Friday, May 28, 2010

Job scope manusia yang sebenar

Saya tidak terkejut kalau ramai yang tidak tahu apa job scope sebenar mereka hidup di atas planet bumi ini. Sebab sistem pendidikan yg ada sekarang tidak menerangkan dengan jelas tentang job scope itu. Iaitu kita manusia sebagai wakil / khalifah utk menjadikan planet bumi ini aman sejahtera, makmur dan harmoni. Dalam nak memastikan planet bumi ni aman, maka kena hidup, jalankan aktiviti dsb berlandaskan prinsip yg Allah dah gariskan dalam AlQuran.

Sistem pendidikan yg ada sekarang cuma mengajar supaya belajar pandai2 kemudian apply kerja, kerja kerja kerja sampai umur bersara, kemudian tunggulah saat kematian. Itu saja. Bila toleh belakang umur2 yg berlalu, tidak ada pun sumbangan kepada agama, melainkan amalan2 ritual yg disangka akan memasukkan mereka ke dalam syurga. Padahal, pada masa yg sama, dunia tidak menjadi aman pun dengan "amalan2 pahala" mereka.

Kita ambil contoh paling dekat Solat Jumaat setiap minggu. Jika dihitung, dalam setahun org lelaki akan menunaikan solat Jumaat sebanyak 52 kali. Solat Jumaat sepatutnya menjadi tempat di mana umat Islam menyatukan fahaman mereka, menyatukan tindak kerja mereka. Al-Fatihah sepatutnya menjadi manifesto perjuangan kehidupan setiap individu umat Islam, bukan baca saja2 tanpa tahu makna.

Bukan sekadar ritual yg kita lihat sekarang di kalangan umat Islam di negara ini. Pergi solat Jumaat semata-mata kerana tidak mahu dicop kafir. Tapi manfaat Solat Jumaat itu tidak sampai, melainkan duduk bersila, berpura2 faham khutbah, ataupun tidur.

Ditambah dengan isi khutbah yg sangat lemau dan tidak membina. Seolah2 solat cukup syarat, baca khutbah lebih kurang, hujung bulan cucuk kad di ATM gaji masuk. Masalah umat Islam tidak selesai2, agama sendiri pun tidak faham. AlQuran pun tak buka2 sampai berhabuk, melainkan bila nak halau hantu, nak tenangkan hati ditinggalkan kekasih, atau transfer pahala kepada org yg sudah mati. Sepatutnya AlQuran dibaca kepada org yg masih hidup supaya mereka melaksanakan isi kandungannya.

Kemudian setelah solat Jumaat, adakah ada perbincangan sungguh2 oleh umat Islam tentang isi khutbah supaya ia boleh dilaksanakan? Ataupun realitinya bersembang benda2 tak membantu kebangkitan Islam di kedai cendol beberapa meter luar masjid? Masuk telinga kanan, keluar telinga kiri. Inilah agama yg mereka faham dan diajar di sekolah2 dengan sistem pendidikan sekarang. Agama sekadar "pendidikan moral utk muslim". Hasilnya mendukacitakan.

Umat Islam menghadapi krisis yg sangat dahsyat. Bagi, orang awam, mereka pun tidak faham apa agama yg mereka anuti melainkan apa yg dimuntahkan dari mulut golongan yg dianggap mewakili agama. Kalau semua ustaz2 ni mati, habislah negara ni tidak ada org yang boleh bercakap tentang agama. Sebab tidak ada tauliah.

Golongan yg kononnya mewakili agama juga ada krisis mereka yg tersendiri. Mereka terkongkong dengan penafsiran lama. Padahal zaman sudah berubah. Cara fikir yg sempit, sudahlah tidak bercampur gaul dengan kaum lain. Menyebabkan mesej agama suci ini tidak sampai kepada org bukan Islam.Ya, prinsip2 agama tidak akan berubah. Apa yg tertulis dalam AlQuran, itulah prinsip yg tidak akan berubah sampai bila2. Tetapi adaptasi harus betul, mesti mengikut keadaan dunia sekarang.

Method perjuangan, lihatlah Sunnah Rasul-rasul yg terdahulu. Dari Nabi Adam sampai Nabi Muhammad SAW. Inilah sample2 manusia yg menghabiskan umur mereka memastikan dunia ni aman, yg Allah endorse method perjuangan mereka. Sebaliknya yg kita lihat, yg pakai serban besar2 pun bergaduh disebabkan masalah2 fekah atau istilah. Nak tegur baca tahlil yasin tak ada contoh dalam agama pun jadi melenting.

Baik orang awam mahukan golongan agama, dua-dua bermasalah. Merasakan diri sudah beragama tapi dunia tak menjadi aman dengan amalan2 mereka. Kemudian, mereka tanpa rasa bersalah suka-suka mendakwa, "Ini sudah takdir!".

PM rayu jadikan malaysia model negara toleransi antara agama

PM rayu jadikan malaysia model negara toleransi antara agama

28/05/2010 12:24pm

KUALA LUMPUR 29 Mei - Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini menyeru kepada semua rakyat supaya bersama-sama kerajaan menjadikan Malaysia sebagai negara model dalam toleransi antara agama dan kaum.
Justeru Perdana Menteri berkata, beliau meminta rakyat perlu lebih menghormati antara satu saman lain terutamanya dalam konteks amalan beragama supaya keharmonian yang dikecapi tidak akan terjejas.
Katanya, sebagai ketua bagi sebuah negara yang mempunyai pelbagai agama beliau amat komited memastikan keharmonian terus terpelihara kerana ia merupakan kunci kepada usaha menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara Maju. - Utusan

Friday, May 21, 2010

Komen: Masjid besar dibina di Perancis

Link dari Utusan Online

Di Eropah, umat Islam menghadapi tekanan yg bukan sedikit dalam memastikan mereka dpt beriman dan beramal soleh. Mereka bercakap tentang Islam setiap kali bertemu, mereka bercakap ttg survival Islam di tengah2 komuniti yg majoriti bukan beragama Islam. Mereka mengadakan kelas2 AlQuran, mengadakan ceramah walaupun tidak mendapat bantuan lumayan dari kerajaan. Masjid menjadi tempat perkumpulan, tempat menyusun strategi, tempat penyebaran ilmu yg actual, bukan sekadar tempat amalan ritual seperti solat, zikir. Berapa ramai di kalangan mereka yg terbuka hati memeluk Islam setelah membaca AlQuran dalam bahasa yg mereka fahami. Ketika itu mereka sedar yg kitab AlQuran itu benar2 dari Tuhan yg menciptakan manusia dan seluruh alam.

Kebangkitan Islam datang dari golongan yg membaca AlQuran utk difahami maksudnya, difikirkan dan dilaksanakan. Inilah golongan yg akan memenangkan Islam yg sebenar.

Suasana yg ironi berlaku di Malaysia. Rata2 yg menganut Islam berlegar2 dalam satu kaum sahaja, dan kaum inilah yg menguasai pentadbiran agama sehingga agama itu seolah2 menjadi tidak mesra kepada kaum lain. Kaum lain pula tidak mendapat pengetahuan yg cukup ttg Islam sehingga boleh berminat utk memeluk Islam. Yang mereka nampak, Islam is Melayu, Melayu is Islam. Buruknya perangai Melayu maka ia reflect kepada Islam.

Kemudian situasi diburukkan lagi dengan keadaan umat Islam di sini tidak membaca AlQuran utk difahami. Mereka masih bergantung kepada ustaz2 utk menjadi penyelamat mereka. Apabila ada golongan lain yg berdakwah ttg agama lain, mereka takut akan menjadi keliru, mereka takut salah cakap. Saya fikir, kalau kamu pun tak dpt menyampaikan kebenaran agama walaupun bab akidah dalam istilah awam, maka agama apa yg kamu anuti itu? Agama nenek moyang? Agama nenek moyang tidak akan memasukkan kamu ke dalam syurga.

Kemunduran umat Islam disebabkan rasa serba cukup, rasa sudah Islam, tidak membaca AlQuran utk difahami supaya boleh diambil pelajaran, cukup dibaca khatam dalam bahasa Arab semasa sekolah rendah kemudian tidak lagi ditelaah sbg panduan hidup, didoktrin kalau baca sendiri terjemahan nanti jadi sesat, agama disempitkan kepada golongan ustaz, golongan lain akan dituduh wahabi, liberal, bkn background agama tak boleh cakap ttg agama dan seumpamanya.

Masjid2 yg ada pun sangat lesu, sangat ritual, sangat tidak relevan langsung kepada pembangunan modal insan dan pengurusan negara, melainkan agama itu cuma tentang moral. Di sekolah, pendidikan Islam ialah pendidikan moral yg diletakkan ayat2 bertulisan Arab, itu saja. Hasilnya tak mengatasi org bukan Islam pun malah lebih buruk. Buang anak, rempit, rasuah, ada dalam kalangan org bernama Islam.

Syiar Islam pun tak berkembang, melainkan perasan2 saja "kita sudah cukup Islam, duduk sajalah bersila di surau". Hakikat: Islam berkembang di Eropah, tetapi mundur di negara yg mengaku telah Islam = menyembah Allah 100%. Bukan miskin bantuan, tapi mundur penghayatan. Jumud.

Monday, May 17, 2010

Al Fatihah Abuya

(Petikan daripada zul4kulim.blogspot.com)

Salam 2 all.
Saya mengucapkan innalillah hiwa inna ilai hiroji'un dan takziah atas pemergian Almarhum Abuya Ustadz Ashaari Muhammad yang telah kembali kerahmatullah semalam di Ipoh. Jenazah Almarhum dikebumikan di kampung asal Almarhum di Kg. Pilin, Rembau, Negeri Sembila malam semalam.

Sebenarnya saya mengenali Almarhum sejak tahun 1983 lagi semasa menuntut di New Zealand. Almarhum telah datang ke Wellington dalam siri dakwah Al Arqam. Saya pada masa itu tau-tau ajelah, jenis Islam pun janji solat puasa kira okaylah tu.

Tetapi kedatangan Almarhum membuka satu tirai baru kepada saya. Almarhum adalah orang yang membezakan kepada saya Islam ritual dengan Islam haraki. Almarhum orang yang menunjukkan kepada saya perbezaan Islam mekanikal dengan Islam syumul. Almarhum membuktikan kepada saya Islam itu satu cara hidup yang praktikal dan bukan hanya disurau masjid. Ringkasnya, Almarhum membuka mata saya kepada Islam sebenarnya.

Saya sangat tertarik dengan cara Almarhum berdakwah. Nama Almarhum masa itu memang gah dan hebat. Jadi bila Almarhum dikatakan mahu datang New Zealand, kami bercadang menempatkan Almarhum di The Terrace Hotel, sebuah hotel ternama di Wellington masa itu. Kebetulan sebelum itu beberapa ustad gomen datang dan duduk memerap dalam hotel mahal ni.

Tetapi apabila sampai, Almarhum kata dia nak duduk tidur sama dengan kami pelajar di Islamic Centre Wellington, tempat program tamrin yang kami adakan. Memang kami tidur disitu masa itu. Kami semua agak terkedu dengan sikap rendah diri dan tawaddhu' Almarhum. Sepanjang bersama, Almarhum makan minum dengan kami. Itulah pengalaman pertama saya makan dalam talam, berebut kami nak makan dengan Almarhum. Tak cukup dengan itu, Almarhum turut sama membasuh pinggan, menyapu dan membersihkan centre tu. Saya perhati tengok Almarhum kekadang membasuh pakaian dia sendiri. Wajah Almarhum sungguh membawa ketenangan bila melihatnya.

Saya sendiri agak terkedu bila Almarhum nak ziarah rumah kami masa tu di No. 2 MacDonald Crescent, Wellington. Tau-taulah rumah student bujang, semua jantan pulak tu! Kami pergi naik tramp dan kena jalan kaki dekat 15minit juga mendaki bukit. Tapi Almarhum selamba aje mengikut kami berjalan. Sampai ke rumah kami, Almarhum sedikit pun tak menegur dengan papan karom dan lain-lain harta karun yang ada yang menunjukkan kami yang dok rumah tu memang jenis happy go lucky punya geng. Sebaliknya saya ingat kata Almarhum, "jadi orang muda ni memang seronok, tapi sayang umur muda datang sekali aje". Kata-kata itu walaupun sepatah dan sempoi aje, tapi terus menusuk ke jiwa saya.

Timbul persoalan takkan nak sia-siakan usia muda yang datang hanya sekali ini. Saya mula tertanya-tanya apa makna hidup ini, mengapa kita dihidupkan, apa tujuan kita, kemana kita selepas ini. Waduh..berserabut kepala masa tu.

Tapi nak jadi cerita, dalam kepala dok berserabut dengan macam-macam soalan tentang falsafah kehidupan itu, kuliah suboh pada pagi itu menjadi pembuka mata dan jiwa kepada saya. Dalam tazkirahnya, Almarhum membawa tajuk "Dua Peranan Manusia", kupasan tentang mengapa manusia dihidupkan, apa tanggungjawab dan matlamat kita, serta kemana kita nanti akhirnya. Bagaimana kata Almarhum, kita ini adalah makhluk ciptaan ALLAH yang dicipta dengan dua peranan; bahawa kita dicipta untuk memperhambakan diri kepadaNya, selain menjadi khalifah ALLAH dimukabumi ini. Bahawa sebagai hamba mahupun khalifah, ALLAH menurunkan Al Quran sebagai manual kehdiupan manusia.

Saya ingat lagi kiasan Almarhum, alangkan syarikat Toyota pencipta kereta pun memberikan manual untuk tujuan pemakaian dan penjagaan kereta ciptaannya. Kita mungkin rase kereta Mercedes tu hebat, tapi kita tak boleh pakai manualnya kepada kereta Toyota, jahanam nanti. Kita mesti tetap berpegang kepada manual Toyota walau apa pun orang nak kata.

Begitulah seorang manusia, dilahirkan dengan dua peranan dan diberi Al Quran sebagai manual kehidupan. Kita mesti berpegang kepadanya, walau macam mana dugaan dan godaan datang. Walaupun nampak cara hidup barat hebat dan menyeronokkan, tetapi itu bukan manual hidup kita. Kalau kita ikut juga, kita akan jahanam. Berpeganglah kepada manual Al Quran, kita pasti selamat! Begitu tegas tapi lembut ayat-ayat tazkirah daria jiwa Almarhum menusuk jiwa saya. Malah itulah harinya saya mula berminat untuk mendalami Islam, mengkaji agama lain untuk melihat kebenaran Islam dan berjinak-jinak dengan gerakan Islam.

Sebenarnya banyak yang boleh saya coretkan mengenai pengalaman bersama Almarhum. Walaupun saya sendiri tidak pernah menganggotai Al Arqam, namun persahabatan saya dengan Almarhum saya terus pelihara. Semasa tindakan Pusat Islam memfatwakan Al Arqam sesat, sayalah peguam yang memfailkan saman terhadap Pusat Islam untuk mengisytiharkan fatwa itu sebagai tidak sah. Bersama YM Raja Aziz Addruse masa itu, kami cuba mempertahankan institusi Al Arqam. Kalau ya sesat pun bukan Al Arqam, mungkin individu tertentu. Mengapa perlu nak dilumpuhkan Al Arqam sehingga habis segala perniagaan dan rangkaian komersial mereka turut nak dimusnahkan. Berdepan dengan suasana itu, kerajaan menggunakan Akta Keselamatan Dalam Negeri untuk menghancurkan Al Arqam pada tahun 1994.

Saya masih ingat bagaimana Abuya diheret ke muka televisyen dalam siaran secara langsung untuk dipaksa membuat pengakuan beliau sesat. Semasa itu, Tun Mahathir adalah Perdana Menteri, dan Anwar Ibrahim adalah Timbalan Perdana Menteri. Namun langsung tiada sebarang pertolongan atau bantuan diberikan kepada Abuya atau Al Arqam. Saya tahu sebab saya terlibat secara langsung.

Malah saya teringat dalam satu pertemuan saya dengan Almarhum di Nilai Spring pada hari Ahad 14 Rejab 1428 bersamaan 29.07.2007, Almarhum semasa itu dalam keadaan terbaring dan tidak boleh bercakap melainkan melalui perantaraan Ummu Khatijah yang setia bersama Almarhum. Saya masih ingat bila nama Anwar Ibrahim disebut, Almarhum memberi isyarat yang tidak ingin saya dedahkan disini. Ia akan menjadi rahsia antara saya dan Almarhum. Sebagaimana apa yang disebut oleh Almarhum Dato' Ishak Baharom, mantan Mufti Selangor kepada saya apabila isu berkenaan Anwar Ibrahim dibangkitkan semasa kami berbual. Itu rahsia yang tetap akan saya simpan insyallah.

Tetapi sikap kasih sayang Almarhum kepada saya masih ada, dan Almarhum menghadiahkan saya sebuah buku bertajuk "POLITIK ISLAM Membawa Kasih Sayang" tulisan Almarhum sendiri. Almarhum juga menghadiahkan saya beberapa baranganan dan penulisan lain. Tetapi yang saya paling hargai ialah sehelai serban yang pernah Almarhum hadiahkan kepada saya, yang tetap saya simpan dan gunakan sekali sekala sehingga kini

Saya merindui saat bersama dengan Almarhum, walaupun hanya sekali sekala dapat bersama dengan beliau. Kata-katanya, nasihat Almarhum, gurau senda dan gelak tawanya. Setiap kali berada disisi Almarhum, saya berasa sangat tenang dan selamat. Almarhum adalah mursyid saya, guru saya, dan saperti bapa bagi saya.

Moga ALLAH memberikan rahmat dan keampunan kepada Almarhum. Semoga ALLAH meletakkan Almarhum bersama dengan para syuhada, para solihin, dan para siddiqin. Moga ALLAH melapangkan kubur Almarhum, dan menerangkan cahayaNya dialam barzakh sana. Semoga ALLAH menganugerahkan syurga buat Almarhum. Dan semoga ALLAH memberikan kesabaran kepada keluarga, anak isteri, sahabat handai dan para murid Almarhum dalam menghadapi ujian ini. Amin ya rabbal 'alamin.

Wassalam.
Zulkifli Bin Noordin
Jumaat
30 Jamadil Awal 1431
14 April 2010

Sunday, May 16, 2010

DPM: Why are 80% of Malays in low income category?

Star Online

Melayu ni kalau ikutkan sejarah bukan sejenis kaum keturunan seperti yg difahami zaman sekarang. Melayu ni merujuk kepada satu bangsa yg tinggal di gugusan kepulauan Melayu, yg bertutur bahasa Melayu dan hidup mengikut tradisi Melayu. Jadi, tidak hairan kalau yg mengaku Melayu itu mukanya seperti Jawa, seperti Cina, seperti India dan sebagainya, sebab Melayu ialah bangsa. Nak menetap di Tanah Melayu mesti jadi org Melayu. Bukan duduk dah lama tapi cakap Melayu pelat2.

Ada pendapat mengatakan Hang Tuah itu keturunan Cina - (ada kaitan dengan sejarah kedatangan China ke Melaka), tetapi dia adalah pejuang Melayu kerana dia hidup sebagai bangsa Melayu di Tanah Melayu. Begitu hebatnya Melayu sebagai bangsa.

Zaman telah berubah, Melayu telah bertukar daripada satu bangsa kepada satu jenis kaum keturunan, dan sekarang di Tanah Melayu ini semua org tak perlu jadi "bangsa Melayu", jadi kaum berbagai2 pun tak mengapa. Maka jadilah isu racism, isu jurang ekonomi, dan seumpamanya yg timbul.

Kemudian Melayu juga mengalami perubahan mindset, daripada mindset "membina empayar" contohnya empayar Melayu yg menjadi pusat pendidikan, pusat perdagangan dan pusat pemerintahan di rantau ini, kepada mindset ala kadar, mindset "bole la", mindset cukup makan, mindset bila sebut sederhana dalam Islam maksudnya pakai compang camping sbb nak zuhud. Mindset cincai.

Tak tahulah racun apa yg penjajah Tanah Melayu dah bubuh dalam nasi org Melayu, sampaikan bangsa yg pernah satu masa cemerlang, gemilang, terbilang menjadi mundur, bodoh sombong, tak boleh ditegur, tak boleh dikritik, gila kuasa. Model Ekonomi Baru yg disusun kerajaan, yg memberi rezeki kepada sesiapa yg berusaha aka berdasarkan merit pun dianggap sebagai satu ancaman kepada org Melayu. Masih mengharapkan tongkat bantuan.

Nak lihat bangsa Melayu kembali maju dan mempunyai mentaliti berdaya saing di Tanah Melayu, mesti bermula dengan pendidikan dari peringkat awal, cuci mindset sebersih2nya. Jangan warisi kesilapan generasi sebelum2 termasuk yg ada hidup bernafas sekarang. Emosi yg tak bertempat. Ada akal tapi tak jadikan ia selari dengan prinsip AlQuran. Bila kalah dalam semua bidang, mulalah salahkan takdir, salahkan penjajah, salahkan kaum lain. Padahal kunci perubahan ada pada tangan bangsa itu sendiri.

Ubah mindset dulu. Mustahil Melayu akan berubah menjadi kaya, pandai, dihormati tanpa terlebih dahulu mengubah pola fikir yg ada sekarang.

Friday, May 14, 2010

Utusan dan Berita Harian tak siar berita kerajaan lulus lesen judi bola

Akhbar Melayu Gelapkan Berita Lulus Lesen Judi Bola

Utusan Malaysia dan Berita Harian yang dikawal oleh Umno tidak memuatkan laporan kerajaan pimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak meluluskan pemberian lesen judi perlawanan bola itu.

Tindakan itu disifatkan sebagai cubaan terancang untuk melindungi UMNO daripada dikritik oleh orang Melayu.

Pengumuman Bursa Saham Kuala Lumpur mengenai kelulusan lesen itu menjadi antara tajuk akhbar berbahasa Inggeris The New Straits Times dan The Star.

Namun laporan sama tidak mendapat tempat dalam akhbar Utusan Malaysia, mahupun Berita Harian walaupun ia menjadi antara berita utama semalam.

Petikan tvselangor.com 

Saturday, May 8, 2010

Politik di masjid: Pengasas Pondok Geting ulas

Politik di masjid: Pengasas Pondok Geting ulas
--------------------------------------------------------------------------------

KOTA BHARU 7 Mei - Larangan yang dikeluarkan oleh Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah supaya masjid di seluruh negeri tersebut tidak digunakan untuk tujuan politik adalah selaras dengan kehendak agama Islam.

Pengasas Pondok Geting, Abdullah Sa'amah (gambar) berkata, politik kepartian seperti yang diamalkan ketika ini, tidak ada sedikit pun hubung kait dengan agama malah kalimah siasah yang diterjemahkan dengan politik adalah tidak tepat dan amat kabur.

Beliau berkata, politik di zaman Rasulullah SAW dengan politik kepartian adalah amat berbeza kerana apa yang ada hari ini ialah peninggalan penjajah yang di dalamnya mempunyai seribu satu unsur bertentangan dengan Islam.

"Ini seperti fitnah-memfitnah, tuduh-menuduh, membuka aib dan jatuh-menjatuhkan sesama sendiri telah mencetuskan ketidakharmonian dalam masyarakat Islam sendiri.

"Pada pandangan saya apa yang dititahkan itu benar, tidak lari dari kehendak agama dan saya percaya larangan berpolitik di dalam masjid ini lebih terarah kepada Pas dan pakatan pembangkang yang cuba mengambil kesempatan dengan menjadikan masjid untuk mendapat pengaruh dan kuasa," katanya.

Akhbar melaporkan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) akan bertegas melaksanakan titah Sultan Sharafuddin Idris Shah yang melarang program politik dianjurkan di masjid-masjid seluruh negeri ini.

Keputusan itu diambil hasil mesyuarat Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) semalam yang turut menyokong penuh titah baginda.

Baru-baru ini Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dalam ceramahnya di Tumpat menyifatkan individu yang enggan membenarkan masjid digunakan untuk berpolitik sebagai 'bodoh'.

Laporan media menyebut Nik Abdul Aziz yang mempertahankan kenyataannya bahawa masjid boleh digunakan untuk tujuan berpolitik berkata: "Baso bodo payoh nak ajar (jenis bodoh susah hendak diajar), inilah sikap orang yang amal politik suku agama suku."

Khamis lalu, Sultan Selangor menjelaskan bahawa tujuan baginda melarang masjid digunakan sebagai pentas politik adalah untuk menjaga kesucian dan keharmonian tempat ibadah itu.

Abdullah yang semakin menjadi sasaran kecaman pimpinan Pas berkata, politik yang dibawa oleh pakatan pembangkang amat bercelaru dan bertentangan dengan Islam serta bercanggah dengan pandangan pimpinan Pas suatu ketika dulu.

"Banyak yang bercanggah sebagai contoh rujuk balik fatwa Dewan Ulama Pas Kelantan pada Ogos 1963, orang Islam yang berkongsi dengan orang- orang kafir memerintah negara menjadi kafir atau haram," katanya.

Abdullah berkata, ahli Pas akan tertipu sekiranya mempercayai hujah Nik Abdul Aziz bahawa politik dan agama yang dibawanya sama dengan keadaan politik pada zaman Nabi Muhammad SAW.

Tambahnya, Menteri Besar Kelantan itu hanya mahu menghalalkan perbuatan yang menjadikan DAP sebagai rakan seangkatan apabila menyatakan politik dan agama tidak dapat dipisahkan.

(Petikan dari Utusan Online)

Thursday, May 6, 2010

Beri peluang mahasiswa berpolitik

Petikan akhbar: Beri peluang mahasiswa berpolitik

Komen: Saya perhatikan suasana politik yg cuba dibawa oleh mahasiswa tidak ubah seperti suasana politik negara. Tidak aman, berpecah belah, terpekik2, byk sentimen, cenderung kepada emosi, tidak berlandaskan hujah ilmu.

Sepatutnya mahasiswa mesti membawa pembaharuan dalam imej politik, tidak semestinya politik itu mesti digambarkan sebagai berpuak2, mengangkat kumpulan sendiri sebagai yg paling benar, menjatuhkan kumpulan lain dan menimbulkan tuduhan2 yg membawa ke arah huru-hara, seperti yg berlaku dalam politik negara.

Politik adalah satu cabang ilmu dan dalam Islam ada menjelaskan tentang ciri2 politik yg sesuai dan adil. Manakala sistem demokrasi ialah salah satu sistem yg digunakan utk menghidupkan politik. Politik adalah ilmu yg berkaitan dgn mengatur, mengurus / mentadbir suatu masyarakat atau negara.

Mahasiswa mesti berlepas diri dari definisi politik yg dibawa oleh parti2 politik negara. Politik zalim. Politik masa depan mesti berlandaskan budaya ilmu, hujah jelas yg menggunakan akal, yg sesuai dengan fitrah kejadian manusia. Yang paling penting, perjuangan mesti selari dengan prinsip2 yg termaktub dalam AlQuran. Kita hidup dan mati pun nak memastikan hukum Allah berjalan, termasuklah dalam politik.

Bukan politik hawa nafsu seperti yg hidup dalam politik negara sekarang. Baik yg memakai songkok, yg memakai serban putih bergaduh sesama sendiri walaupun sama agama. Walaupun mengaku menyembah Tuhan yg sama. Sangat memalukan dan merugikan, kerana tidak menjadi contoh yg boleh dibanggakan kepada org2 bukan Islam.

Politik yg plg ideal utk sebuah negara yg sejahtera ialah, semua parti mesti menuju ke arah perjuangan yg sama iaitu memastikan semua rakyat dapat hidup yg sesuai dgn tujuan penciptaan sebagai manusia. Dalam erti kata lain, semua parti mempunyai objektif yg sama: nak sembah Tuhan. Cuma yang membezakan antara satu parti dgn yg lain, ialah kadar keberkesanan melaksana atau memenuhi perintah/kehendak Tuhan. Jadi rakyat cuma perlu memilih parti mana yg dinilai paling baik pelaksanaannya ke arah nak sembah hukum Tuhan.

Tidak seperti sekarang, kebanyakan parti berasaskan perkauman. Susah nak pilih sebab tiap2 parti agendanya lain2. Semua parti ada "busuk" yg tersendiri, jadi terpaksa pilih parti yg dinilai kurang memberi mudarat. Kalau ada pun unsur2 agama, cuma atas sebab nak menangkan parti sendiri, bukan nak memenangkan kebenaran. Kalau kata parti lain ada bercakap sesuatu yg benar, habis-habisan akan ditentang dengan alasan, "itu semua tipu daya politik".

Tuesday, May 4, 2010

Komen tentang: Sawadekap, selamat siang dan budi bahasa

Komen: Saya sangat bersetuju dengan pendapat yg mengatakan penjaga kaunter di mana2 kedai pun dalam Malaysia rata-rata sangat tidak beradab. Seolah2 kita yg terhegeh2 nak berkunjung ke kedai mereka, padahal merekalah yg sepatutnya yg memberi servis yg membuatkan pelanggan ingin datang lagi. No manner, macam pelanggan ni suka sangat bagi duit pada dia yg berlagak minta duit. Nanti bila bisnes tak laku, salahkan takdir, salahkan hasad dengki, salahkan jin dan sebagainya. Padahal servis teruk.

Ini pun masalah pendidikan. Amalan budi bahasa yg semakin menjadi mitos. Baik kat kedai, kat jalanraya, kat ofis, adui org yg perangai macam hantu memang ramai, especially di Malaysia.

Sistem pendidikan Malaysia mesti ubah kepada objektif nak melahirkan "manusia yg selari dgn kehendak Tuhan yg menciptakan mereka", daripada objektif sekarang semata2 nak lahirkan org bersijil utk apply kerja, makan gaji, jadi hamba sistem taghut lepas tu perangai "tak menepati akhlak" (tak sampai hati nak sebut macam "binatang", walaupun hakikatnya ya memang, ada yg seperti itu).

Juga diulas tentang suasana politik demokrasi yang sangat tidak membantu dalam membentuk masyarakat yg berbudi bahasa. Sangat2 hendak menang kerusi, gila kuasa dan wang sampai lupa tentang tatasusila yg semakin hilang terutamanya oleh ahli politik demokrasi sendiri.

Hendak berbakti kepada rakyat menjadi mitos yg indah ketika kempen pilihanraya. Bila menang, malas turun padang. Bila kalah, bagi alasan ada corruption, ada penipuan dsb.

Ataupun rata-rata yg terlibat dalam politik demokrasi sebenarnya korup. Yang baik2 bukan takde, tapi susah nak menang, lebih2 lagi dalam sistem demokrasi yg mementingkan populariti berbanding budaya ilmu. Mana lebih betul.

====================

Petikan dari Utusan Malaysia
Sawadekap, selamat siang dan budi bahasa

"51 RINGGIT," tutur seorang gadis juruwang di sebuah restoran kontemporari yang lebih selesa melihat skrin mesin juruwang daripada memandang muka pelanggan yang mahu membuat bayaran.
Dari segi adab, memang tidak sopan. Pelanggan yang sepatutnya dihargai, dilayan seperti orang mahu berhutang pula. Sayang restoran yang gah dengan reka bentuk dalamannya yang serba 'wah', kaku dengan pekerja berminda beku.
Dan senario ini bukan asing di sektor restoran dan perkhidmatan di Malaysia.
Di sebuah pusat beli-belah, seorang juruwang Melayu acuh tak acuh memaklumkan kepada pelanggan supaya menukarkan baucer di kaunter di tingkat bawah. Daripada mimik mukanya, dia kelihatan sedang ada masalah.
Berbeza sekali dengan juruwang asing di kaunter sebelahnya (loghatnya dari Vietnam atau Kemboja) yang bersungguh-sungguh menunjukkan lokasi baucer boleh ditebus.
Cuba amati pula kawasan meletak kenderaan di pasar raya. Troli diletakkan bersepah-sepah. Sikap suka mmenyusahkan orang dan kiasu pentingkan diri sendiri nampaknya masih sukar diubati.
Di mana budi bahasa dan nilai-nilai murni rakyat Malaysia yang dibanggakan penuh tatasusila, kesopanan dan nilai-nilai orang Timur?
Tidak hairan, ramai rakyat asing sering mengeluh apabila membeli-belah di Malaysia. Mereka dilayan seperti tidak ada wang. Kadang-kadang seperti peminta sedekah.
Untuk ini, rakyat Malaysia perlukan kempen kesedaran. Dan kempen budi bahasa serta nilai-nilai murni ini telah dilaksanakan sejak 2005 lagi. Kempen ini masih berlangsung sehingga kini dengan sekali sekala tersiar di media elektronik tips-tips berbudi bahasa.
Kesannya, mungkin hanya ketara di sektor awam. Ia gagal mengubah perangai kasar sebahagian orang yang anehnya, memilih pula bekerja untuk melayani orang ramai.
Suasana mesra dan dihargai memang masih jauh daripada yang sepatutnya. Ini begitu dirasai terutama kepada mereka yang biasa berpergian ke luar negara.
Jangan pergi jauh. Sawadekap membuatkan kita selesa di Thailand. Selamat siang meruntun hati kita betah di Indonesia. Ucapan pemanis seperti itu dilakukan secara wajar, meluncur bagai air dan bersahaja tanpa terlihat kesan terpaksa.
Kita di Malaysia? Belum wujud budaya budi bahasa berkualiti dalam kerja dan kehidupan seharian kita.
Siapa yang harus dipersalahkan? Sistem pendidikan, orang tua kita atau orang politik. Siapa yang mengajar rakyat tidak berbudi bahasa?
Berbudi bahasa, beradab, bersopan santun serta bertoleransi harus sentiasa disemai. Itu yang selalu dinyatakan oleh elit politik. Bagaimana pula realitinya?
Di Hulu Selangor, setelah sembilan kali pilihan raya kecil dalam tempoh tiga tahun ini, kita seperti masih terlilit dengan sikap kurang budiman. Elit politik seperti tidak peduli untuk memberi pendidikan politik yang sihat kepada rakyat.
Nurani rasa tersentuh apabila semua calon bertanding pada pilihan raya kecil itu bersalaman dan berganding tangan. Tetapi sayangnya itu cuma semasa penamaan calon. Ia hanya kosmetik demokrasi di atas pentas politik.
Difahami jika mereka 'berperang' semasa tempoh kempen, Itu memang medannya. Tetapi apabila diumumkan pemenangnya, calon pilihan raya terutama yang kalah seperti masih terbawa-bawa panasnya kempen.
Sentimen sempit kepartian lebih diutamakan. Apa salahnya calon yang kalah mengucapkan tahniah kepada yang menang. Lebih molek saling bersalaman, kalaupun tidak berpeluk. Itu adat dan resam bertanding yang dipupuk sejak prasekolah.
Kalah dalam pertandingan politik seperti juga dalam sukan tidak seharusnya menjadikan seseorang itu hilang pertimbangan. Adat pertandingan ada yang menag, ada yang kalah.
Tetapi ada yang lebih suka menang jadi arang, kalah jadi abu. Memang sejarah lebih banyak berpihak kepada yang menang, perkasa dan kuat. Sejarah di mana-manapun, lebih dominan menjadi milik kepada yang menang.
Tetapi yang kalah mungkin berpeluang tercatat dalam sejarahnya tersendiri, jika bersikap budiman. Lebih penting ia dapat mendidik masyarakat amalan hidup yang betul. Mereka akan dikenang dengan sifat budimannya.
Mesej tidak semestinya disampaikan dengan cara bercakap mahupun kempen. Ia lebih berkesan jika ditunjukkan dengan perbuatan.
Ini mungkin antara punca masyarakat Malaysia kurang budi bahasanya, rendah sopan santunnya dan tak elok adabnya. Kita banyak bercakap tapi kurang memberi contoh. Selalunya pula cakap tak serupa bikin.
Related Posts with Thumbnails