai lagi corak permainan yg digunakan oleh pasukan2 bola dalam Piala Dunia, demi utk mencapai matlamat yg satu, iaitu mencapai kemenangan. Semua orang berhak utk menyokong mana2 pasukan bolasepak yg berbagai corak permainan. Persis seperti pengikut mazhab. Ikutlah mana2 yg dirasa paling menghampiri kebenaran asalkan tidak menjatuhkan pengikut mazhab lain. Semua "mazhab dan aliran" corak permainan dari tempat / negara mana pun akan diterima asalkan ia masih dalam lingkungan hukum yg ditetapkan oleh FIFA. Inilah dinamakan tauhid dalam ideologi bolasepak. Gunalah apa carapun asalkan mencapai matlamat bolasepak FIFA selagi tidak melampaui batas. Of course dalam ramai2 tu adalah sebilangan yg fanatik sampai bertindak keterlaluan guna kekerasan. Ada "pengikut mazhab" yg tak open minded, orang lain semua salah dan tak boleh menang kecuali pasukan dia.

Sekadar gurau (mungkin sindiran) sahaja, mungkin satu hari nanti permainan bola sepak sudah jauh dari matlamat berbolasepak yg sebenar, banyak tipu, trick dan bohong atas nama bolasepak oleh "ulama bola", maka akan ada gerakan2 di seluruh dunia mengajak supaya bola sepak dan pendukungnya kembali kepada bolasepak sebenar dengan merujuk kembali kepada hukum asal yg ditetapkan FIFA. Gerakan "pembaharuan" dalam bolasepak.

Kesimpulannya, bolasepak adalah satu sistem cara hidup, atau agama baru, yg kembang mekar di seluruh dunia bukan lagi sekadar satu aktiviti permainan utk menyihatkan badan. Banyak aktiviti fizikal lain seperti yoga, panjat bukit, berbasikal dsb tetapi tidak membawa impak dan kesan yg besar seperti bolasepak. Kerana bolasepak sekarang adalah satu agama. Satu berhala besar yg dirasakan tidaklah salah utk disembah selagi sejadah masih dibentang. Saya tak pasti besar mana berhala bolasepak ini, tetapi kalau mengikut sunnah Nabi Ibrahim as., baginda memecahkan semua berhala2 kecil dan membiarkan satu berhala besar memegang kapak, supaya kaumnya berfikir: is it worth it menyembah ideologi lain selain ideologi Allah.

Marilah bertanya kepada diri sendiri, adakah bersengkang mata pagi2 buta, terpekik terlolong menyokong pasukan negara lain, satu pengorbanan yg berbaloi dan boleh memasukkan manusia ke dalam syurga.

Senario yg berlaku sekarang selari dengan protokol Zionis seperti kata seorang tokoh Yahudi, Samuel Zwemer dalam Persidangan Misi Zionis di Jerusalem pada 1935, dalam ucapannya menegaskan, “Misi utama kita bukanlah menjadikan orang-orang Islam bertukar agama menjadi Kristian atau Yahudi, tetapi cukuplah dengan menjauhkan mereka dari Islam...Kita jadikan mereka sebagai generasi muda Islam yang jauh dari Islam, malas bekerja (untuk Islam), suka berfoya-foya, senang dengan segala kemaksiatan, memburu kenikmatan hidup dan orientasi hidupnya semata-mata untuk memuaskan hawa nafsunya...”.

Tuesday, June 22, 2010

Piala Dunia dan Protokol Zionis

Wahai kaum Muslimin! Di sebalik Piala Dunia yang berlangsung sekarang, dengan melihat apa yang berlaku, kita sesungguhnya tidak dapat menolak bahawa terdapat kelicikan Barat di balik semua ini. Selain usaha menguasai dunia, mereka menginginkan agar masyarakat dunia, khususnya umat Islam terus lena dengan pelbagai pesta, pesta bola, pesta arak, pesta zina, pesta judi dan bermacam-macam lagi pesta kemaksiatan yang muncul seiring dengan kejohanan bola sepak. Setidak-tidaknya, ini adalah salah satu protokol yang tertulis di dalam Protokol Zionis walaupun ada pihak yang mempertikaikan kesahihannya. 

Tokoh Yahudi, Samuel Zwemer dalam Persidangan Misi Zionis di Jerusalem pada 1935, dalam ucapannya menegaskan, “Misi utama kita bukanlah menjadikan orang-orang Islam bertukar agama menjadi Kristian atau Yahudi, tetapi cukuplah dengan menjauhkan mereka dari Islam...Kita jadikan mereka sebagai generasi muda Islam yang jauh dari Islam, malas bekerja (untuk Islam), suka berfoya-foya, senang dengan segala kemaksiatan, memburu kenikmatan hidup dan orientasi hidupnya semata-mata untuk memuaskan hawa nafsunya...”.

Beza berakal dan berotak

Manusia dicipta mempunyai akal dan nafsu. Berbeza dengan malaikat dicipta hanya mempunyai akal, dan haiwan hanya mempunyai nafsu. Oleh itu, kejadian manusia adalah lebih baik daripada malaikat apabila ia menggunakan akal, mampu membeza kemudian membuat keputusan berdasarkan akal, bukan nafsu, walaupun nafsu pun manusia ada.

Persoalan, jika malaikat itu dijadikan mempunyai akal, dan manusia juga dijadikan mempunyai akal, adakah akal malaikat dan akal manusia sama? Jawapannya: Sama. Malaikat menggunakan akal untuk memenuhi tuntutan Tuhan, manusia juga menggunakan akal untuk memenuhi tuntutan Tuhan, bukan utk sesuatu di luar dari skop apa yg Tuhan mahu. Hanya dan hanya apa yg Tuhan mahu, menggunakan akal yg dianugerahkan.

Cumanya role malaikat dan role manusia tak sama, role masing-masing. Manusia ada rolenya, malaikat pun ada rolenya. Tapi hakikatnya mereka dianugerahkan akal utk melaksanakan role yg diberikan Tuhan.

Kajian sains menunjukkan haiwan boleh berfikir walaupun kapasitinya tidak setanding manusia, tapi haiwan juga boleh berfikir. Pelbagai kajian dijalankan ke atas haiwan seperti chimpanzi, dolphin, anjing, burung dsb. hasilnya konsisten, haiwan juga boleh berfikir. Jika dilatih dengan betul, haiwan juga to some extend boleh menjadi pandai, boleh membuat keputusan, walaupun tidak setanding manusia. Ini fakta.

Persoalan, jika haiwan boleh berfikir, maka adakah ini bukti bahawa haiwan juga berakal sepertimana malaikat dan manusia yg dianugerahkan akal? Jawapannya: Tidak. Kajian sains cuma membuktikan bahawa haiwan mempunyai otak, dan pada kapasiti tertentu boleh berfikir, boleh membuat keputusan. Dalam perkataan lain yg lebih mudah, haiwan cuma berotak. Tapi tidak berakal. Haiwan menyayangi anak-anak mereka, dijaga, diberi makan, membuktikan haiwan juga berotak lalu mempunyai kapasiti perasaan.

Kalau begitu, apa bezanya berotak dan berakal? Haiwan berotak, tapi tidak berakal. Manusia berotak dan juga berakal, manakala malaikat berakal, tapi tidak mempunyai otak seperti haiwan dan manusia. Malaikat dijadikan daripada cahaya, sudah pasti tidak berotak zahir seperti haiwan dan manusia yg hidup di atas planet bumi. Disebabkan malaikat tidak mempunyai otak, maka mereka tidak mempunyai perasaan seperti manusia dan haiwan.

Jika ditakdirkan malaikatlah yg diberi role khalifah di atas muka bumi, sudah pasti bumi ini selesai sejahtera sebelum subuh menjelma, sesiapa2 yg menentang, yg byk bagi alasan akan dibantai, dibersihkan tanpa kompromi. No mercy. Tetapi disebabkan role khalifah itu diberi kepada manusia, maka progress utk menegakkan agama mengambil masa yg lama dan hingga bertahun-tahun, kerana perasaan belas kasihan dan kompromi, yg tidak ada pada malaikat.

Kesimpulannya, manusia adalah kejadian yg istimewa kerana mempunyai otak dan mempunyai akal. Mempunyai otak dan mempunyai akal adalah dua perkara berbeza. Jika manusia sentiasa memenuhi tuntutan Tuhan (berakal) dan tidak cenderung kepada kemahuan peribadi (nafsu), maka manusia boleh menjadi lebih baik dari malaikat. Kerana malaikat hanya mempunyai akal utk 100% memenuhi tuntutan Tuhan, tetapi tidak bernafsu, oleh itu malaikat tidak ada apa-apa kemahuan peribadi yg hendak dipenuhi.

Persoalan terakhir dan terpenting, adakah manusia sekarang sedar bahawa mereka mesti memenuhi tuntutan Tuhan (di dalam AlQuran) in order untuk diiktiraf sebagai makhluk yg berakal? Jawapannya: Tidak. Manusia sekarang perasan mereka berakal walaupun hakikatnya mereka cuma berotak. Otak yg berada dalam tengkorak digunakan utk memenuhi nafsu, bukan utk memenuhi akal (=memenuhi tuntutan Tuhan di dalam AlQuran). Haiwan juga mempunyai otak dan mereka menggunakannya utk memenuhi nafsu. Sama seperti manusia sekarang.

Oleh itu manusia sekarang lebih teruk dari haiwan. Kerana manusia sekarang sedang menghancurkan bumi. Bumi sekarang tunggu nak meletup, disebabkan manusia, bukan disebabkan haiwan. Manusia tidak menjalankan role khalifah di atas muka bumi. Tidak memenuhi tuntutan Tuhan.

Bila ditegur semakin degil. Lebih teruk dari haiwan.

Manusia sekarang berotak tapi tidak berakal.
Sebab? Sistem pendidikan hasil tangan manusia dan tidak berlandaskan wahyu.

Berotak = boleh berfikir.
Berakal = memenuhi tuntutan Tuhan.

Manusia - berotak, bernafsu, dan (sepatutnya) berakal
Malaikat - tidak mempunyai otak, tidak bernafsu, tetapi mempunyai akal
Haiwan - berotak, bernafsu tetapi tidak diberi akal (= task utk memenuhi tuntutan Allah)

Tuesday, June 15, 2010

Seorang Muslim Bertindak Menurut Prinsip Al-Quran Dan Bukan Prinsip Majoriti

(Diambil dari HarunYahya.com)

SEORANG MUSLIM BERTINDAK MENURUT PRINSIP AL-QURAN DAN BUKAN PRINSIP MAJORITI

Salah satu sifat terpuji seorang Muslim yang beriman kepada ALLAH ialah tidak bertindak menurut pendapat dan prinsip majoriti sebaliknya mengutamakan sesuatu perkara yang dicintai ALLAH dan juga mengikut suara hatinya walau dalam apa keadaan sekalipun. Bagi individu sedemikian, kata-kata juga reaksi manusia lain tidak penting baginya. Seorang Muslim hanya menitikberatkan apa yang ALLAH redha dan matlamat terakhirnya ialah untuk mempamerkan akhlak terbaik sepertimana yang telah digariskan di dalam Al-Quran.

Kesempurnaan akhlak yang seharusnya dipamerkan oleh individu Muslim ini banyak dilihat pada kalangan rasul yang diutus ALLAH. Para rasul tidak peduli walau sedikitpun akan sikap dan gaya hidup yang ditonjolkan oleh orang-orang yang tidak beriman dan hanya patuh pada perintah ALLAH. Lantas, mereka terdedah kepada penindasan dan seksaan oleh orang-orang musyrik, yang mensyirikkan ALLAH hanya kerana para rasul ini beriman kepada ALLAH. Mereka turut berhadapan dengan ancaman bunuh; dipenjarakan, difitnah, diseksa dan dibuang dari tanahair mereka sendiri.  Mereka menghabiskan hayat dengan penderitaan dan ada yang syahid di jalan ALLAH.

Para rasul yang bertanggungjawab menyampaikan wahyu yang diturunkan oleh ALLAH seringkali menerima pelbagai ancaman namun mereka tidak pernah mengundur diri apatah mengalah hanya kerana kesukaran yang terpaksa dialami.

ALLAH menunjukkan kesempurnaan moral dan akhlak Muslim sejati dan juga para rasul dalam firmanNYA:

“Dan berapa banyaknya nabi yang berperang bersama-sama mereka sejumlah besar dari pengikut(nya) yang bertaqwa. Mereka tidak menjadi lemah kerana bencana yang menimpa mereka di jalan ALLAH, dan tidak lesu dan tidak (pula) menyerah (kepada musuh). ALLAH menyukai orang-orang yang sabar.” (Ali-Imran: 146)

Salah satu matlamat utama bagi seorang Muslim yang sangat mencintai ALLAH, sepertimana yang telah ditunjukkan oleh para nabi dan rasul, ialah tidak takut akan segala cemuhan oleh mereka yang tidak beriman sebaliknya hanya takut kepada ALLAH sehingga membawa kepada keredhaan ALLAH.

Bagi masyarakat yang tidak hidup berlandaskan pandua Al-Quran, perubahan dalam masyarakat ke arah bertentangan dengan aturan ALLAH akan berlaku. Manusia bertindak mengikut kebijaksanaan dan perasaan masing-masing secara berkelompok. Keadaan ini mendominasi kehidupan mereka. Sistem kehidupan mereka yang sedia ada digantikan dengan sistem yang lebih diterima masyarakat walaupun berbaur ketidakikhlasan dan dibuat-buat yang mungkin mereka sendiri sukar menerimanya. Inilah hasilnya apabila tidak melaksanakan undang-undang ALLAH dalam kehidupan.

Oleh kerana segala amalan dan perbuatan suatu masyarakat itu mudah menarik perhatian, lantas individu yang tidak menjadikan Al-Quran sebagai panduan hidup dengan mudah menutup sebelah mata dan bertindak mengikut golongan itu tanpa mempertimbangkan apa yang bakal mereka hadapi di akhirat kelak. Maka, selanjutnya terhasillah individu yang tidak penyayang, tidak jujur, pentingkan diri dan keuntungan semata-mata juga hilang rasa belas ihsan terhadap manusia lain. Individu sombong ini penuh dengan dendam, tamak haloba dan gemar menabur fitnah juga mencetus pergaduhan.  Walaupun mereka yang memilih jalan hidup sebegini mengalami kesengsaraan akibat daripada perbuatan mereka sendiri, mereka kekal dalam keadaan ini sepanjang hidup mereka oleh kerana manusia lain turut memilih cara hidup seperti mereka dan mungkin juga kerana menganggap telah ditindas, dikalahkan dan tiada tempat perlindungan. ALLAH menukilkan ini dalam firmanNYA:

“Dan jika kamu menuruti kebanyakan orang-orang yang di muka bumi ini, nescaya mereka akan menyesatkanmu dari jalan ALLAH. Mereka tidak lain hanyalah mengikuti persangkaan belaka dan mereka tidak lain hanyalah berdusta (terhadap ALLAH).” (al-An’am: 116)

Kenyataan inilah yang membedakan dengan orang-orang yang beriman. Seorang Muslim tidak akan mengambil bulat-bulat pendapat majoriti dengan harapan dapat membezakan yang mana baik dan yang mana buruk. Sebaliknya, Al-Quran dan Sunnah dijadikan panduan dalam setiap perkara. Jika ALLAH mentakdirkan suatu keadaan, yang mana pada dasarnya keadaan itu dilihat sebagai mengelirukan juga melanggar syariat, masyarakat seluruhnya pula mengamalkannya, hanya individu yang patuh dan beriman sahaja yang tidak akan mengikut perbuatan kelompok masyarakat ini. Cuma Muslim yang benar-benar taat sahaja memilih untuk patuh pada petunjuk Al-Quran dan Sunnah dan tidak akan melanggarnya. Individu ini beramal dengan petunjuk Al-Quran dan Sunnah pada setiap keadaan dan waktu. Walaupun ada individu lain yang cuba mempengaruhinya ke arah yang bertentangan, namun mereka yakin bahawa ALLAH sentiasa melindungi mereka selagimana mereka benar-benar melakukan sesuatu yang disukai ALLAH dan selari dengan petunjuk Al-Quran dan Sunnah. ALLAH berfirman: “Janganlah kamu bersikap lemah dan janganlah pula kamu bersedih hati, padahal kamulah orang-orang yang paling tinggi (darjatnya), jika kamu orang-orang yang beriman.” (Ali-Imran: 139).

Jika seseorang Muslim itu tidak mengikut kepada prinsip-prinsip majoriti, tidak bermakna dia mengelakkan diri dan berpaling dari masyarakat juga melihat semuanya salah dan menyeleweng. Seorang Muslim akan sentiasa bijak menilai keadaan di sekelilingnya dengan panduan Al-Quran. Sebagai contoh, seorang individu yang mudah marah dan dalam masa yang (sama) mudah berkorban. Hanya kerana dia mudah marah, tidak bermakna kita terus menolak kualiti pada dirinya yang mudah mengorbankan diri untuk kepentingan orang lain, apatah memandangnya sebagai individu yang berperibadi buruk seluruhnya. Seorang Muslim yang benar akan sentiasa menghargai setiap aspek yang berkualiti pada seseorang itu dan dalam masa yang sama membantu individu itu berubah kepada yang lebih baik dengan penuh hikmah dan lemah-lembut.

Seorang Muslim juga sentiasa rasional dan penuh semangat. Walaupun berada dalam suasana yang sukar dan terdedah kepada pelbagai kesusahan, dia sentiasa mencari hikmah dan keindahan dalam aturan ALLAH kerana dia yakin ALLAH akan memberi keindahan pada setiap perkara. Dia sentiasa sedar dan insaf bahawa hanya ALLAH yang mengatur segala agar dia mengambil iktibar dan takut padaNYA. Setiap keindahan yang diciptakanNYA juga adalah perlu untuk dia belajar dan mengambil pengajaran. Oleh yang demikian, seorang Muslim tidak seharusnya mengenepikan prinsip masyarakat secara sepenuhnya. Sebaliknya, Al-Quran dan Sunnah dijadikan panduan dalam setiap perkara dan belajar untuk menghargai segala keindahan pada aturanNYA.

Apr 21, 2010

Sunday, June 13, 2010

PEWARIS LABU-LABI!

Diambil dari: http://zul4kulim.blogspot.com/2010/06/pewaris-labu-labi.html

===================

Salam 2 all.

Saya tertarik dengan pandangan yang dikemukakan oleh Pengarah UiTM Kelantan, Prof Datuk Hussin Abdul Rahman mengenai kedudukan dan peranan ulama' masakini (saya lampirkan pandangan beliau dibawah).

Saya akui Islam dan politik tidak boleh dipisahkan. Malah saya cukup yakin politik adalah sebahagian daripada Islam. Itu mutlak, dan sesiapa mengingkarinya mungkin boleh merosakkan aqidahnya.

Tetapi apa yang kita persoalkan ialah ulama' yang melibatkan diri dengan politik kepartian. Kepartian bermakna partisan. Partisan bermakna kompromi, konsesi.

Dan inilah yang berlaku kepada ramai ilmuan dan ulama' Islam yang melibatkan diri dalam politik kepartian. Didalam politik kepartian, kompromi dan konsesi pasti dan tidak dapat dielakkan. Kepentingan kepartian pasti akan didahulukan. Dan politik kepartian bermatlamatkan kuasa, kedudukan, pengaruh dan habuan. Apatah lagi politik demokrasi secara pilihanraya yang kita amalkan. Pengundi menjadi penentu, kerusi menjadi idaman. Kawan menjadi lawan, musuh menjadi teman. Halal haram bertukar ganti, dosa pahala bertukar rupa. Kursi dan kerusi tiada beza. Siasayah mengatasi aqidah. Ringkasnya, demokrasi berpilihanraya menjadi agama baru.

Sebab itu saya berpendapat usaha memartabatkan semula golongan ilmuan dan ulama' perlu dilaksanakan segera dan dengan serius. Saya teringat sebuah buku yang pernah ditulis oleh seorang pemikir (tidak silap saya Sheikh Mumhammad Abduh) bertajuk "Diantara Kelesuan Ulama' & Kejahilan Umat" yang mengupas isu yang hampir sama. Mungkin kita boleh mengambil contoh peranan yang dimainkan oleh para ulama' dan 'ilmuan di Iran dan 'Arab Saudi. Bagaimana Almarhum Ayatollah Khomeini membina generasi ulama' yang non-partisan tetapi sangat berpengaruh dan dihormati. Sebagaimana peranan yang dimainkan oleh para 'ulama' Haramain saperti Sheikh Abdul Rahman Assyudais dan lain-lain.

Malahan menjadi impian dan harapan umat Islam seluruh dunia termasuk di Malaysia supaya para 'ulama dan 'ilmuan Islam kembali memainkan peranan yang diamanahkan kepada mereka. Al ulamak warasatul anbiya-ulama' adalah waris Nabi. Cuma malang ramai yang lebih berminat menjadi Labu-Labi!

Yang baik semuanya datang daripada ALLAH, yang tidak adalah daripada kelemahan saya sendiri. Semoga ALLAH memberikan keampunan dan hidayahNya.

Wassalam.

Zulkifli Bin Noordin Jumaat 28 Jamadil Akhir 1431 11 Jun 2010

@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@

Ulama Siasah?

Kecenderungan ulama masa kini terlibat dalam politik sehingga timbul kesangsian terhadap mereka adalah antara faktor golongan ini tidak lagi dipandang tinggi oleh masyarakat, kata Pengarah Universiti Teknologi Mara (UiTM) Kelantan, Datuk Prof Hussin Abdul Rahman.Sambil menyifatkan ulama masa kini semakin kebuntuan untuk mengutamakan antara ideologi politik dan kebenaran, beliau berkata ulama kini seharusnya melihat kepada legasi ulama terdahulu yang merupakan pemimpin yang dihormati dan diingati kerana mampu menegakkan kebenaran meskipun terpaksa mengetepikan kehendak dan naluri sendiri."Istilah ulama sebenarnya merupakan golongan pemimpin yang memahami tuntutan kebenaran, mereka merupakan golongan yang menyelesaikan, pemikir yang berfikir dengan berpaksikan kebenaran untuk dijadikan satu teladan." Namun, disebabkan delima politik, terdapat perilaku ulama yang menimbulkan kesangsian dan kebuntuan sehingga harapan masyarakat kepada ulama kini tidak lagi dipenuhi. Sebagai contoh mereka sepatutnya menyumbang kepada perpaduan tetapi mereka jadi benih perpecahan, katanya kepada pemberita selepas perasmian Seminar Keintelektualan Islam Legasi Ulama Kelantan Di Nusantara di Kota Bharu hari ini.Hussin berkata bagi menimbulkan kesedaran terhadap kedangkalan ulama antara mempertahankan kebenaran dan politik, UiTM menganjurkan Seminar Keintelektualan Islam Legasi Ulama Kelantan Di Nusantara itu bagi mengangkat kembali martabat ulama di negara ini dengan cara mencontohi dan mengingati perjuangan ulama terdahulu.

==================

Thursday, June 10, 2010

Pertembungan antara pemikiran progresif dan konservatif

=======================

“Yes, there is a battle for Islam between the conservatives and progressives in Malaysia,” Asri said. “We will enter the dark ages if we allow the conservatives to win.”
Asri has been charged under religious “Shariah” law for giving a lecture on Islam last November without authorisation.
But the cleric says his real offence has been to enrage the country’s religious establishment, which has become increasingly strident in recent times, imposing caning sentences that have rarely if ever been enforced before.
Sharia courts — which operate alongside the civil courts in a dual-track system — recently ordered three young Muslim women to be caned for having extramarital sex.
Another mother-of-two also faced a thrashing after being caught drinking beer but after her case hit the headlines she was ordered to do a spell of community service instead.
“Now they just say punish, punish and punish. Religion is not about punishment. Right now we have to educate the people. It is not the right time to impose punishment,” Asri said.
The right thing to do now is to educate. You must make it easy for people to get married by giving them financial aid so they will not indulge in extramarital sex.”
Straddling the fault line in the debate are Malaysia’s minority races who are concerned over rising “Islamisation” and fear that tolerance towards Christians, Hindus and others is diminishing.
A series of disputes has erupted between majority Muslim Malays and minority ethnic Chinese and Indians in recent years, straining relations half a century after the founding of the secular nation.

======================

Komen: Kebangkitan Islam akan datang bila manusia mula faham apa itu agama yg datang dari Tuhan yg menciptakan mereka, dengan pendidikan yg sewajarnya bukan semata-mata mewujudkan "fear" sehingga manusia lari dari memahami agama. Lalu jadilah mereka bodoh agama, walaupun secara luarannya bernama "bin" atau "binti", bersekolah agama atau berkad pengenalan status Islam.

Ya, takut menjadi kafir, takut masuk neraka itu ada, tapi ibaratnya takut salah bila menjawab soalan matematik, maka kita akan gunakan formula yg betul ketika menjawab, bukan takut sehingga tidak mahu menjawab langsung soalan matematik, kerana matlamat kita semua utk jawab soalan matematik dengan betul yg dikehendaki "pemeriksa". Maka tekunlah kita menjawab soalan matematik dengan kaedah dan jalan kerja yg betul. Bukan cabut lari! Ataupun beri kertas soalan kepada ustaz utk mereka jawabkan bagi pihak kita! Begitu juga Islam, bukanlah menakut2kan manusia dengan hukum hingga mereka jadi cabut lari dari memahami agama mereka. Agama bukan semata2 punishment.

Sunnah Rasul: Nabi Muhammad menghabiskan masa selama 13 tahun di Mekah utk educate masyarakat pada masa tu, kemudian membawa sebilangan org2 yg yakin utk perbuat sistem bersama2 ke Yathrib utk sama2 dirikan sistem cara hidup Islam. Semuanya bermula dengan pendidikan. Cumanya, obviously pendidikan itu bukanlah "pendidikan Islam" seperti yg ada di sekolah2 Malaysia sekarang, mahupun sekolah agama yg membuatkan org semakin tak faham, semakin konfius apa itu agama melainkan amalan2 ritual, penjelasan magic2 dan agama "collect point" sahaja. Believe it or not, inilah fahaman agama yg bertebaran sekarang di muka bumi Malaysia.

Pendidikan yg sewajarnya ialah yg mendidik manusia "menjadi manusia seperti yg Allah mahu". Matlamat hidup ialah "memenuhi tuntutan Allah" dalam semua bidang, dengan memahami prinsip2 yg termaktub dalam AlQuran. Semua manusia berhak membaca AlQuran dalam bahasa yg mereka fahami. Mereka berhak utk tahu apa agama mereka, kerana bila mati nanti ustaz2 tidak akan menjamin mereka ke syurga. Dan bukan meletakkan urusan agama pada sekelompok manusia sahaja seperti yg berlaku sekarang. Agama bukan milik eksklusif. Ustaz cuma boleh "menjelaskan" tetapi tidak boleh "menjamin" sesiapa.

Friday, June 4, 2010

Kejahatan Zionis

Tanah Palestin antara kawasan yg pada asalnya milik Kerajaan Turki Uthmaniyah telah dirampas kerana kalah perang dunia, lalu dibahagi2 di antara negara2 penjajah. Negara2 penjajah kemudian melakukan pelbagai tipu daya dan tekanan sehingga penduduk di kawasan tanah jajahan merasa desperate kepada kemerdekaan. Lalu wujud gerakan kemerdekaan yg bukan berteraskan Islam tetapi perkauman, contohnya gerakan Arab menuntut kemerdekaan dari Turki Uthmaniyah hasil propaganda kuasa penjajah (British).

Tanah Palestin yg pada asalnya milik penduduk tempatan bertukar status menjadi negara Israel semata-mata kerana Israel mendakwa mereka yg declare dahulu penubuhan negara Israel di tanah itu setelah kuasa penjajah berundur, walaupun Palestin sudah pun ada penduduk asal yg menetap di situ. Mengapa pula org luar declare kemudian tanah itu menjadi milik org luar, padahal penduduk asal sudah ada. Ini sesungguhnya tipu daya terancang merampas tanah milik org lain. Ibarat, saya sudah berpuluh tahun duduk di rumah ni, tiba2 datang satu mangkuk declare rumah ni dia punya, tiba2 rumah yg saya duduk berpindah hakmilik kemudian dihalau.

Kezaliman berterusan selama berpuluh tahun, PBB seakan pejam mata, seperti anjing menyalak dari jauh tapi tidak mampu berbuat apa, ditambah dengan kuasa veto melindungi kebiadaban Israel, apabila sedikit demi sedikit tanah Palestin dirampas oleh Israel dengan pembunuhan dan penyembelihan penduduk asal Palestin sehinggalah sekarang cuma tinggal semenanjung Gaza. Penduduk Palestin bagaikan hidup dalam penjara di tanah sendiri. Sebarang bantuan disekat, tembok tinggi dibina, rakyat yg melintas sempadan ditembak. Negara-negara Arab di sekeliling seolah-olah tiada sepakatan utk menghalang kezaliman Israel. Sekadar kutuk-kutuk dalam mesyuarat. Negara-negara Islam walaupun bermacam2 mesyuarat diadakan, tidak mampu menghalang dengan tangan, melainkan cuma kutuk2 dengan mulut yg tak mengubah keadaan.

Terbaru, askar Israel telah menyerang kapal2 bantuan kemanusiaan yg menuju ke Palestin. Sekurang2nya 19 org terbunuh dan puluhan lagi cedera. Rakyat Malaysia seramai 12 org selamat pulang setelah melalui hari2 yg sukar menjadi tahanan Israel. Sedikit sebanyak perit penderitaan "first hand" penduduk Palestin dirasakan mereka. Dalam Malaysia sibuk menyiarkan berita2 tentang serangan terhadap kapal dan rakyat yg terselamat, kita jangan lupa bahawa penderitaan penduduk Palestin tidak pernah berakhir, dan ia berlaku setiap hari. Bukan satu dua hari seperti serangan ke atas kapal bantuan kemanusiaan. Penduduk Palestin menderita setiap hari.

Semoga berita2 tentang serangan sehari dua tidak melupakan kita kepada hakikat penduduk Palestin lebih menderita kerana mereka tidak ada jalan keluar selain mempertahankan diri yg serba kekurangan. Harapan semoga dengan peristiwa yg telah berlaku ini, membuka mata negara2 Islam utk bersatu dalam menangani isu Palestin dengan kaedah yg sewajar, bukan sekadar beri ubat dan makanan. Ya, mmg lebih baik beri ubat dan makanan dari tidak berbuat apa2. Tapi kita sebenarnya boleh membantu lebih baik dari itu. Bergabung kuasa ketenteraan, kenapa tidak. Kita, umat Islam harus sebulat hati dalam menolong saudara kita di Palestin.

Allah takkan ubah nasib umat Islam kalau umat Islam sendiri tak berusaha ke arah perubahan. Perubahan bukan sekadar tadah tangan, solat hajat, tapi bila habis tak buat apa2 selain masukkan duit dalam tabung. Kemudian buat hal sendiri, sibuk kerja, sibuk melancong, dalam masa sama saudara di Palestin dibunuh, disembelih. Sebagai individu, pertama-tama mesti ubah diri supaya lebih concern tentang Islam dan masalah umat, kemudian ubah org2 di sekeliling, sampai ia menjadi satu bentuk kekuatan.

Diri, komuniti, kawasan, negara, kemudian satu dunia Islam bersatu melawan kezaliman Israel. Kita perlukan tindakan yg "actual", bukan sekadar tadah tangan ke langit dan mendakwa, "kami sedang berdoa utk kebahagiaan Palestin" tapi tidak berbuat apa selain memberi makanan dan pembalut luka. Org kena tembak kena bunuh, kita datang bagi makanan dan ubat saja. Kemudian mengadu pula pada US, "Obama, tolonglah desak Israel utk kami umat Islam." Come on!
Related Posts with Thumbnails