Monday, March 15, 2010

Isu berkaitan agama dan pendidikan

Apabila agama dikaitkan dengan magic2

Baru2 ni keluar berita suratkhabar tentang budak perempuan berumur 11 tahun dikahwinkan oleh bapanya kepada salah seorang kenalan yg mendakwa mengikut sunah Nabi.

Saya menyeru supaya masyarakat tidak mengambil sikap suka mengaitkan agama dengan magic2. Walaupun org yg berkata dia mempunyai magic itu mungkin berpakaian ala2 orang agama. Atau mendakwa pernah join gerakan2 berkaitan agama, maka terus kita percaya dengan kata2 magicnya. Ya, memang keajaiban pernah berlaku. Tetapi ia bukan terletak pada centre agama. Kalau kita lihat kisah2 Rasul, keajaiban berlaku hanya dengan izin Allah ketika kebenaran yg diperintah dilaksanakan.

Follow betul2 apa Allah perintah, then miracle happens pada saat2 yg kritikal. Itu pun berlaku atas perkenanNya, bukan mesti asalkan manusia nak je mesti dapat. Tapi bukanlah maksudnya agama ni mesti ala2 magic2 tanpa ada usaha yg sungguh2, asalkan ada jampi2 je mesti nak kaitkan dengan agama. Asalkan nak halau2 hantu aje, mesti nak kaitkan dengan orang agama - seperti digambarkan dalam filem Melayu. Contohnya hantu tak kacau kalau kita pegang surah Yasin. Ataupun baca2 ayat aje hantu boleh melekat di dinding.

Maka jadilah agama rekaan manusia yg tidak masuk akal, yang tidak mampu menyelesaikan masalah negara, yang tidak ada kaitan dengan agama dari Tuhan yang menjadi rahmat kepada sekalian alam - walaupun menggunakan nama brand agama yg sama.

Memperkenalkan pendidikan seks

Dalam hidup, masalah pasti ada. Itu tidak dapat dinafikan. Cuma, masalah2 itu seharusnya ditangani dengan method yg wajar. Sebagai org beriman, solution kepada semua masalah ada dalam agama / cara hidup yg diajar oleh Tuhan yg menciptakan kita melalui perantaraan kalam (AlQuran) diturunkan mula-mulanya kepada utusanNya (Rasul) kemudian sampai kepada kita.

Apabila manusia cuba mereka-reka method selain daripada yg Allah ajar utk menyelesaikan masalah yg berlegar dalam masyarakat, maka perumpamaanya seperti menampung air menggunakan plastic bag yg mudah bocor. Struktur yang tak kukuh. Bocor sini tampal tape sini, bocor sana tampal lagi sana. Masalah tak pernah selesai dan tak pernah terkawal. Kalau OK pun sekejap saja, selama tape itu boleh bertahan atau selama plastic bag itu tidak bocor lagi di tempat lain.

Samalah seperti cadangan utk memperkenalkan pendidikan seks kepada pelajar sekolah. Seolah2 agama yg datang dari Tuhan tidak mampu menyelesaikan masalah manusia. Dan agama di sini bukanlah agama magic2, agama doktrin yg seolah2 "elergi" dengan kaedah dan pemikiran logik dan saintifik, penerimaan akal sihat, hingga tidak mampu membendung masalah akidah org muda - yang dianuti majoriti org Melayu yg mengaku Islam.

Agama yg saya maksudkan ialah agama yg strictly bersumberkan AlQuran dan Sunnah - dengan adaptasi peredaran zaman yg betul - bukan "agama a.k.a cara hidup org Melayu". Menyatakan menyelesaikan masalah masyarakat dengan agama bukanlah bermaksud langsung tidak boleh creative dan inovatif, tetapi mestilah dalam rangka fikir yg selari dengan sistem Tuhan yg dah fixed.

Ya, saya faham. Pendidikan seks ni utk membendung masalah masyarakat sekarang yg terdedah dengan bahaya2 berkaitan seks. Tapi, mana lebih betul. Kita biarkan diri kita dan masyarakat dengan mindset lama, kemudian cari jalan selesaikan masalah yg tak pernah selesai - ibarat perumpamaan plastik bocor tadi, ataupun kita usaha sungguh2 utk ubah mindset - kepada mindset yg selari dengan fitrah penciptaan manusia - dan bukan kata masalah berkaitan seks, masalah2 lain berkaitan politik, ekonomi, hala tuju hidup yg sebenar - semua selesai.

Mana lebih betul.

Keputusan SPM 2010 - Pendidikan yg tidak mensejahterakan

Sekali lagi kita disogokkan dengan berita2 yg sama setiap kali keputusan peperiksaan besar diumumkan. Peratusan pencapaian meningkat, bilangan A bertambah, nama2 yg cemerlang disiarkan. Kononnya ini bukti pendidikan negara berjaya dan hasilnya negara akan aman makmur.

Bagi yg ingin membantu keluarga, atau bercita2 ingin perbaiki taraf hidup, ya, lulus cemerlang peperiksaan dengan bilangan A yg banyak adalah salah satu daripada banyak cara yg berkesan. Kemudian, boleh memohon biasiswa utk belajar, setelah habis belajar boleh memohon pekerjaan bergaji besar. Tetapi adakah pendidikan negara secara keseluruhannya telah menjadikan negara ini lebih sejahtera, lebih aman, lebih selamat utk didiami?

Apakah sebenarnya halatuju pendidikan? Ke mana pendidikan ni hendak memandu negara selain cuma bilangan A-, A dan A+. Hanya mereka yg mendapat banyak A, dan statistik bilangan A dianggap sebagai pencapaian, kejayaan pendidikan. Bagaimana dengan mereka yg tidak mendapat A atas apa sebab sekalipun - tidak ada kemudahan, tidak ada peluang atau malas. Adakah mereka tidak diterima sebagai hasil pendidikan negara? Kemudian dilayan seperti tidak ada nilai / sampah, mengapa? Bukankah mereka juga sebahagian daripada pendidikan.

Dan berapa banyak kali sudah kita mendengar ada sebilangan yg score dalam peperiksaan - ada yg sampai mendapat tawaran ke oversea (thumb up), tapi akhlaknya, penghayatan agamanya sangatlah buruk (thumb down). Bila sudah masuk merebak ke IPTA barulah nak perbetulkan mereka supaya, contohnya pakailah panties ketika 14 haribulan Feb. Ataupun hormatilah perempuan yg sepatutnya, jgn memimpin tangan mereka ke arah maksiat di dalam pintu2 berkunci. Ataupun nama sahaja Islam, tetapi hidup seolah2 tak yakin Allah itu ada, AlQuran pun malas baca, Maka, apa guna bilangan A bertambah, tapi masalah ini tidak dapat diselesaikan oleh pendidikan.

Saya yakin sekali lagi statistik pendidikan Islam akan memperoleh banyak A, tetapi realitinya tidak mampu utk membendung masalah akidah yg melanda org muda sekarang. Maka, pendidikan agama apakah ini.. Non muslim pun boleh geleng kepala. Tapi claim akan masuk syurga. Kalau masuk neraka pun sekejap aje, hanya beberapa hari. Macamlah neraka tu sekadar berdiri atas kerusi, atau berjemur di padang rumput. Kalaulah benar dakwaan masuk neraka boleh keluar balik itu. Sesungguhnya agama yg sempurna dan mampu menyelesaikan masalah tidak ada kaitan dengan kesempitan minda hasil tangan manusia, walaupun kopiahnya boleh tahan putih, atau janggutnya boleh tahan panjang.

Rasanya pelajar dengan keputusan A dalam peperiksaan besar, contohnya SPM, sudah bersepah2 di bumi Malaysia. Setiap inci ada saja hasil produk pendidikan yg hidup. Tapi cuba tanya, apakah sumbangan mereka ke arah menjadikan negara ini negara yg sejahtera, selain kerja seperti hamba, jadi hamba kepada manusia, datang ofis saja sembah2, bila diajak berjihad ke jalan Tuhan beri alasan malas, sibuk, duit berkepul2 dalam poket tapi angkuh bila diajak utk patuh kepada perintah Tuhan melalui kalamNya. 

“Orang-orang yang beriman tidak mencampuradukkan iman mereka dengan kezaliman (syirik), mereka itulah orang-orang yang mendapat keamanan dan mereka itu adalah orang-orang yang mendapat petunjuk.” - Surah Al-An'am ayat 82.

Negara semakin tak aman, tetapi yg "cerdik pandai" ini hanya pentingkan diri sendiri.
Pendidikan apakah ini..

Wednesday, March 3, 2010

Pandai tapi jahil

Sistem pendidikan yg ada sekarang to some extend berjaya menghasilkan cerdik2 pandai dalam pelbagai bidang. Cerdik2 pandai ini setelah habis pengajian kemudian masuk ke alam pekerjaan. Pendek kata pandai lah senang cerita. Tetapi cerdik2 pandai ini walaupun dari satu sudut memang pandai (thumb up), tapi bila bab bicara memahami agama sbg cara hidup jadi jahil pula (thumb down).

Seolah2 ilmu2 yg dipelajari tak boleh nak integrate dengan agama. Belajar pandai2, gaji besar kereta besar tapi bila tanya apa itu agama, maka yg terbit dari fikiran ialah solat 5 waktu, zakat rm7 setahun, puasa setahun sekali, terawikh di surau, baca quran sampai khatam sekurang2nya sekali seumur hidup. Kalau ada tambahan pun, lebih kurang berlegar2 pun di situ, tidak ke mana.

Bila musibah menimpa, maka dengan pantas menjawab, ini semua ujian Tuhan kepada hambaNya.. tanpa sedikitpun terlintas di fikiran mereka bahawa musibah yg menimpa sebenarnya lantaran kejahilan, kesalahan mereka sendiri dan wajib mengubahnya bukan sekadar menadah tangan ke langit.
Suka sangat nak salahkan takdir.

Kita bukan tidak ada golongan lepasan agama di negara ini, tapi nampaknya sebilangan besarnya cuma bermain di latar belakang (background), bukan main player dalam urusan negara. Jadi tekong yasin, jadi imam terawih (ramai terpesona dgn bacaan tetapi tidak menghayati maksudnya), jadi motivator - cerita yg sedap2 saja, kalau 'panas2' nanti dibuang kerja.

Golongan yg sampai memegang jawatan mufti pun tidak menonjol, cuma nampak berperanan bila hendak keluarkan fatwa. Itu pun fatwa, apa hukum jadi pengkid, apa hukum pakai dakwat pilihanraya. Let alone jabatan2, badan2 berkaitan agama yg ada, saya pun tak pasti apa peranan mereka, senyap saja buat kerja dalam office.

Negara kita sekarang ni dalam keadaan ramai yg tidak faham apa itu agama, dan terpaksa 'beragama' dengan apa yg dipelajari dalam buku teks sekolah.

Cuba baca ruangan soal jawab agama dalam suratkhabar, majalah - for sure berlegar2 dgn isu2 fekah. Ustaz, apa hukum saya buat mcm tu, apa hukumnya saya buat macam ni.. Maka ustaz pun berkata, mengikut pendapat imam A, kena..., mengikut pendapat imam B, kena..., ikut ijma ulama, kena... sbb kita ni "ahli sunnah wal jamaah" biasanya kita akan buat... ending, wallahualam.

Maka.. agama ni... semata2 tentang apa boleh buat, apa tak boleh buat sahaja ke? Sebab tu lah non muslim pun tak tertarik dengan agama yg digambarkan oleh penganutnya ni. Akibatnya, non muslim pun beranggapan, betullah Islam ni untuk org Melayu sahaja, kita tak payah ambil tahu, sensitif. Cakap lebih2 nanti mereka menjerit2 di masjid, atau ambil kepala lembu utk dipijak2.

Tak lama dulu ada kisah seorang bekas mufti yg proaktif dalam menjalinkan agama dan pemikiran professional berdasarkan point2 yg jelas, malah non muslim pun dapat terima, boleh nampak kejelasan, tapi kemudian diaibkan pula dengan penangkapan berkaitan tauliah.

Maka kefahaman agama apakah yg berlegar2 dalam negara ini sampai ia mesti kelihatan mundur, miskin, low profile, tidak menonjol?

Maka pemikiran agama apakah yg dianuti di negara ini sampai tak boleh integrate dengan pemikiran bidang2 professional, saintifik seolah2 menafikan sumbangan Islam pada masa silam?

Adakah dikatakan beragama itu mesti berpenampilan jubah, serban dan janggut panjang hingga generasi muda pun semakin lari? Sesungguhnya agama Allah yg universal utk seluruh manusia dan seluruh yg ada di alam semesta tidak ada kaitan dengan kejumudan hasil tangan manusia.

Monday, March 1, 2010

Isu semasa dalam negara

3. Wanita lebih ramai dlm perkhidmatan awam
Cuepacs dikatakan bimbang kerana penguasaan kaum wanita dari segi bilangan dalam perkhidmatan awam dan jawatan2 yg berkaitan memberi keputusan (decision makers). Pada saya yg menjadi persoalan bukannya kenapa wanita begitu ramai. Persoalan yg sebenar ialah kenapa lelaki sangat malas? Nanti ada pula yg marah, eh takde.. ini sebab sistem kemasukan yg dipakai sekarang mementingkan akademik berbanding ko-kurikulum yg mana lelaki mungkin boleh bersaing.

Jadi persoalan lain pula timbul, kenapa pencapaian akademik lelaki tidak sehebat wanita sehingga menggunakan alasan ko-kurikulum. Rasanya perempuan juga ada terlibat dgn aktiviti ko-kurikulum. Dan apa salahnya lelaki mesti hebat dalam akademik? Takut dikutuk nerd, kaki buku? Pampered.

Saya perhati sebilangan "tidak kecil" lelaki ingin menjadi cool, tetapi cool yg tak sewajarnya. Kemudian bangga jika lulus periksa walaupun study seminggu sahaja sebelum exam. Sebab tu negara pun tak aman, daya fikir pun lemah, mengharapkan tongkat bantuan kerajaan dan protection atas nama "ketuanan".

4. Politik Umno-Pas
Masing2 mendakwa ingin menegakkan Islam dalam acuan masing2. Satu pihak ingin melaksanakan agama ala2 pak arab. Satu pihak lagi pula lebih cenderung membantu Melayu, membantu Melayu bermakna membantu Islam di negara ini. Islam tidak akan berkembang subur di negara ini selagi imej Islam itu digambarkan mesti menjadi ala2 pak arab memakai serban, menyimpan janggut dan tidak akan berkembang selagi Islam itu digambarkan sebagai agama perkauman, kena jadi Melayu, pakai songkok makan ketupat..

Dan bergaduh tak bersudah kerana berbeza parti politik dalam sistem demokrasi sesungguhnya bukan datang dari ajaran Islam yg tulen yg dibawa Rasulullah.

5. "Jangan cemarkan demokrasi kami"
Saya terbaca tajuk satu rencana dalam Utusan yg bertajuk "Jangan cemarkan demokrasi kami" berkaitan 50 wakil parlimen Australia yg meminta kes mahkamah DSAI digugurkan. Tentang ini pun satu hal juga, tapi yg menarik perhatian saya ialah kesungguhan dalam mempertahankan demokrasi seolah-olah ia satu agama yg tidak boleh diganggu gugat. Bila baca tajuk rencana tu, tiba2 terdetik, "uih.. demokrasi ni sejenis agama ke sampai begitu lantang sekali."

Katakan kita berjaya selesaikan satu persatu masalah dalam negara dgn solution Islam, ibarat memecahkan berhala2 kecil. Tinggal satu saja berhala besar bernama demokrasi. Lepas tu letakkan kapak pada tangan berhala demokrasi, dan kita claim semua masalah dalam negara ni selesai kerana berkat demokrasi. Mesti ada suara2 yg kata, tak mungkinlah demokrasi yg buat, demokrasi tak berkuasa utk selesaikan masalah.

Then, kenapa kamu sembah demokrasi?  
Macam pernah dengar dialog penuh sejarah ni.. Zaman mungkin berubah, tapi manusia sama saja.
Related Posts with Thumbnails