Monday, August 30, 2010

Nuzul Quran - AlQuran diturunkan untuk apa?

Dengan kemampuan berfikir dan deria yang ada pada manusia, rata-rata semua setuju bahawa seluruh alam semesta yang meliputi bintang, galaksi, planet, ... termasuk bumi dan manusia serta hidupan lain adalah terikat kepada satu undang-undang / law yang mentadbir seluruh alam. Even orang yang paling atheist pun tidak dapat menafikan adanya hukum yang mengatur segala-galanya, mereka menganut kepercayaan sains yang sangat membutuhkan pembuktian dengan mata. Mereka boleh jadi mempertikaikan agama kerana tidak berpuas hati dengan penerangan paderi / golongan agama, tetapi tidak mempertikaikan adanya hukum.

Even manusia yang dikatakan genius seperti Albert Einstein pun tidak menafikan adanya hukum yang mengatur perjalanan alam semesta. Cuma tidaklah sampai mempertikaikan perlunya beragama, sebaliknya dia pernah berkata, tingkat paling tinggi dalam kefahaman beragama bukanlah dengan cara gunakan faktor gerun (fear), tetapi memahami agama dengan hujah yang jelas (reasoning). Agama menerangkan sains, dan sains menerangkan agama.

Dalam AlQuran ada menyatakan Allah satu-satunya pemilik sistem hukum yang mentadbir alam, tidak ada dua, tidak ada anak. Sebab jika itu berlaku sudah tentu hukum pentadbiran alam akan berlawan / bercanggah antara satu sama lain. Bumi pakai sistem hukum lain, matahari pakai sistem hukum lain, galaksi pakai sistem hukum lain dan sebagainya. Manusia menerima kewujudan hukum dan melaksanakan prinsip-prinsip hukum itu untuk mengurus aktiviti / hubungan semasa manusia dalam bentuk agama = way of life.

AlQuran ada menyatakan bahawa pada setiap kaum itu diutuskan Rasul untuk menyampaikan risalah. Ada catatan yang menulis 313 rasul dan 124,000 nabi pernah wujud sejak zaman Nabi Adam hingga Nabi Muhammad SAW. Mesejnya tetap sama, namun dalam bahasa kaum masing-masing dan berdasarkan adaptasi tertentu kerana budaya dan persekitaran, iaitu menyembah kepada Tuhan Pemilik hukum yang satu. Mesej agama yang melepaskan manusia daripada perhambaan kepada sesama manusia kepada menghambakan diri hanya kepada Tuhan yang satu, yang menciptakan segala-galanya.

Saya pernah berbual dengan rakan non-muslim tentang hal agama, sempena puasa yang dilaksanakan umat Islam seluruh dunia. Dalam agama-agama lain juga ada version mereka tentang cara berpuasa. Semua agama pada umumnya mengajak manusia kepada perkara yang sama - berbuat baiklah kepada orang lain, dan kebaikan itu akan datang balik kepada pembuat baik itu. Tidak berbohong, tidak mencuri, tidak membunuh, tidak berzina, tidak meminum arak, ...

Perbincangan seperti ini bukan untuk menyatakan semua agama sama dan bebas menganut mana-mana agama pun. Tetapi point di sini ialah, kebenaran pernah sampai ke tempat-tempat lain selain Tanah Arab yang akhirnya menjadi agama-agama yang seperti difahami orang ramai sekarang. Asal-asalnya agama cuma satu, sumbernya pun satu, tetapi interpretation manusia setelah rasul mereka wafat yang menjadikan agama itu berbagai-bagai.

Perumpamaannya seperti permainan jigsaw puzzle. Kita ambil sample dari asia timur, dari eropah, dari asia barat, afrika... Ada yang 20% lengkap, 30% lengkap atau mungkin 60% lengkap. Dalam banyak-banyak agama itu, agama (Islam) yang disampaikan oleh Nabi Muhammad,lah yang masih 100% lengkap. Cuma nak dijadikan cerita, Islam pun mengalami sindrom sepertimana mesej-mesej agama yang disampaikan oleh rasul-rasul sebelum baginda.

Iaitu bila penganut agama tersebut jauh dari prinsip-prinsip asal yang telah termaktub dalam AlQuran, beragama sebab ikut cakap manusia, ikut cakap parti politik, maka jadilah agama itu berbagai-bagai. Agama yang tidak sama seperti rupa atau prinsip asal. Agama tidak melarang perbezaan pendapat, Rasulullah sendiri aware tentang perbezaan pendapat apabila baginda menyatakan sesuatu (contoh: kisah solat dengan bertayamum, kemudian didapati ada air) dan terdapat dua orang yang berbeza cara penerimaan, baginda tidak melarang. Tetapi agama melarang manusia menggunakan agama untuk kepentingan individu atau memenangkan kumpulan anutannya sampai menjatuhkan sesiapa saja yang tidak sebulu dengan pendapat mereka. Ini yang agama cukup marah, walaupun yang melakukannya mungkin bergelar "ustaz" dan seumpamanya.

Hukum, sistem, cara hidup, addin, agama, apapun nama yang manusia guna untuk memudahkan kefahaman, hanya ada satu yang wujud dan ia meliputi seluruh alam semesta dari sebesar-besar kejadian seperti galaksi hingga ke sekecil-kecil hidupan seperti bakteria, mikro-organisma. Yang menjadikan agama seolah-olah ada berbagai-bagai ialah interpretation / tafsiran oleh manusia.

Persoalan: Bagaimana membuktikan AlQuran itu petunjuk yang benar untuk manusia? Situasi sekarang di mana non muslim tidak disampaikan / dibuktikan dengan jelas tentang kebenaran Islam kemudian dituduh kafir masuk neraka, dan situasi sekarang di mana yang mengaku Islam pun sebenarnya ramai yang kabur tentang agama anutan mereka disebabkan ulama-ulama yang bercakaran sesama sendiri, atau kumpulan-kumpulan tertentu yang mendakwa merekalah yang paling dekat dengan Tuhan dan orang lain selain mereka semua salah.

Ini adalah kerana Islam yang disampaikan bukan daripada AlQuran, tetapi terus diambil daripada kitab-kitab tulisan manusia yang sangat terdedah kepada salah tafsir. Sama seperti yang pernah berlaku kepada agama-agama yang lain. Padahal asal-asalnya mereka juga adalah agama tauhid, yang disampaikan oleh rasul-rasul mereka dalam bahasa masing-masing. "Misinterpretation" setelah beberapa generasi kemudian.

Sempena sambutan Nuzul Quran yang telah berlalu sebagai hanya satu cuti umum tanpa penghayatan yang jelas, ada baiknya umat Islam menilai semula peranan AlQuran dalam kehidupan mereka. AlQuran bukan diturunkan sekadar sebagai penenang hati, jampi-jampi, halau hantu, melagu-lagukan ayat, atau pahala huruf.

AlQuran diturunkan sebagai petunjuk kepada seluruh manusia, maka wajar untuk ia dibaca untuk difahami dan dilaksanakan. Jika tidak, penghayatan agama menjadi jauh daripada apa yang Tuhan mahu, walaupun mulut terkumat kamit menyebut kalimah Allah. AlQuran ada menyebut fenomena manusia beragama seperti ini. Iaitu agama ikut nenek moyang, agama keturunan, agama bersangka-sangka yang tidak membawa apa-apa kebaikan, malah tidak mampu menyelesaikan masalah dalam negara.

Sunday, August 29, 2010

Developing our own educational thought — Saifuddin Abdullah

August 26, 2010

AUG 26 — The issues affecting our education system currently being deliberated have far-reaching and enduring consequences. Concerns such as the autonomy and rating of universities, the transformation of polytechnics, the strengthening of community colleges, the advancement of technical and vocational training, the improvement of co-curricula and individual aptitude, the abolishing of the UPSR and PMR examinations together with allowing graduate teachers and lecturers to be involved in politics as well as permitting students at institutes of higher learning to be members of political parties are at present hotly debated.

A number of the above issues have been made policy and implemented whilst various others are currently in discussion.

In this context, we require structured discussions with the relevant parties whose views and insights would be given due consideration before any conclusion or policy can be reached and put into practice.

Any changes to education; being a fundamental necessity of society, requires a vigilant and almost cautious approach. Structurally speaking, representation from every stratum of the education fraternity is vital. However, representation should not be limited to the ministry, the management of institutions of learning, teachers/lecturers, alumni or parents. Most significantly, students, who are the principal beneficiaries of the education system, should be predominantly involved. They should not be left out and leave their fate in the hands of others.

Nevertheless, student representation has to be made up of individuals who have been democratically elected by their peers. If not, it would be an exercise in futility. The same principle applies in relation to representatives from other interested parties as well.

Individual interests’ aside, it has to be cautioned that any discussion on education has to be a team effort.

Process wise, parliamentary committees, meetings, seminars and think-tanks are some of the conduits of views. In ensuring the possibility of successful discourse, representatives would have to be involved from the get-go. Any attempt to exclude any party; intentionally or otherwise, would inadvertently take us back to square one.

The process itself cannot be rigid. Those involved cannot be stopped from external discussions, giving talks and lectures or making press statements. Those not directly involved within the structure and process proper should be encouraged to voice their concerns and ideas through the various channels available.

In terms of content and its dissemination, it is imperative that a self-developed educational thought is construed. We should not limit ourselves to the constant allegory of bureaucratic discussions.

I have never been impressed or awed by the United States. In fact, I detest its hegemony. Nonetheless, it would be erroneous for us to ignore the maturity of its ideas, which has enabled it to prolong and cement its stay as a world power.

In the ‘60s, in need of an education reformation in the fields of science and mathematics, there was the publication of major works such as “The Process of Education” by Jerome Bruner (1960). In the ‘80s, when General Motors and its ilk were susceptible by the influx of Japanese products, a report entitled “A Nation at Risk” was published by a national commission on schools.

In 1987, an initiative for the reformation of education was instigated by the Carnegie Forum and the National Center on Education and Economy, which lead to the publication of Ray Marshall’s and Marc Tucker’s (1992) “Thinking for a Living”. In 2005, Thomas H. Davenport published a book of the same name, but with a more contemporary focal point, the knowledge based worker/k-worker.

The jeopardising of its human capital led to critiques from intellects such as Allan Bloom (1987), “The Closing American Mind”, Noam Chomsky and Donald Macedo (2000), “Chomsky on MisEducation” and Anthony T. Kronman (2007), “Education’s End”.

When faced with the new-fangled challenges brought about by the employment sector, Robert B. Reich (1991) with his “The Work of Nations” detailed new categories of employment, the accumulation of skill and knowledge and ensuring that each citizen has a place in the global economy.

The threat posed by foreign labour and expertise from China and India instigated former Harvard University president Derek Bok (2006) to write “Our Underachieving Colleges”, which scrutinised how far, and how much students were learning and why students should gain more knowledge.

In implementing curricular reform at Harvard University, Lawrence Summers, who had succeeded Bok, encouraged open debates which included students, through Harvard’s publication “Crimson”. Meanwhile, Professor Harry Lewis (2006) in “Excellence Without Soul” put pen to paper to a tome criticising Summers, his superior.

It would be a fallacy to claim that we do not have any important reports or writings. We do. Nonetheless, it can only be said to be small in number and even smaller in avenue.

We truly need, in much haste, our own educational thought in order to guide our discussions and deliberations regarding issues on education.

Merely as an example, we still view the trials and tribulations faced by our students with foreign tinted glasses. Our students are Asians. The psychology of education we practice is still predominantly from the West.

Moreover, most of these are written by psychiatrists. This knowledge is significant. But to resolve student-related problems. In building student character or personality, we require other forms of knowledge. Would it not be an error of judgment if we were to apply expertise in problem solving in an area such as character or personality building?


I’d consider that a start. At least we have some form of knowledge. It would be even worse if we were to manage student affairs without a hint of comprehension!

To improve matters, the tried and tested route is to further develop training in the field of education. This is a step in the right direction. Except, what are our thoughts behind the training? Most of it is still replicated from foreign shores.

Some have disputed the need to develop what is already in place. My grouse is that the greater part of present-day educational thinking is based on Western methods, much of which is inappropriate in the local context. Further perils arise through the agenda of intellectual colonialism.

As such, we must, with our utmost efforts and resources continue the struggles and hard work laid down by our renowned figures in education, which had unfortunately been hampered by certain quarters (who have failed to generate any positive educational thought).

Thus, the recent initiative by Universiti Sains Malaysia in organising the lecture by Prof Dr Syed Muhammad Naquib al-Attas entitled “Higher Education in Islam” on August 9, 2010 should be lauded.

Naquib, an eminent scholar in contemporary Islam, had systematically defined the meaning of education. He had also succinctly detailed a system which would bring these ideas to fruition, by starting, strategically, at university.

In his speech, Naquib had stated that the ultimate aspiration of Islamic education is not merely to produce good citizens or good employees, but to breed wholesome and good men. Good citizens or employees would not necessarily be model individuals. However, wholesome and good men would certainly be model citizens and employees.

Let us collectively develop our own educational thought.

* Datuk Saifuddin Abdullah is the Deputy Higher Education Minister.

Sunday, August 22, 2010

Puasa: Satu penilaian semula

Tidak dinafikan wujud golongan-golongan tertentu yg bersikap ultra kiasu yg menjadi sebahagian daripada sejarah penubuhan negara, yg menjadikan negara ini "terlalu berbilang kaum", bukan negara bangsa yang bertutur dalam satu bahasa rasmi - bahasa Melayu. Kemudian 50 tahun kemudian mereka membuat bermacam-macam tuntutan yang berbau perkauman yg tidak mungkin diberi nikmat peluang bersuara kalau di negara asal mereka. Tidak dinafikan ada gangguan dari luar (external) seperti ini, tetapi kita umat Islam tak dapat juga menafikan bahawa kita mempunyai masalah internal, tidak ada kekuatan dalam diri yang menyebabkan umat Islam seolah lemah antibodi menghadapi negara dan dunia yang bermasalah.

Cuba menafi sebahagian besar masalah sebenarnya berpunca daripada diri sendiri, samalah seperti sentiasa menyalahkan zionis dan konspirasi menakluk dunia tanpa melihat dari dalam bahawa umat Islam sebenarnya sangat jauh dari matlamat asal beragama yang sudah dicompile dalam AlQuran.

Antara indicator-indicator bahawa ramai sebenarnya yang hanya beragama keturunan sangat obvious ketika menyambut ibadah Ramadhan sebulan dalam setahun. Contohnya, berapa ramainya yang kononnya syahdu bila mendengar ayat-ayat AlQuran dilagu-lagukan oleh imam masjid ketika solat sunat terawikh. Jarang yang seolah-olah tidak ada satu jiwa pun yang berani bertanya, adakah kita sudah atau sekurang-kurangnya sedang berusaha dengan semua tenaga dan umur yang ada untuk merealisasikan isi dan makna ayat-ayat AlQuran yang dibaca itu? Adakah AlQuran cuma diturunkan untuk dilagu-lagukan untuk tenang hati dan pahala huruf?

Inilah masalah umat Islam yang sebenar. Mereka komplen tentang pembuli-pembuli yang ada tetapi tidak melihat dalam diri yang malas untuk membina kekuatan kemudian berterusan salahkan orang lain. Sudahlah AlQuran tidak dibaca untuk difahami, penghayatan puasa sangatlah ritual dan sempit. Seolah-olah soal pahala tidak ada kaitan dengan pembangunan masyarakat, cukuplah sekadar menahan lapar dan dahaga, bentang sejadah sudah boleh masuk syurga beramai-ramai. Sangatlah berbeza dengan perjuangan agama yang asal seperti yang tercatat dalam sejarah Nabi Muhammad SAW.

Rasulullah apabila memahamkan manusia tentang agama bermula dengan kefahaman akidah, kemudian barulah syariat ibadah difahamkan satu persatu. Masalah otak / mindset masyarakat diselesaikan dahulu sebelum pergi kepada ibadah berbentuk ritual. Ini terbalik dengan mereka yang dilahirkan dengan nama Islam pada zaman ini. Mereka awal-awalnya disuruh solat, disuruh puasa, kalau tidak buat akan berdosa, orang jahat akan masuk neraka dsb. Hakikatnya amalan-amalan mereka tidak membantu menyelesaikan masalah-masalah umat seperti korupsi dalam pengurusan negara, kemiskinan, buang anak, dadah dsb. tapi claim diri sebagai muslim = org yg berserah kepada sistem Allah. Cina yang sudah bertahun-tahun masuk Islam dan lebih baik penghayatan agamanya terus dipanggil "mualaf" sampai ke tua.

Persoalan seperti ini tidak pernah ditimbulkan kerana takut dituduh mempersoal agama, dituduh lemah iman, padahal sebenarnya ini persoalan kaedah penghayatan agama yang tidak betul. Penghayatan agama yang terlalu ritualistik yang tidak menyelesaikan masalah manusia.

Saturday, August 14, 2010

DI MANAKAH LETAKNYA KEKUATAN?

DI MANAKAH LETAKNYA KEKUATAN?

Oleh: Kassim Ahmad
11 Ogos, 2010

Kebanyakan orang menghubungkan kekuatan dengan bilangan yang banyak. Pepatah “Bersatu kita kukuh; bercerai kita runtuh” tidak benar dalam semua kes, dan bilangan yang banyak tidak semestinya kuat. Lihat orang Yahudi. Mereka tidak ramai, tetapi mereka kuat dan maju. Dari segi bilangan, China dan India mempunyai penduduk yang teramai dalam dunia, tetapi kedua-duanya tidak boleh mengatasi Amerika Syarikat sekarang. Dari segi bilangan anggota, UMNO, sebagai sebuah parti politik, mempunyai anggota yang teramai, tetapi, seperti yang kita tahu, ia kalah di banyak negeri dalam pilihanraya umum ke-12.

Jadi, di manakah duduknya kekuatan? Quran memberitahu kita bahawa bilangan yang kecil boleh mengalahkan bilangan yang besar dalam peperangan. Pada zaman dulu, kita tahu dari sejarah, seorang pemuda bani Israil bernama Daud mengalahkan seorang wira dan gergasi dari bangsa Filistin bernama Goliat dalam perlawan seorang sama seorang. Malah, Quran memberithau kita bahawa kebenaran kerapkali berada di pihak minoriti. (43: 78) Golongan minoriti yang dimaksudkan oleh Quran itu, termasuk Daud yang mengalahkan Goliat – mereka menang kerana Tuhan berada di pihak mereka. Di sinilahlah letaknya kekuatan, sepertu firman Tuhan: “Kekuatan milik Tuhan sepenuhnya.” ( Quran, 10: 65)

Dari segi realitinya, apakah makna ayat suci di atas? Maknanya, apabila sesuatu bangsa atau kumpulan berpegang kepada dan mengamalkan falsafah yang berpunca dari ajaran Tuhan dalam kitab-kitab sucinya, mereka memiliki kekuatan, walaupun bilangan mereka kecil dibanding dengan bangsa-bangsa atau kumpulan-kumpulan lain.

Mengapakah Amerika Syarikat yang mengistiharkan dirinya merdeka dan bebas dari kekuasaan Britain pada 4 Julai, 1774 (234 tahun dulu) berkembang menjadi kuasa terbesar hari ini? Adakah kerana kebetulan ia mempunyai pasukan bersenjata yang terkuat di dunia? Atau kerana ia mempraktikkan kebenaran Ilahi dalam kehidupan kolektifnya? Sudahkah ia mencapai kemuncaknya dan sekarang sedang menurun dan akan runtuh, seperti empayar-empayar sebelumnya, termasuk empayar-empayar Parsi, Romawi, Arab, dan Inggeris?

Naik-turunnya sesebuah empayar itu suatu cerita besar yang tersendiri. Quran memberitahu kita bahawa apabila sesuatu bangsa atau empayar itu bertindak zalim terhadap rakyatnya atau terhadap bangsa-bangsa lain di bawah kekuasaannya, maka ia akan musnah. Ini undang-undang alam, atau sunnatullah. Tiada siapa boleh mengelaknya. Tuhan berkuasa untuk menggantikan bangsa-bangsa yang zalim dengan bangsa-bangsa lain. Seperti kata pepatah, patah tumbuh, hilang berganti. Tamadun Yunani-Romawi telah digantikan oleh tamadun Arab-Islam, kemudian diambil-alih oleh tamadun Eropah (termasuk Amerika Syarikat), yang sekarang meliputi seluruh dunia. Tamadun ini juga sedang runtuh. Sesetengah penganalisis politik menjangka China akan mengmabil-alih tempat itu. Mengapa tidak umat Islam, yang didakwa oleh mereka sendiri berpegang kepada ajaran Tuhan?

Berbalik kepada Eropah dan Amerika Syarikat, banyak daripada ajaran yang terkandung dalam Quran, mereka yang mengamalkannya, walaupun kebanyakan rakyat mereka beragama Kristian. Contohnya, mereka mengutamakan ilmu pengetahun (sains dan teknologi). Mereka mengamalkan kebebasan berfikir. (Oleh sebab itu ramai sarjana Islam berhijrah ke Eropah atau Amerika.) Mereka mengamalkan pemerintahan yang berdasarkan perundingan, persis seperti yang diajar dalam Quran, sedangkan kebanykan umat Islam hidup di bawah kerajaan-kerajaan yang bersifat autokratik. Mereka mengutamakan kebersihan. Mereka bekerja dengan tekun dan rajin. Oleh sebab itu, negara-negara ini berjaya dan maju, berbeza dengan kebanyakan umat Islam, yang Islamnya lebih pada nama daripada praktik.

Saya telah menulis tentang pentingnya kepimpinan yang baik. Kita memiliki sebuah buku panduan yang terbaik di dunia, iaitu Quran, tetapi, malangnya, kitab itu tertutup bagi kebanyakan orang Islam. Bukan kerana bahasa Quran itu bahasa Arab (kita ada banyak terjemahan Quran dalam bahasa Melayu dan Inggeris yang kita faham). Adat kita melagukan Quran. Maknanya kita tidak tahu, kerana kita tidak membaca dan cuba memahaminya dalam bahasa Melayu atau Inggeris. Akibatnya, kita ikut kitab-kitab lain, selain daripada Quran! Ringkasnya, kita jatuh, kerana Tuhan tidak memilh kasih. Tuhan tidak peduli siapa nama kita, Ahmad, atau Chong, atau Munusamy atau John! Siapa yang praktik ajaran-ajaran-Nya, itulah orang atau bangsa yang Dia tolong.

Sesetengah pemimpin UMNO mendabik dada, kerana ahli-ahli UMNO melebihi tiga juta. Seperti yang telah saya katakan, bilangan ramai tidak penting. Yang penting ialah falsafah perjuangan mereka dan praktik politik mereka. Jika mereka bertindak sebagai golongan oligarki yang menindas rakyat, mereka akan digantikan. Amaran ini telah diberi oeh Tuhan Sendiri. Amaran ini berlaku kepada semua kumpulan dan bangsa. Tiada siapa yang boleh mengelaknya. Dengan itu, Pakatan Rakyat yang telah diberi kuasa di sesetengah negeri dalam Malaysia, jangan sombong. Jangan sekali-kali berlaku zalim. Hari ini kita naik; besok kita boleh jatuh!

Wednesday, August 11, 2010

Selamat menyambut Ramadhan

Dalam kesempatan ini saya ingin mengucapkan selamat menyambut bulan Ramadhan. Semoga penghayatan kita dalam ibadah puasa tahun ini lebih baik daripada tahun-tahun sebelumnya.

Seperti yang kita sedia maklum, perintah berpuasa disyariatkan menurut firman Allah dalam surah AlBaqarah ayat 183 hingga 188. Orang beriman diwajibkan berpuasa sepertimana orang-orang sebelum mereka sebagai tanda mereka bertakwa.

Ibadah puasa atau dalam bahasa arab "saum" bermaksud menahan diri, yang difahami oleh orang awam kebanyakan kelihatan seakan berlegar sekadar kefahaman ritualistik. Niat, sahur, tidak makan dan minum serta mengelak perkara membatalkan puasa dari terbit fajar hingga tenggelam matahari, berbuka dengan buah tamar, kemudian solat sunat tarawikh berjemaah di masjid. Lebih kurang begitulah kefahaman orang awam tentang berpuasa. Dan ditambah lagi dengan amalan-amalan sunat lain.

Jarang yang bertanya apakah signifikannya perintah berpuasa hingga ia menjadi salah satu rukun dalam beragama Islam. Bagaimana dengan berpuasa itu hingga boleh menyebarkan Islam ke seluruh pelusuk dunia. Jarang yang ingin bertanya barangkali sudah diasuh sedemikian, jangan banyak bertanya, banyak bertanya maknanya mempersoal ustaz, mempersoal ustaz bermakna mempersoal agama, mempersoal agama berdosa nanti lemah iman. Maka diamlah semua orang malas dituduh lemah iman. Padahal persoalan ini penting supaya kita tidak melakukan ibadah sekadar mendapat lapar, dahaga dan penat.

Sepertimana rukun-rukun Islam yang lain, ia tidak terhenti dengan pengamalan ritual tetapi mesti dituruti dengan penghayatan yang sepenuh hati. Bersyahadah contohnya mengambil masa tidak sampai 10 saat untuk dilafaz, tetapi ia adalah satu bentuk deklarasi bahawa kita berlepas diri daripada sebarang bentuk perhambaan selain daripada menghambakan diri kepada Allah dan mengikut manhaj atau jalan sepertimana ditunjukkan Nabi Muhammad sebagai Rasulullah. Ini deklarasi kita kepada Allah yang sepatutnya menjadi prinsip hidup bukan sekadar lafaz tetapi tidak tahu apa dia. Kesimpulan, bersyahadah bukan sekadar ritual tetapi mesti datang dengan penghayatan seumur hidup. Syahadah sebenarnya perjuangan seumur hidup membebaskan manusia daripada sistem perhambaan sesama manusia.

Begitu juga dengan rukun Islam yang seterusnya - solat. Solat ialah tiang agama. Barangsiapa yang bersolat maka dia menegakkan agama. Itu berkenaan ritualnya, bagaimana pula dengan penghayatannya. Solat sebenarnya satu manifesto kita ke hadapan Allah bahawa solat, ibadah, hidup dan mati semata-mata hanya kerana Allah seperti yang dilafaz dalam doa ifitifah. Begitu juga dengan alFatihah, ia adalah janji orang beriman kepada Allah bahawa org beriman akan berusaha menegakkan sistem Islam dalam segala cara dan kapasiti yang mereka ada. Sebab itu solat tidak sah kalau tidak membaca alFAtihah, kerana itu ikrar orang beriman kepada Allah. Dan sebab itu solat berjemaah lebih baik daripada solat berseorangan, kerana tugas menegakkan agama perlukan kerjasama / co-operation semua orang beriman, bukan kerja syok sorang-sorang seperti rambo. Berdasarkan penjelasan ini, solat bukan semata-mata untuk tenang hati atau nak collect point masuk syurga, tetapi sebenarnya satu perbarisan orang beriman kepada Allah dan melafazkan ikrar dan janji kepadaNya.

Baik, kita sampai kepada ibadah puasa. Secara ritualnya semua orang sudah faham bagaimana melaksanakannya. Dari segi penghayatan, puasa melatih orang beriman supaya memberikan priority kepada apa yang Allah hendak / perintahkan. Apabila telah selesai dalam jangkamasa / dateline ditetapkan, maka barulah boleh menunaikan kehendak peribadi. Selesaikan dulu apa Allah nak, bila dah selesai barulah bersurai / berehat. Secara ritual, orang beriman digalakkan membaca AlQuran, banyakkan berzikir dan solat sunat. Penghayatan sebenar ialah, orang beriman digalakkan explore ilmu-ilmu dalam AlQuran untuk dipraktikkan, bukan sekadar baca-baca untuk pahala huruf. Kemudian orang beriman mesti memastikan kehadiran hukum Allah di mana saja (dalam platform / wadah mana pun) mereka berada atas muka bumi (erti sebenar berzikir).

Kita mesti berlepas diri daripada pengamalan ibadah yang cuma terhenti dalam bentuk ritual tetapi tidak ada penghayatan. Secara peribadi saya melihat orang yang cuma berlegar-legar dengan amalan ritual tanpa penghayatan sebenarnya belum merdeka dari segi mindset yang didoktrin oleh penjajah British. Pada zaman sebelum merdeka, Islam yang difahami oleh orang Melayu cuma berlegar dalam adat istiadat orang Melayu (termasuk baca yasin, baca talkin) dan agama "Islam istana" raja-raja Melayu. Islam yang tidak ada kaitan dengan pentadbiran negara atau sistem cara hidup yang syumul. Itulah kefahaman agama yang diwarisi hingga sekarang walaupun dari segi luaran kelihatan negara sudah "merdeka dengan beberapa syarat dikenakan oleh British".

Friday, August 6, 2010

Apa itu bai'ah

Bai`ah bermaksud berjanji untuk taat. Bai`ah sememangnya wujud dalam amalan Islam. ALLAH SWT berfirman yang bermaksud:

“Bahawasanya mereka yang memberi bai`ah kepada kamu, sesungguhnya mereka memberi bai`ah kepada Allah. Tangan Allah di atas tangan-tangan mereka. Maka barangsiapa yang melanggar (bai`ah), sesungguhnya (akibat) melanggar bai`ah akan menimpa dirinya sendiri. Dan barangsiapa yang menunaikan apa yang dia janjikan kepada Allah, maka Dia akan memberinya ganjaran yang besar.” (Al-Fath : 10)

Dalam sebuah hadits Ibn Umar ada mengatakan yang bermaksud:

“Kami apabila membai`ah Rasulullah s.a.w adalah atas dengar dan taat dan dia berkata kepada kami ‘Pada apa yang kamu mampu’.” (Riwayat Al-Bukhari & Muslim)

Bai`ah diamalkan dalam pelbagai bentuk kumpulan Islam. Ia bukan hanya diamalkan oleh oleh perkumpulan berorientasi politik tetapi juga amalan biasa dalam perkumpulan sufi.
Isu bai`ah ini amat relevan dalam usaha menangkis ideologi pelampauan kerana ia adalah satu amalan yang juga digunapakai oleh kumpulan-kumpulan pelampau.

Amalan bai’ah pada asalnya bukanlah suatu pelampauan, namun ia sering disalah gunakan oleh pimpinan yang mengaku atas nama Islam untuk melemahkan psikologi para pengikut dalam menjaga ketaatan mereka kepada organisasi.

Ketika inilah, kalangan anggota-anggota kumpulan pelampau merasakan terperangkap setelah memberi bai`ah kepada kumpulan berkenaan. Mereka merasa takut sekiranya meninggalkan kumpulan berkenaan atau tidak taat pada arahan ketua, mereka telah melakukan satu dosa besar dan laknat ALLAH SWT akan jatuh ke atas mereka kerana sumpah setia yang telah diberi atas nama ALLAH SWT itu. Mereka takut dilabel sebagai pengkhianat agama.

Begitu pula, sekiranya sebuah bai’ah itu diberi kepada sesuatu perkumpulan Islam asalnya,namun pengikut kumpulan tersebut merasakan tidak mampu kekal di dalam bai’ah berlaku ketidakselarian syara’. Contohnya, pimpinan mengisytiharkan akidah bagi perkumpulan mereka ialah wahabbi-mujassimmah atau syiah, liberal dan sebagainya. Maka, jelas melanggar kesepakatan ulama, maka wajiblah ketika itu para pengikut melanggar bai’ah yang terbentuk.

Satu misalan lagi, sekiranya para pengikut merasakan ada gabungan jamaah Islam lain yang mampu memenuhi segala kehendak syara’ dan bergerak atas landasan Islam yang syumul. Maka bai’ah tersebut terus dilanjutkan kepada gabungan jamaah tersebut.

Namun tidak boleh sesiapa pun mewajibkan orang lain untuk mengikut jejaknya dalam memberi bai`ah dan menyalahkan orang lain yang tidak melakukannya dengan tuduhan bahawa matinya akan seperti mati jahiliyah.

Adapun orang yang telah memberi bai`ah kemudian melanggar bai`ahnya secara tidak syar`ii, walaupun dia berdosa kerana melanggar janji tetapi tidak dikatakan sebagai terkeluar dari agama dan masuk ke neraka. Dia tidak pula dituduh sebagai telah keluar dari jemaah kaum Muslimin.

Bai`ah yang diberi kepada kumpulan-kumpulan dakwah dan lain-lain pula tidak akan menjadi bermakna lagi jika kumpulan berkenaan telah sesat dan menyeleweng dari ajaran Islam.

Bai`ah yang diberi kepada mana-mana individu pula tidak boleh membawa kepada ketaatan pada yang bukan makruf kerana Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud:

“Tiada ketaatan kepada sesiapa dalam melakukan maksiat kepada Allah. Sesungguhnya taat hanya pada perkara yang makruf (baik).”(Riwayat Al-Bukhari & Muslim)

Pemimpin dalam kumpulan dakwah atau tarikah yang diberikan bai`ah kepadanya ditaati sejajar dengan konsep ketaatan kepada pemimpin yang lain iaitu pada perkara yang makruf dan tidak pada perkara yang maksiat.

Bai`ah sedemikian pula tidak menjadikan seorang pemimpin itu sebagai sumber kebenaran atau dilihat sebagai maksum. Kebenaran yang datang dari pemimpin seperti ini, diterima kerana sandarannya pada dalil Al-Quran, Sunnah. Qiyas, Ijma’ Ulama dan bukan kerana ia datang dari dirinya. Menganggap pemimpin yang dibai`ah sebagai sumber kebenaran dan maksum adalah taksub dan pelampauan yang tercela.

Apabila seseorang telah memberi bai`ah lalu dia dapati sesuatu yang lebih baik dari apa yang dia janjikan dalam bai`ahnya, atau berjumpa dengan kumpulan yang lebih baik atau berjumpa dengan pemimpin yang lebih soleh dan baik, maka dia boleh dan dianjurkan dia untuk menerima apa yang lebih baik dan meninggalkan apa yang dia ada. Ini berdasarkan pada firman Allah taala yang bermaksud:

“Dan janganlah kamu jadikan Allah sebagai sasaran bagi sumpah kamu untuk menghalang kamu dari melakukan kebaikan, bertakwa dan melakukan islah sesama manusia. Dan Allah Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui.” (Al-Baqarah : 224)

Thursday, August 5, 2010

Proper education as the ultimate solution

Saya mengambil masa beberapa hari membaca berita-berita yang terdapat di internet - politik tempatan, sosial remaja, pembersihan etnik di Palestin, masa depan kaum, huru-hara di sana sini, bunuh, ragut, rogol, tentang artikel Hitler dan Islam, ekonomi negara dan dunia, bisnes, rasuah, masalah jabatan agama, prasangka dan sentimen, orang miskin tak dapat bantuan, dunia yang semakin panas, tumpahan minyak, hutan terbakar, orang mati... dan banyak lagi, hampir semua topik saya baca dan perhatikan bagaimana manusia memberi reaksi dan bertindak.

Walaupun saya hanya salah seorang manusia yang menumpang di atas muka bumi, kerdil dibandingkan dengan saiz bumi, bukan susah untuk saya membuat kesimpulan bahawa dunia sudah hilang keseimbangan disebabkan perbuatan manusia. Dan manusia itu termasuk saya, dan sesiapa yang membaca blog ini. Anda juga sebahagian daripada masalah dunia, samada ingin sama-sama bertindak atau berdiam diri. Kalau bala menimpa, ia kena pada saya, kena pada pemimpin politik, kena pada anda juga. Bala takkan tanya, "awak ni beriman?" lepas tu boleh tak kena pada orang-orang tertentu. Kita semua sekarang hidup dalam dunia bala, dunia yang kembali kepada kondisi jahiliyah, atau dalam bahasa Melayunya kondisi BODOH!!

Kita ibarat duduk di atas muka bumi yang bergelumang dengan najis. Walau sebersih mana pun baju anda, pasti akan tercalit najis. Walau sejaga mana pun langkah anda, akan melekat juga bau-bau busuk najis hasil tangan manusia. Sebab tu tadah tangan sampai nampak ketiak pun, nasib umat tetap tak berubah, selagi cara fikir pun macam orang sedut oksigen yang penuh bau najis.

Don't get me wrong or take it personal. Ini cuma metafor untuk menggambarkan situasi sekarang dan cabaran yang perlu dipikul bersama oleh "mereka yang diberi akal". The chosen people. Hanya manusia terpilih sahaja yang faham, the rest jadi lembu yang dicucuk hidung dalam dunia "Matrix". Sesiapa pun walaupun hebat serbannya selagi masih terikat dengan sistem "matrix", masih belum merdeka pemikiran, tidak berlepas diri dari sebarang bentuk perhambaan selain kepada Allah.. adalah berbahaya kepada perjuangan menegakkan kebenaran.

Segelintir manusia yang terpilih inilah yang akan membuka jalan kepada perubahan, at least bila Nabi Isa turun ke bumi dari langit nanti takdelah dia pun terkejut takkan takde satu manusia pun yang "diberi akal". Lembu-lembu yang hidup melata pula sibuk tadah tangan mengharapkan perubahan yang tak kunjung tiba. Dapat gaji besar sikit, kereta besar sikit dah eksyen sesama lembu.

Seluruh alam semesta beroperasi berdasarkan perlembagaan yang telah ditetapkan oleh Allah Pengatur sekalian alam. Galaksi, meteor, matahari, planet, bulan, bintang, hukum gas, graviti, bumi.. semuanya mengikut aturan yang telah ditetapkan. Ada orbit, ada laluan tersendiri, semuanya wujud secara harmoni antara satu sama lain. Dikatakan kalau bumi beralih satu cm sahaja, seluruh keseimbangan yang dinikmati di atas muka bumi, proses pasang surut air, fotosintesis, lapisan udara etc. akan hilang serta merta. Bukti alam ini tidak dijadikan random atau jadi secara tak sengaja / kebetulan.

Manusia yang hidup atas muka bumi juga tak terlepas dengan aturan. Tapi dalam banyak-banyak makhluk yang ada seluruh alam semesta, manusia memang zalim. Diberi petunjuk tapi tidak ikut. Dibaca cuma untuk tenang hati, menang majlis tilawah, halau hantu. Menggunakan bermacam-macam term bombastik termasuk atas nama agama untuk justify nafsu / kehendak / need mereka. Kadang-kadang tu sampai tak boleh terima perbezaan pendapat, hanya dia sajalah yang betul, orang lain semua salah.

Nabi Muhammad pun pernah buntu dengan kondisi masyarakat Mekah pada zaman baginda. Manusia macam-macam jenis, macam-macam ragam, macam-macam kabilah ada. Nak kata agama takde, agama ada - Nasrani dan Yahudi. Nak kata tak sembahyang, mereka sembahyang. Kaabah depan mata aje. Pada mereka, tak salah memuja berhala asalkan sembahyang mengadap Kaabah. Ibaratnya kalau kita nak relate dengan zaman sekarang, tak salah saya nak taksub mazhab, tak salah saya taksub bola, atau taksub perjuangan kaum / taksub parti politik selagi saya bentang sejadah.

Apabila Nabi Muhammad menerima wahyu dari Jibril, langkah pertama yang baginda ambil ialah mengajak kepada perubahan mindset, atau dalam istilah lain membentuk kefahaman akidah tauhid yang bersih dari unsur syirik. Mula-mula ajak orang paling dekat - isteri sendiri, family, saudara-mara, kawan-kawan, komuniti, masyarakat dan seterusnya. Bila dah faham akidah, barulah senang nak fahamkan tentang beribadah.

Ini terbalik dalam kaedah pendidikan Islam digunapakai sekarang. Ibadah dulu, ditakut-takutkan dengan dosa pahala, jangan makan babi and so forth, lepas tu expect agama akan menang. Ibadah pun sekadar ritual saja, sampaikan bila rasa tak cukup ibadah ditambah-tambah pula dengan ibadah ritual lain / bidaah hasanah... sesungguhnya ini bukan agama yang disampaikan Rasulullah. Sangatlah berbeza daripada agama asal yang dibawa oleh baginda Rasulullah.

Agama yang dibawa Rasulullah sampai boleh membentuk sebuah sistem negara yang diberi nama Madinah. Obviously pencapaian ini dicapai bukan dengan membuat bulatan besar membaca satu surah sahaja tanpa diteliti makna ayat, atau membaca talqin kepada orang yang sudah mati konon untuk sedarkan orang yang masih hidup, atau membaca ayat AlQuran untuk menghalau hantu seperti ghostbuster.

Ia mesti bermula dengan kefahaman akidah yang mantap kemudian barulah datang kesanggupan beribadah. Selagi kefahaman akidah tak mantap, jangan harap dalam 100 tahun lagi pun nasib umat takkan berubah.

Kesimpulan: Jadi apa kaitan semua masalah yang ada dalam dunia sekarang ni dengan perjalanan alam semesta yang sangat teratur, sangat precise, dan dengan perjalanan dakwah Rasulullah?

Manusia akan kekal dalam keadaan bingung dan sengsara selagi tidak kembali kepada tujuan asal penciptaan manusia. Manusia sepertimana makhluk-makhluk lain yang ada dalam alam semesta mesti follow the rule, ikut aturan dari Tuhan yang menciptakan mereka. Baca AlQuran mesti faham, sebab di situlah perintah Tuhanmu. Kalau tak faham AlQuran, then kamu sembah siapa. Ustaz? Percayalah di padang mahsyar nanti ustaz pun sama saja diadili macam orang awam.

Akhir kata, in order untuk membersihkan najis-najis yang membanjiri muka bumi, mesti bermula dengan kefahaman akidah yang original seperti yang dibawa Rasulullah. Bukan akidah buku teks, bukan akidah ustaz, bukan akidah org Melayu. Akidah tauhid yang original. Dan memahamkan manusia tentang akidah tauhid yang original ini mesti ikut method / sunnah Rasulullah.

Itu saja, sekian.. last but not least, hanya mereka yang "diberi akal" - the chosen people - yang faham dan ambil tindakan. The rest, jadi lembu diperah susu dan tenaga atas nama career path - unless they are willing to change and join the action of chosen people.

Career path... what a word.

Tuesday, August 3, 2010

Senarai nama 25 rasul

Adam = Adam
Idris = Enoch
Nuh = Noah
Hud = Eber
Saleh = Shelah
Ibrahim = Abraham
Lut = Lot
Ismail = Ishmael
Ishak = Isaac
Yaakub = Jacob
Yusuf = Joseph
Aiyub = Job
Syuaib = Jethro
Musa = Moses
Harun = Aaron
Daud = David
Sulaiman = Solomon
Ilyas = Elijah
Ilyasa' = Elisha
Yunus = Jonas
Zulkifli = Ezekiel
Zakaria = Zechariah
Yahya = John the Baptist
Isa = Jesus
Muhammad
Related Posts with Thumbnails