Friday, April 23, 2010

Komen tentang: Tudung: Bukan Islam tak salah

====================

Komen: Secara keseluruhan, saya bersetuju dengan artikel di bawah (petikan dari Utusan Malaysia). The blame is on umat Islam themselves for not understanding their own religion by reading AlQuran. Agama main ikut2 cakap orang tanpa usul periksa. Kefahaman Islam mesti berteraskan AlQuran. 

Perenggan yg pada saya paling menarik perhatian:

Perkembangan diskriminasi terhadap pekerja Muslim ini adalah rentetan daripada kelemahan umat Islam sendiri. Jika kita lihat budaya hidup umat Islam kini, terutama di Malaysia tidak ada banyak beza dengan bukan Islam.

Lelaki dan wanita Islam kini tidak lagi serius menjaga budaya dan amalan Islam, bermula daripada unit keluarga sehinggalah kepada skala masyarakat dan negara.  

Inilah namanya agama ikut-ikutan, agama tanpa usul periksa, agama keturunan semata-mata. Agama ikut2 cakap org mengaku ustaz. Bila org agama lain keluar hujah sikit dah gelabah takut keliru. Keliru memanjang aje. Sebab tak baca sendiri AlQuran. Diwarwarkan baca sendiri nanti jadi sesat. Padahal seluruh dunia ni ramai org yg convert to Islam selepas membaca AlQuran, bukan sebab tengok perangai umat yg lahir2 aje sudah mengaku Islam.

Tapi di Malaysia ni terbalik, yg mengaku umat Islam pun tidak menjadikan baca AlQuran sebagai agenda yg paling utama utk mencari kebenaran. Sebab tu masalah tak pernah-pernah selesai sebab bertindak ikut nafsu (kemahuan) peribadi, kononnya ia logik manusia.

====================

Tudung: Bukan Islam tak salah


SAYA amat tertarik dengan tulisan Hyena dari Negeri Sembilan yang mempertahankan syariat Islam bertudung daripada 'digadai ganti' oleh tawaran pekerjaan.
Dalam tulisannya di ruangan ini 20 April lalu, beliau meluahkan kesedihan betapa sukarnya mendapat pekerjaan hanya kerana beliau bertudung.
Beginilah di akhir zaman apabila kedudukan umat Islam cukup lemah, sehinggakan amalan wajib yang kita amalkan sudah berani 'ditawar menawar' oleh pihak-pihak lain atas alasan mencari pekerjaan.
Jika kita lihat daripada sudut liberalisasi hak, pihak majikan tersebut menganggap ini suatu lumrah atau 'normal', sedangkan daripada segi hukum dan hak umat Islam ia adalah satu bentuk diskriminasi dan penghinaan terhadap amalan syariat.
Saya berpendapat hal ini tidak boleh disalahkan seratus peratus kepada pihak bukan Islam atas beberapa sebab. Antaranya:
Lihatlah gelagat dan pemakaian umat Islam sendiri, terutamanya wanita-wanita Melayu sekarang. Pemakaian rata-rata wanita Melayu sekarang tidak lagi menggambarkan ciri-ciri menutup aurat dengan sempurna. Memakai tudung tetapi mengenakan seluar dan baju yang ketat, menampakkan belakang dan depan, menonjolkan bentuk tubuh badan yang lebih bersifat 'penggoda'.
Apabila pemakaian begini diamalkan oleh perempuan Melayu, golongan bukan Islam tidak memandang mulia dan melihat perbezaan aurat bertudung atau tidak.
Sebaliknya ia sama sahaja untuk menonjolkan kebolehan mengeksploitasi wajah dan tubuh badan wanita-wanita separa seksi ini bagi promosi perniagaan.
Selain itu amalan diskriminasi terhadap wanita bertudung juga disebabkan ada ramai wanita Muslim lain sanggup menerima peraturan membuka tudung atau melakukan perkara melanggar syarak lain untuk majikan bukan Islam tersebut. Jadi, majikan bukan Islam secara mudah membuat justifikasi perkara aurat ini hal remeh dan tidak penting.
Daripada sudut undang-undang pekerjaan di negara ini tidak jelas sama ada undang-undang khusus membela dan mempertahankan hak-hak pekerja Muslim, terutama di sektor swasta seperti hak bersolat, makanan halal di tempat kerja, menutup aurat bagi lelaki dan wanita serta tahap sosial persekitaran di tempat kerja yang dibenarkan oleh syariat Islam.

Sebagai contoh, jika majikan meletakkan seorang wanita dan seorang lelaki di dalam sebuah bilik tertutup, bagaimana undang-undang tersebut boleh membela hak pekerja Islam jika ia menolak tugasan tersebut.
Oleh itu, pihak berwajib melalui bantuan JAKIM boleh mewujudkan SOP (standard operating prosedures) untuk diguna pakai oleh majikan bukan Islam kepada pekerja Muslim supaya selaras dengan kehendak Islam.
Perkembangan diskriminasi terhadap pekerja Muslim ini adalah rentetan daripada kelemahan umat Islam sendiri. Jika kita lihat budaya hidup umat Islam kini, terutama di Malaysia tidak ada banyak beza dengan bukan Islam.
Lelaki dan wanita Islam kini tidak lagi serius menjaga budaya dan amalan Islam, bermula daripada unit keluarga sehinggalah kepada skala masyarakat dan negara.
Bergaul bebas lelaki dan perempuan sejak di usia sekolah lagi telah menjadi amalan biasa pada hari ini sehingga telah membiasakan masyarakat kita dengan seks bebas, akhirnya terbuanglah bayi-bayi tidak berdosa oleh manusia penzina lagi pembunuh ini.
Akibat ini juga, umat Islam dipandang jijik, lemah dan rendah oleh bukan Islam sama ada di Malaysia ataupun di mana sahaja, sudahlah lemah di dalam semua bidang keutamaan dunia, seperti penguasaan perniagaan, pencetus teknologi dan pembuatan, malah terjebak pula dengan perkara luar kemanusiaan dan kepelbagaian jenayah.
Oleh itu, diskriminasi yang berlaku pada pekerja Islam ini harus dipandang pada skop yang lebih luas, iaitu ia berpunca daripada sikap kita umat Islam sendiri yang lemah dan tidak kukuh pada ibadah dan budaya hidup Islam seperti yang dimajukan oleh sunnah melalui kitab al-Quran.
Rasulullah SAW juga telah meramalkan akan keadaan ini dan ia sudah semakin nyata, seperti yang sebuah hadis diriwayatkan oleh Thauban r.a., bahawa Nabi Muhammad SAW bersabda, yang bermaksud setelah ditanya oleh para sahabat,
"Apakah ketika itu umat Islam telah lemah dan musuh sangat kuat?" Sabda Baginda SAW: "Tidak, Bahkan mereka pada masa itu lebih ramai, tetapi ibarat buih di laut yang menjadi tidak berguna lagi tidak digeruni."

Semoga kita mengambil iktibar dan tidak merebak menjadi parah.

Muhammad Azwan
Nibong Tebal, Pulau Pinang

Wednesday, April 21, 2010

Malaysia perlukan perubahan

Petikan dari Utusan Malaysia, isi penting yg menarik perhatian.

Malaysia perlukan perubahan
KUCHING 20 April - Pelaksanaan transformasi ekonomi yang dibuat oleh kerajaan adalah selaras dengan tuntutan serta perubahan persekitaran ekonomi global yang bergerak pantas dan lebih berdaya saing.

Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, kemunculan kuasa-kuasa ekonomi baru yang lebih berkos efektif seperti Brazil, Rusia, India dan China, menuntut Malaysia supaya melakukan perubahan yang serupa.

''Kita perlu sedar, untuk terus mencipta kejayaan, kita tidak boleh meneruskan serta berpegang kepada strategi tradisi dan pelaksanaan dahulu kerana ia mungkin tidak lagi sesuai dengan keadaan semasa.

''Justeru itu, perubahan dan cabaran semasa menuntut rombakan, penambahbaikan, penstrukturan semula pendekatan serta strategi yang diguna pakai sebelum ini untuk memperkukuhkan kedudukan bangsa dan negara di mata dunia," katanya.

Komen:
Malaysia memang kena berubah. Perubahan mindset memang satu agenda besar (note: urgent) dan menuntut penglibatan setiap jiwa yg mengaku bangsa Malaysia.

Friday, April 16, 2010

Membaca harakah daily online

Sekali sekala saya membuka laman online harakah daily utk menjenguk aktiviti2 sebuah parti demokrasi yg mendakwa ingin menegakkan Islam di Malaysia. Saya tak pasti apa pendapat org lain apabila membelek, membaca berita2 atau rencana dalam Harakah. Cumanya secara peribadi, saya merasakan beberapa bahagian daripada byk bahagian yg disiarkan lebih menjurus kepada pertelingkahan, perebutan kuasa dalam sistem demokrasi, walaupun sesama nama Islam tetapi dalam parti lain.

Apabila parti pemerintah mencadangkan satu program / model, maka most likely berita yg disiarkan dalam harakah mesti seboleh mungkin akan kata, ini tak adil, ini tak betul dsb. atau paling kurang pun mengatakan ada "udang sebalik batu" di sebalik niat baik parti pemerintah, org ramai dinasihatkan jgn terpedaya.. Seolah2 ditakdirkan mereka ni dilahirkan utk bergaduh. Kalau tak bergaduh macam berdosa.

Ini sesama org mengaku Islam. A lot of hatred..

Kemudian bila diperhatikan, sangatlah kurang disiarkan tulisan2 yg bertujuan utk educate ahli2nya tentang Islam yg haq. Islam yg progresif dan maju. Yang memupuk kasih sayang sesama manusia. Kalaupun ada ceramah umum, mesti tak lari dari kutuk mengutuk dan kata2 yg tidak sewajarnya keluar dari mulut org yg mendakwa membangun bersama Islam.

Yang diberi penekanan cuma perebutan kuasa, berebut kerusi, bergaduh, berperang, bercakaran sesama Islam. Saya sangat tidak bersetuju kalau ada yg mengatakan inilah suasana politik Islam. Pada saya ini sebenarnya politik demokrasi. Walaupun serbannya putih besar dan ekornya panjang ke pinggang. Tapi mereka masih umat demokrasi. Demokrasi ciptaan manusia. Berebut kuasa dulu, sebarkan hatred, semata2 nak menang kerusi. Nak kuasa tersangat2. Demokrasi mementingkan perebutan kuasa, kebenaran kemudian2, yg penting menang. Pendidikan kemudian. Sebab tu ada ahli2nya yg sampai baring atas jalan. Atau baling batu ke arah bas yg membawa student balik kampung. Ada yg bertempik2 bila pilihanraya.

Daripada sibuk2 nak cepat laksana hukum hudud, persoalannya sudahkah mendidik ahli2 yg bernaung dalam parti tentang apa itu cara hidup Islam yg sebenar. Sudahkah non muslim diterangkan tentang apa itu Islam yg menjadi rahmat seluruh alam. Kalau belum, nah, jangan sibuk2 nak hukum orang sebelum educate properly. Tentu sekali hudud tidak boleh dilaksanakan dalam keadaan org ramai tak faham atau pertikai. Islam bukan semata-mata nak jatuhkan hukuman baru org jadi baik. Islam sangat mementingkan pendidikan.

Hakikatnya Islam di Malaysia cuma berlegar di kalangan mereka yg memegang status ustaz, berlegar di kalangan kaum yg sama sejak dulu sampai sekarang.. tak berkembang, Quran dibaca bukan utk difahami dan dilaksanakan, tapi utk mengharapkan sesuatu yg magic turun dari langit ala2 burung ababil. Zikir byk2, tasbih byk2 dengan harapan masuk syurga tetapi tidak ada agenda besar-besaran utk tukar mindset dulu.

Saya pun tak menafikan kalau baca paper pro kerajaan, seperti Utusan boleh tahan juga propagandanya. Lagi kuat sifat ke"melayu"an dia, lebih kuat daripada sifat agama. Sampai tak berkembang agama, balik2 pusing kat kaum yg sama, kaum lain tak dapat pun mesej kebenaran Islam, kemudian dengan suka hatinya tuduh mereka akan masuk neraka. Seolah2 mereka memang dah ditakdirkan lahir ramai2 utk masuk neraka.

Sebagai parti yg kononnya lebih islamik, sepatutnya kenalah tonjol action yg 100x lebih baik daripada parti2 lain. Action yg reflect akhlak AlQuran. Kalau perangai pun 2x5 sahaja seperti parti2 lain banyak havoc dari aman, banyak bersangka2 bersentimen, rumors dsb., maka kemakmuran Islam apa yg kamu bawa.

AlQuran tak ajar menabur benci sesama manusia..

Usah terlalu eksklusif dalam persoalan agama

Usah terlalu eksklusif dalam persoalan agama


Oleh MOHD. SHAUKI ABD MAJID

KEPUTUSAN sebulat suara mufti agar menggantikan perkataan 'agama' kepada Jawatankuasa Perhubungan Antara Kaum memperlihatkan aliran pemikiran terlalu eksklusif apabila mengehadkan persoalan agama Islam itu kepada kuasa penjaganya sahaja.

Kedinamikan agama tidak dilihat sebagai sesuatu yang sentiasa berkembang dan memerlukan pendekatan baru, malah memperhitungkan tidak perlu dilakukan perbincangan bagi membolehkan persefahaman yang lebih baik diambil oleh masyarakat berlainan agama.

Sandaran pendapat sedemikian sebenarnya merugikan Islam sendiri. Ini kerana golongan bukan Islam seolah-olah tidak dibolehkan berbincang secara terbuka, manakala orang Islam tidak digalakkan untuk memahami agama lain kerana dikhuatiri akan menimbulkan kesan negatif. Wawasan sempit itu sebenarnya sedang berusaha menjadikan kehidupan masyarakat pelbagai agama semakin sulit dan menambahkan lagi salah faham terhadap Islam.

Islam yang menekankan pembinaan peribadi mulia amat menyanjung tinggi perbuatan baik, jujur dan tinggi nilai kemanusiaannya. Islam melarang keras penganutnya bersikap bongkak serta terlalu menonjolkan diri dan kerana itulah kita sentiasa diminta untuk bertindak secara sederhana dan penuh berhemah.

Meskipun manusia dilahirkan secara semula jadinya berbeza sifat, sikap dan pemikiran, setiap daripadanya sentiasa berada dalam keadaan beruntung jika saling kenal mengenali, saling memahami dan bekerjasama dalam banyak perkara, melainkan dalam perkara-perkara yang berkaitan dengan pelanggaran akidah.

Hasrat kerajaan menubuhkan jawatankuasa kerjasama atau perhubungan antara agama bukanlah satu petanda untuk menyamakan taraf dan kedudukan agama-agama lain sehingga boleh disifatkan bercanggah dengan Perlembagaan.

Jawatankuasa Perhubungan Antara Agama sebenarnya lebih merupakan Jawatankuasa Khas Mempromosikan Persefahaman dan Keharmonian Di Antara Agama, kerana dalam dekad pertama abad ke-21 ini, terlalu jarang adanya perbincangan antara kumpulan agama mencari kata sepakat mengenai sesuatu isu untuk faedah bersama.

Islam yang mengakui hakikat perbezaan manusia dari segi ras, kepercayaan dan pegangan sentiasa menyebarkan semangat berbaik sangka, tidak memperolok-olokkan sesuatu kaum yang lain selagi kaum itu menghormati hak dan peraturan Islam.

Maka dengan itu, penubuhan jawatankuasa keharmonian antara agama ini boleh membantu kerajaan memperoleh maklumat dan idea bagaimana untuk merumuskan sesuatu dasar dan tindakan, selagi maklum balas itu bukanlah merupakan desakan untuk mengubah perspektif undang-undang dan akidah orang Islam. Ia mungkin desakan untuk membetulkan sesuatu tindakan dalam pelaksanaan sesuatu dasar yang diputuskan secara sah dan berperlembagaan.

Mungkin jika Jawatankuasa Perhubungan Antara Agama boleh berbincang dan cuba memahami keperluan orang Islam melaungkan azan subuh menjelang awal pagi, jadi ia akan membolehkan bukan Islam memahami dan sedar bahawa betapa segarnya mental dan pemikiran seseorang tatkala fajar pagi.

Dalam kedinginan itulah, kita seharusnya memulakan langkah mencari rezeki, kerana burung-burung turut berkicau keluar dari sarangnya, dan ketika itulah sumber makanan turut menjengah sinar matahari.

Reaksi menolak penubuhan jawatankuasa itu sebenarnya turut mengundang perspektif keliru apabila mengandaikan bahawa adalah tidak wajar membicarakan isu-isu yang berkaitan dengan Islam dengan masyarakat bukan Islam kerana dikhuatiri akan menambahkan lagi saratnya percikan prasangka. Walaupun telah dijawab oleh Timbalan Perdana Menteri bahawa jawatankuasa itu tidak akan membincangkan perkara-perkara tuntutan agama, sebaliknya ia adalah satu ruang kepada semua pihak untuk berbincang dan berusaha memperkukuhkan perpaduan di kalangan rakyat Malaysia yang berbilang kaum dan agama.

Maknanya ruang lingkup atau terma rujukan jawatankuasa tersebut bukanlah berbincang mengenai hal ehwal agama secara prinsipnya. Jawatankuasa itu hanyalah berbincang, bertukar-tukar pendapat dan berkongsi pengetahuan mengenai kaedah hidup bermasyarakat.

Jawatankuasa itu cuba mencari dan mengapungkan nilai-nilai yang dapat diterima bersama oleh seluruh masyarakat pelbagai kaum. Saranan dan cadangan yang diperoleh itu akan dikemukakan ke peringkat seterusnya untuk dipertimbangkan. Ia adalah sebuah platform untuk membentuk persefahaman dan keharmonian antara kaum, kerana ia adalah proses saling kenal mengenali.

Seperti kata peribahasa Melayu, tak kenal maka tak cinta, maka penubuhan jawatankuasa ini adalah untuk mendekatkan jarak yang boleh menjadikan setiap kaum saling kenal mengenal. Ia bukanlah satu perkara yang tidak pernah dilakukan sebelumnya.

Apa yang harapkan pertemuan dan perbincangan ini harus dilakukan dengan penuh keikhlasan supaya dapat mencari titik pertemuan dalam membincangkan soal keagamaan. Dalam hal ini, juga mereka digesa meletakkan kepatuhan sepenuh kepada Perlembagaan Persekutuan khususnya yang berkaitan dengan soal agama. Demikian juga segala pandangan yang bersifat ekstrem harus dihindari bagi mencapai matlamat penubuhan jawatankuasa ini.

Penulis ialah Pengurus Penyelidikan Yayasan Dakwah Islamiyah Malaysia (Yadim).

Wednesday, April 14, 2010

Adakah salah dialog antara agama?

Adakah salah dialog antara agama?


Oleh KASSIM AHMAD
kassim1234@gmail.com

JAWATANKUASA Khas Dialog Antara Agama yang telah ditubuhkan oleh Kabinet telah dibantah oleh Perkasa dan Jawatankuasa Fatwa Negeri Perak atas alasan bahawa Islam sebagai agama negara Malaysia duduk di bawah bidang kuasa Majlis Raja-raja Melayu, bahawa Islam ialah agama yang direda oleh Tuhan (Quran, 3: 19) dan dengan itu tidak sama dengan agama-agama lain, dan agama Islam tidak boleh dibincang oleh orang bukan Islam dan orang-orang yang tidak faham Islam.

Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, menyatakan bahawa Jawatankuasa Khas itu bertujuan menganjurkan persefahaman antara agama dan tidak mempunyai kuasa, kecuali untuk memberi nasihat kepada kerajaan semata-mata.

Apakah bantahan Perkasa dan Majlis Fatwa Negeri Perak itu munasabah? Untuk menjawab soalan ini, fikiran rasional berdasarkan fakta dan akal rasional diperlukan, bukan emosi, apa lagi ketaksuban.

Sejarah telah membuktikan bahawa agama boleh membawa kepada kebaikan yang besar, tetapi ia juga boleh membawa kepada keburukan yang besar. Ajaran para nabi dan rasul, khasnya nabi-nabi dan rasul-rasul yang besar, seperti Nabi Ibrahim, Nabi Musa, Nabi Isa dan Nabi Muhammad, telah membawa kebaikan yang besar kepada masyarakat dan tamadun manusia. Nilai-nilai kebebasan melawan perhambaan, keadilan melawan kezaliman dan kerahiman melawan kekejaman dibawa dan diperjuangkan oleh mereka.

Sebaliknya, ketaksuban kepada sesuatu agama atau kepada tafsiran sesuatu agama telah membawa kerosakan besar kepada masyarakat dan tamadun manusia. Contoh-contohnya banyak. Perang Sabil antara orang Kristian dan orang Islam berlanjutan selama dua ratus tahun antara abad ke-11 hingga ke-13, penyiksaan oleh Gereja Kristian terhadap ahli-ahli sains, seperti Galileo, perang saudara antara pengikut-pengikut Khalifah Ali dan Khalifah Othman dalam abad pertama Islam, dan dalam zaman moden, perang antara Iran dan Iraq (1980-1988).

Dalam Quran tiga sikap dianjurkan terhadap agama-agama lain. Pertama, sikap bertelorensi: "Bagi kamu agama kamu, dan bagiku agamaku." (Quran, 109: 6) Kedua, sikap rasional mengadakan perbahasan yang baik: " … dan debatlah dengan mereka dengan cara yang paling baik," (Quran, 16: 123) Ketiga, sikap meyakini bahawa kebenaran akan muncul akhirnya melalui proses alamiah: "Jika ada orang yang membantahmu selepas datang kepadamu pengetahuan, katakanlah, 'Marilah kita panggil anak-anak kami dan anak-anak kamu, isteri-isteri kami dan isteri-isteri kamu, dan kami sendiri dan kamu pun, kemudian marilah kita serukan laknat Tuhan menimpa orang yang berdusta.'" (Quran, 3: 61)

Islam disifatkan sebagai agama yang diredai Allah ( Quran, 3: 19) dan juga agama kebenaran (9: 33; 48: 28; 61: 9) dan agama Allah (110: 2). Soalnya, apakah sekarang kita masih mengikuti Islam seperti yang dibawa oleh Nabi Muhammad, atau kita telah menukar agama itu menjadi agama-agama yang telah menyeleweng, seperti yang telah berlaku kepada umat Nabi Musa (agama Yahudi) dan kepada umat Nabi Isa (agama Kristian)?

Satu tanda yang harus kita fikirkan ialah kedudukan umat Islam yang di bawah sekali di dunia hari ini, dibandingkan dengan kedudukan mereka pada nombor satu pada zaman awal Islam (abad ketujuh hingga abad ke-13 (kejatuhan Baghdad).

Lagi pun, kita harus ingat bahawa Islam itu bersifat universal untuk seluruh dunia, bukan milik khas umat Islam saja. Untuk Islam dianut oleh seluruh manusia, ia perlu berdialog dan membuktikan kebenarannya kepada seluruh dunia.

Sikap menyembunyikan diri kita di sebalik sangkaan dan dakwaan bahawa kitalah yang paling baik tidak rasional dan tidak dapat diterima oleh semua orang, bukan Islam dan juga orang Islam sendiri.

Di kalangan orang bukan Islam juga terdapat mereka yang percaya kepada Tuhan Yang Esa. (Quran, 2: 62) Perhatikan, sebagai contoh, tokoh India yang besar, Mahatma Ghandhi. Beliau pernah berkata: "Saya Hindu, tetapi saya juga Yahudi, saya juga Kristian dan saya juga Islam."

Maksud beliau dia mempercayai segala yang baik dari semua agama, persis seperti yang disebutkan dalam Surah 2, ayat 62, yang telah kita rujuk di atas.

Harus diingat bahawa kita semua, di satu pihak, ialah hamba Allah - boleh diperintah ke sana ke mari. Jika kita, umat Islam, gagal melakukan tugas kita di dunia, amatlah mudah bagi Tuhan Maha Berkuasa menggantikan kita dengan umat lain untuk mengibar panji-panji tamadun. Firman Tuhan: "Jika kamu berpaling tadah, Dia akan menggantikan kamu dengan orang lain, dan mereka tidak akan menjadi seperti kamu." (Quran, 47: 38)

Nyatalah perkara ini sudah berlaku. Malangnya, kita masih tidak sedar. Bahasa Melayu mempunyai ungkapan cantik yang sebenarnya kena ke batang hidung kita sendiri: "bodoh sombong".

Sudah sampai masanya kita bangun daripada tidur kita yang lama dan kembali ke jalan Allah. Kata pepatah Melayu lagi, "Sesat di hujung jalan, kembali ke pangkal jalan." Kebijaksaan-kebijaksanaan yang kita warisi daripada nenek moyang kita haruslah kita manfaatkan. Jangan sia-siakan akal yang diberi oleh Tuhan kepada kita.

KASSIM AHMAD seorang penulis bebas

Friday, April 9, 2010

Komen tentang: Pastikan Islam kekal agama Persekutuan

Rumusan artikel dari Utusan Malaysia

Kerajaan disaran supaya pastikan jawatankuasa khas berhubung isu antara agama yang diumumkan penubuhannya mengambil kira Islam sebagai agama Persekutuan, dan tidak boleh sesekali menyamakan hak semua agama kerana Islam punya kedudukan istimewa di sisi Perlembagaan.

Kemudian, Penasihat Persatuan Peguam Syarie Malaysia berkata, jawatankuasa khas itu mestilah bersifat bebas tanpa perlu wujud campur tangan pihak tertentu khususnya daripada parti politik.

Katanya lagi, jawatankuasa itu perlu dipimpin oleh mereka yang benar-benar pakar agar kredibiliti dan peranannya sebagai badan yang mewujudkan persefahaman di antara agama-agama diyakini dan diiktiraf oleh rakyat.

Komen

Ya, memang cara hidup Islam (=total submission to Allah) berada di atas sebagai cara hidup yg universal utk seluruh manusia, tetapi bukanlah dengan cara umatnya minta dihormati tanpa menunjukkan contoh tauladan yg wajar dihormati di tempat tertinggi. Persoalan samada agama Islam dipandang tinggi atau tidak sebenarnya terletak kepada kefahaman umat tentang agama yg mereka anuti dan bagaimana mereka menghayati dalam hidup setiap hari.

Adakah pendidikan sekarang sudah menyediakan umat Islam yg faham agama yg sewajarnya, iaitu faham AlQuran? Perumpamaannya, sorang2 telan satu naskhah AlQuran, itulah agama yg dia faham, bukan agama buku2 ustad. Agama bukan milik ustad, agama milik Allah. Ustad cuma boleh elaborate supaya mudah faham agama Allah. Bukan create benda baru dalam agama sampai lari daripada objektif sebenar beragama.

Bila urusan agama jauh dari konteks AlQuran yg sebenar dan lebih banyak "menambah2" hasil tangan manusia, itu yg jadi problem masyarakat tak pernah selesai. Sebab dah "kurang fitrah".

Sampai bila umat yg mengaku Islam nak hidup dengan antibodi lemah, menggunakan perlembagaan karangan manusia utk berada di "kedudukan tinggi"? Bukanlah nak kata berdosa ada peruntukan perlembagaan itu, tapi sampai bila nak mengatasnamakan agama kemudian paksa org agama lain utk pandang tinggi, kalau sendiri tidak mampu menunjukkan contoh tauladan yg layak dan wajar utk dipandang tinggi?

Kemudian disaran jawatankuasa khas itu urusannya tidak dicampuri oleh pihak tertentu terutamanya parti politik. This is the problem with negara beragama demokrasi. Fahaman parti boleh mengatasi agama. Parti rekaan manusia boleh duduk atas agama yg datang dari Tuhan yg mencipta mereka.

Golongan agama mesti tukar fokus setiap ceramah daripada bercakap tentang hukum fekah kepada kefahaman akidah. Rasulullah nak tukar mindset masyarakat Arab 360 darjah pun bermula dengan kefahaman akidah tauhid dulu, bukan sibuk2 buat bulatan baca yasin, atau terpekik2 ke sana ke mari sbb agama lain pun nak guna perkataan Allah. Solat2 tapi tak faham kenapa kena solat, sudah pastilah tidak menyelesaikan masalah.

Agama ni kalau faham betul2 sebenarnya boleh selesaikan semua masalah manusia termasuk masalah negara. Tapi kalau agama ni digambarkan duduk bersila atas sejadah pegang biji tasbih aje, macamana nak solve problem apatah lagi dipandang tinggi? Apatah lagi utk menyatakan agama relevan dalam konteks mengurus sebuah negara?

Tamat.

By the way, saya tertarik dengan satu perenggan dalam artikel "Budaya perdebatan ilmiah" yg berbunyi:

Memetik kata-kata Raja Muda Perak, Raja Nazrin Shah sewaktu melancarkan buku Knowledge, Language, Thought and the Civilization of Islam: Essays in Honour of Syed Muhammad Naquib Al-Attas di Universiti Teknologi Malaysia (UTM) pada 23 Februari lalu, baginda bertitah: ''Kejatuhan sesebuah negara bermula dengan kemunduran negara disebabkan budaya dan persekitaran politik yang membunuh perkembangan intelek kerana sifat takut dan gentar pimpinan yang sedang berkuasa yang merasakan kedudukan mereka mungkin tercabar."
Related Posts with Thumbnails